04 Disember, 2010

CHILLED KIWI CHEESECAKE

Inilah percubaan pertama Ana buat & makan kek ni, Seumur hayat ni, baru 1st time tau..hehehe..ketinggalan zaman betul..lama doh dok tgk2 tapi tak terbuka hati nak buat, takut tak jadi, sayang gak cheese tu, mahal tu...tetapi akhirnya Ana beranikan diri mencuba disebabkan anak tekak ni dah terasa sangat nak makan...kuikui...


Intai2 dalam petiais nampak ada buah kiwi, terfikir nak buat muffin kiwi ke puding kiwi? Yelah ada orang tu tayang puding kiwinya kemain hijau mata memandang lagi kan...uhuks...Kucekalkan hati, buat jem/filling kiwi untuk dijadikan salah 1 bahan  sampingan utama kek ni..resepi filling/jem tu kat MyResipi.Com, olah dari resepi Delila..Jem strawberry


Bila dah siap, & potong makaaiiii..sedapnya, sejuknya tekak selepas sehari semalam didiamkan dalam peti yang sejuk tu..cuma tang base dia tu belum lulus lg la..bila potong ada relai sikit, mungkin tak cukup padat/tak cukup hancur..kalau ada sesiapa yg boleh bg tunjuk ajar bagaimana nak jadikan base dia elok tolong bgtau yea..nak sgt buat sampai betul2 menjadi sebab sedap sangat...


Anak-anak suka lak makan, tapi Umminya yang terlebih suka..heee...jakun sungguh  rasanya...tak rasa macam keju mentah-mentah tapi rasa lemak2 yogurt kiwi, kecuali Akmal, dia memang susah nak terima benda yang pelik-pelik ni..rugi betul kan..Resepini Ana jumpa kat blog Hanieliza's Cooking

Ana panjangkan resepi kat sini & terima kasih buat tuan punya resepi yea Pn. Hanieliza

Bahan Base 
  • 200 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus].Ana guna biskut Jacob
  • 2 s/b butter [suhu bilik]
Bahan Kerim 
  • 250 gm cheese cream philidephia
  • 300 ml yogurt [perisa kiwi]
  • 125 ml plain yogurt
  • 100 gm gula halus [gula kastor]
  • 2 s/b kiwi filling..
Larutan agar-agar cair [panaskan] 
  • 100 ml air
  • 1 s/b agar-agar serbuk
Hiasan [kacau sebati] 
  • Filling kiwi
  • 1 s/b air suam


Cara 
  • Alaskan loyang cheesecake 8 inci dengan kertas kek [kertas A4 pun ok].Ana guna loyang biasa & lapik dgn aluminium foil sekeliling sampai atas..
  • Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang.
  • Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
  • Masukkan yogurt dan kacau rata
  • Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
  • Masukkan dalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
  • Keluarkan dan letakkan filling kiwi.
  • Hidangkan.

RESEPI JEM/FILLING KIWI
 

Bahan-bahan ( 1 botol )

  • 500 gram Buah Starwberry Segar (bahagi 2 bahagian)*Ana guna buah kiwi
  • 200 gram gula (ikut kemanisan yang anda mahu)
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • Air secukupnya 
  • sedikit pewarna hijau..*Ana tambah
Cara-cara :
  • Panaskan 1 periuk air bersama 1/2 sudu teh garam hingga mendidih dan celurkan kesemua buah strawberry/kiwi.
  • Lebih kurang 2-3 minit atau hingga layu.Angkat dan toskan. 
  • Bahagikan kepada 2 bahagian buah strawberry/kiwi yang telah dicelur tadi. Ambil satu bahagian dan hancurkan.  
  • Dalam satu periuk campurkan buah strawberry/kiwi yang dihancurkan dan yang belum dihancurkan dengan gula..tambah pewarna sikit
  • Campurkan 1/2 cawan air dan masak hingga pekat dan gula hancur.Sejukkan dan bolehlah di masukkan ke dalam botol.
  • Sentiasa simpan di dalam peti sejuk jika tidak diguna.Boleh dijadikan filling muffin.
  • *UNTUK JADIKAN FILLING, CUMA TAMBAHKAN AIR PANAS IKUT KEPEKATAN YG KITA NAK, &  BOLEHLAH DIGUNAKAN



SELAMAT BERHUJUNG MINGGU YEA KAWAN-KAWANKU YANG DIINGATI...:))

3 ulasan:

izahdaut berkata...

ya Allah makan kek sedap pun ada hati nak kek mentuk lap u lap me...cisss... akan ku sambut balingan kek mu ituw walaupun relai.. eh relai ye..tu la owang suh guna chipsmore..ekikiki.... kena mampat lagi tu kot..wehh saya pun tak nah cube lagi kek cheese ni..jakun jugak ni.sayang aaa chese mahal wooo.

Fazlinil Irma berkata...

Anna.. part base tu kena buh butter lebih kalau tak nak relai. kalau dah boleh kepal. tu maknanya ok lah.

satu lg bergantung pd biskut jugak. biasanya org pakai biskut digestive/oreo/chipsmore. sbb tekstur dia kasar.

sy pernah pakai biskut marie. hasil dia lembik sket sbb biskut marie mudah lembik.

pastu masa letak base tu kena padatkan. tekan-tekan lebih sket.

Anna Qawina berkata...

Izah..kekekekkekekeek....sayang cis mahai kan...

Irma : biskut jacob tu rasanya digestive gak kan...nanti lain kali cuba lg..t.kasih bgtau..hihi...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...