Assalamualaikum...
Malam semalam(ke kelmarin?..) sebelum lelap mata sempat terjenguk dapo kak Ayu, nampak chatek sungguhla kek pisang dia tu, kebetulan minggu ni minggu pisang kat rumah Ana..maklumlah, baru balik dari kampung, ayahanda bg pisang, singgah rumah abg ipar, dibaginya kita pisang, singgah lagi rumah kakak ipar ada jugak kena bawak balik pisang..dah campur2 suma banyakla pisang kita...
Kali ni Ana cuba resepi dari dapo Kak Ayu lak..jom layan...............
copy : kak Ayu...t.kasih kak...:-)..gebu je kek ni...cubalah..
Bahan-bahan:
270gm mentega
250gm gula kastor-(Ayu gunakan 170g)..Ana ikut je
260gm tepung gandum-(Ayu kurangkan 10g-so 250g)..Ana ikut gak
1 camt baking powder
6 biji telur
2 camb susu pekat manis (condensed milk)
1 camb ovalette
1 camb air-(Ayu tambah 1camb susu)
1 camt esen vanila
10gm serbuk koko
1 camt chocolate emulco - optional
1 cawan pisang yang dah dilecek
Method:
- griskan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 atau 20-23 cm springform. ketepikan
- ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
- satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan, masukkan pisang lecek dan gaul rata (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak jatuh). ketepikan
- kemudian satukan telur, ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata
- masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4 dan kacau rata
- keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. kacau sehingga sebati
- masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin kek dan 1 senduk adunan cokelat
- ulangi sehingga habis adunan digunakan
- ambil chopstick dan buatkan bentuk marble
- kemudian bakar pada suhu 180C selama 45-50 min atau sehingga masak
- setelah masak padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
- selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong kek tadi
2 ulasan:
wooo sangat tak tahan..ramai dah bermarble je..mcm mcm marble dah ni..ishh nak kene asah skil marble lah gini..hehehe
salam ana,
wah dah jadi dah ya kek pisang ni...untuk akak ada tak?..hehe..
thanks ana sudi cuba..
Catat Ulasan