Jumaat, 3 Disember 2010

KEK LAPIS COKLAT CHIPS

 Assalamualaikum...

Meh sarapan kek lapis kat rumah Ana ni..Petang semalam Ana cuba resepi dari blog Kak Yatie, sebelum ni pernah juga buat kek lapis tapi cuma 2 kaler je, kali ni terasa nak warna warni lak..hihi.. 


Kukusan Ana agak kecil jadi kena guna loyang kecilla, tak boleh nak buat bentuk segi4, kejadiannya pun tinggi macam apartment ni kot....kekekeke... 


Masa membuatnya adala dalam 2 jam setengah sambil2 masak untuk makan malam, bila dah masak, anak-anak dah tak sabar nak cuba, yelah kan berkaler maler meriah jer..Ana kata.."Sabo dulu, tunggu ayah balik nanti kita potong.." heee..kebetulan ayahnya balik lewat sikit..Bila dah potong tak sampai setengah jam tinggal suku je kek tu....lembut & gebu..tambah lagi ada coklat chips tu..laju je makan..taknak potong kecik2, nak besar terus..hiiii..sabo jela anak-anakku sayang ooiii..

Resepi asal Velvet Steameed Fruit Cake dari Kak fida & Ana copy & edit dari  Kak yatie

Bahan-bahan
  • 5 biji telur gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar ovallette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • pewarna hijau, kuning & merah
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. 
  4. Gaul sebati dan bahagikan pada 3 bahagian...satu warna hijau, satu warna merah dan satu warna kuning (gaul sebati..)
  5. Loyang digriskan dengan mentega & taburkan sedikit tepung, ketuk2 bagi tepung keluar. Letak adunan kuning dulu, ratakan permukaannya, tabur coklat chips dan kukus selama 15 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  6. Buat pula lapisan merah, ratakan permukaannya & tabur lagi coklat chips dan kukus lagi 15 minit...dan seterusnya lapiskan warna hijau, tabur coklat chips & kukus...teruskan melapis sehingga habis.
  7. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  8. Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
Nota Kak Yatie
*Penutup kukus hendaklah di bungkus dngn kain supaya air tak menitik diatas permukaan air.
*Masa dah letak adunan tu, goyang2kan/jalan2kan sikit2 sudu tu..sampailah tepi...
*Coklat chips boleh digantikan dengan coklat bar, prune, asam manis dll mengikut kreativiti...

Ada lg pilihan nak sarapan ni, stail kita kalau nak mkn cucur..apa2 jenis cucur pun sedap kalau mkn gini kan...


Cucur nasi ikan bilis disirami kuah pecal/kacang...jemput sarapan yea..:-)

7 ulasan:

Ayu Safieza berkata...

Assalamulaikumwbh......anna...Masya'allah..cantiknyer apartment choc chip layers ni anna....add to my interest to try ni...byk la mcm2 dlm enrty ni....kak minta izin copy yer....

One more thing,
Anna, tq sudi singgah dapur Kak Ayui. kak nak link n join anna tau...syukran ukhti...:)

Kak Rosaliza berkata...

Salam ana..mmg betul kata ana time cuti skolah ni huhuh mcm2 permintaan anak2..kejap minta tu, kejap minta ni, ada bhn2 kat umah boleh la msk2. Kek lapis ana tu mmg jadi n cantik dah pas melapis tu, akk blum berapa pas lagi bab2 melapis ni heheh

Anna Qawina berkata...

kak Ayu..t.kasih kak...takdela cun melecun sgt, baru blajar je, tp still nampak cantik dimata ank2 ok le..hiihi..nanti saya linkkan akak punya gak ek..:)

kak Rosaliza :tu aa..asyik masak jer, bil api dah 100 lebih bln lps kak, huhu..
pas ke ni/ rasanya kalau lg nipis lg cantik kan..

Kak Lin berkata...

Salam Anna....Wah! Anna Punya Kek Ni Mcm Songkok TARBUS!!!!...Mengancam Gitu!....

Boleh Buatkan Utk Kak Lin Tak? Kak Lin Nak Tubuk Kumpulan Penyamun Tarbus! Maap Kan Kami! Gurau Jer...

Kak Lin Nak Cuba Jugak Lah....

Nieza berkata...

wah tingginya kek lapis ana ni...cantik pulak tu..sure sedap!...saya nak cuba buat tapi tak terbuat lagi...:)

Yatie berkata...

Salam Anna,
Waduh cantik betul kek kaler maler ni....tinggi betul kejadiannya..
Kalau depan mata ni, akak pun tak sabar nak rasa...lagilah anak2...

garlutti berkata...

Hello dari SEPANYOL Vigo, saya ingin mencari resep anda dan blog, foto yang indah, TE sigo dan mengundang anda untuk berkongsi resepi saya dan salam blog MARIMI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...