06 Disember, 2010

EASY MUFFIN WITH FILLING

 Assalamualaikum...

Lewatnya bersiaran harini..heheheee..banyak siaran kawan2 yang dah terlepas & terpaksa Ana belek2 nanti..Berbalik kepada gambar2 dibawah ni..Sebenarnya ingat nak buat muffin coklat, tapi memandangkan ada sedikit jem/filling yang terbengkalai tu, baik buat inti muffin..jadi kira muffin coklat tu masuk list dululah...heeee..

Resepi ni adalah asalnya dari Kak Fida MyResipi..Cheesy Cup Cakes..tapi bila makan tu rasa cam muffin, lembut je, Ana pandai2 tukar nama eh..jgn marah Kak Fida ek...

Ni inti rosselle..jem yang Ana beli tah bila, tapi tak guna sangat pun, bubuh je dlm muffin sedap jugak..jem ni agak cair sikit tak macam jem roti tu..sesuaila...

Sempat jugak cuba masukkan 1sudu kecil mayonis & tabur sedikit coklat chips dalamnya..sedap..nampak macam cheese kan..hiihii

Lebihan filling kiwi untuk cheesecake haritu...semua tu saje2 Ana tabur dengan coklat chips, bagi menarik minat budak2 riang ni..

 

Resepi asal Kak Fida MyResipi..Cheesy Cup Cakes..harap kak Fida halalkan yea..

Bahan-bahan ( 12-15 biji )

  • 200 g tepung gandum (2 cwn rata dan keluarkan 4 sb )
  • 150 g mentega lembut (15 sb rata atau 1/2 buku mentega+ 2 sb rata)
  • 150 g gula kastor/halus (15 sb rata)
  • 2 biji telur - dikocok
  • 2 sk baking powder
  • 60 g cream cheese/ filling kegemaran

 Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder dan ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang lalu masukkan telur sedikit2 sambil dipukul terus.
  3. Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau dengan senduk hingga rata.
  4. Sediakan mangkuk kertas beralas acuan dan isi adunan kek 1/2 penuh,isi 1/2 sudu kecil cream cheese / apa2 filling yang anda suka dan tutup lagi dgn adunan kek.3/4 cup sahaja.
  5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dulu selama 20-30 min. pada suhu 180C atau ikut kepanasan suhu oven masing2.
  6. **Cream cheese boleh jugak diganti cheddar cheese atau cheese slice yg dipotong kecil,ikut selera. 
Dengan resipi asas cup cake,boleh juga dibubuh inti pilihan seperti jem,kaya,mix fruit dan lain2 selain keju.

SALAM MAAL HIJRAH 1432

1 ulasan:

Unknown berkata...

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH...

RAJINYA ADIK KU SAYANG NI....BILA AGAKNYA KAK LIN NAK JADI RAJIN MCM NI YER....

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...