Memaparkan catatan dengan label kek lapis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek lapis. Papar semua catatan

26 Mac, 2011

KEK LAPIS SERI KAYA (kukus)

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Sabtu buat semua..ada yang nak balik kampung? Atau ada kat kampung halaman dah eik? Bestnye...kami takde g mana-mana pun, minggu depan anak-anak mula ujian Mac sekolah rendah, Ahad ni pulak ayahnya kena hadirkan diri ke sekolah untuk mesyuarat PIBG..moga semuanya dalam keadaan sihat walafiat & gembira bersama keluarga tersayang..
Harini Ana nak tayang kek lapis yang dah takde bau pun kat rumah ni, jadi takpayah ler nak mintak barang selapis 2 yerk..udah pinish..*kata kak Nor..* hehe...


Kek lapis yang sedap, naik gebuusss walaupun dalam adunannya takde pun soda penaik & baking powder..mula2 rasa tak yakin, tapi bila dah buat tu, rasa cam tak percaya kek ni jadi lembut je..sedap tau..jadi sape2 nak rasa kena cuba buat yer..


harini Ana copy kat sini untuk tatapan akan datang & rasanya akan buat lagi sebab seri kaya dalam tin yang suami beli haritu masih ada berbaki..1 tin lagi belum buka pun..hehe..

Harap Kak Lin tak kisah copy paste rspnya kat sni yer..terima kasih Kak Lin yang suka sangat menelefon kalau kita msg dia tanya sesuatu...hihi...agaknya dia tengah sibuk dengan angka-angka tu, maklumlah tengah sibuk dengan cukai sekarang ni kan..hehe


KEK LAPIS SERI KAYA
Sumber : LinRosLy
 Bahan-bahan:-

  • 300gm tepung gandum
  • 300 gm mentega..Ana guna buttercup
  • 200 gm gula pasir..Ana guna 250grm gula castor
  • 180 gm seri kaya
  • 6 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • - sedikit pewarna merah
  • -Ana tambah pewarna kuning
 

Cara:-

  • Pukul mentega dan gula hingga kembang. 
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
  • Masukkan seri kaya dan esen vanilla dan pukul lagi
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis
  • Bahagikan adunan kpd 2 bahagian *warna asal dan warna merah
  • Kukus setiap lapis hingga habis..Setiap lapisan lbh kurang 5-8 minit. 
  • Lapisan terakhir, kukus 20 minit @ sehingga masak, bila cucuk kek dgn lidi, keluarnya lidi bersih tandanya kek dah masak 
  • Tutup penutup kukusan dengan tuala bersih supaya air tak menitik & mencacatkan rupa atas kek.
  • Pastikan setiap lapisan kek yg dikukus betul2 kering & masak baru diletak lapisan yang seterusnya (blh tekan dgn jari, kalau tak melekat kat tangan dah ok le tu)
  • Sejukkan kek sebelum dipotong.
SELAMAT MENCUBA...

17 Mac, 2011

KEK LAPIS KUKUS VIOLET

 
Kek yang ditayangkan oleh Izah dengan nama Kek Kukus Lapis Coklat..kemudian dengan segera Ana kumpul bahan-bahan..pastu dok tenung je bahan tu dulu..nak buat tak nak..nak buat ke tak..hehe..tapi memikirkan nak bawa balik buah tangan untuk ayah bonda kat kampung, buat jugakle malam sebelum bertolak ke kampung..sedang2 elok pukul 12 tgh malam siap kukus..siap je tunggu sejuk jap sambil2 pack barang masuk beg..*hehe..last minit punya kerja.,.*potong tepinya sikit bagi nampak elok lapisnya tu, dapatle rasa sikit kan..hehe..jadi gambar pun macam tu gakle, kelabu jugak..apa nak buat, dah makan2 kat kampung pun lupa nak posing leklok..

Tapi sempena perasaan membuak-buak nak mencuba tu, tengok2 dalam peti ais ada stok2 bahan yang nak dihabiskan sebelum luputnya tarikh ia di'cop'  kat bekas tu, yang ada pun tak banyak mana sangat pun, terfikir nak masukkan dalam kek..Ana olah sedikit bahan2 perasa tu & bagi nama lain sikit..hehehe..harap Ana sebagai penderhaka kepada resepi ni tak di hukum oleh pencipta resepinya ya..*kalo dok zaman Parameswara ni sah2 dah kena ikat kat pokok melaka kot..hehe..*ada kaitan ke??? tahle..aku dah lupa sejarah dah..hikhilk..

Bila dah tambah blueberry paste tu rasa dia lemak2 masam manis gitu..bila hidang untuk kaum keluarga, yang memakannya kata sedap, sampaikan ada le seorang adik Ana tu sorokkan bahagian dia takut tak sempat nak makan banyak katanya..ada-ada jela budak tuh..suka pulak buat kek lapis ni sebab anak-anak Ana memang suka dengan kek lapis sekarang ni..musim kot..hihi

Sumber : Kak Dayang
Copy : Izahdaut
bahan-bahan : loyang 8 x 4.5 x 4.5
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan nestum yang sudah dikisar dan sekali ayak
  • 1 sk baking powder
  • 250 g mentega
  • 5 biji telur A (asingkan putih dan kuningnya)
  • 80 g gula kastor
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 150 g coklat Cadbury / Milk Roundies * saya letak coklat cip semi sweet..pun sama
  • 1 sk esen vanilla
  • **pes pandan/pewarna hijau dan pes strawberi /pewarna merah
  • **Ana guna pewarna ungu & kuning
  • **2 sdb Blueberry paste


***kalau nak tengok contoh coklat Cadbury, boleh jenguk di dapur Zaliedana


Cara-cara :

  • Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Balutkan penutup kukusan dengan tuala. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. 
  • Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan dengan nestum. Ratakan. 
  • Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
  • Di dalam mangkuk pengadun berasingan, putar kuning telur bersama susu pekat dan mentega hingga pucat. Kemudian, satukan dengan tepung tadi dan esen vanilla. Putar sebati dengan kelajuan perlahan. 
  • Satukan adunan tadi bersama putih telur dan putar lagi hingga sebati. 
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan pes pandan/pewarna hijau dan satu bahagian lagi dengan pes strawberi/pewarna merah. 
  • **Ana warnakan dengan warna ungu & tambahkan blueberry paste, kacau sebati, 1 adunan lagi diwarnakan kuning
  • Kemudian setiap adunan dibahagikan lagi dengan 3 bahagian. Kesemuanya ada 6 lapisan.
  • Tuangkan lapisan merah terlebih dahulu dan kukus selama 5 minit. Kemudian, susunkan dengan coklat Cadbury tetapi JANGAN DITEKAN. 
  • Setelah itu, tuangkan adunan hijau perlahan-lahan di atasnya. Ratakan. 
  • Kemudian dikukus selama 7 minit. 
  • Ulangi proses hingga habis. 
  • Untuk lapisan terakhir, sila kukus hingga 15-20 minit lagi. (kek ini cepat masak dan tidak perlu dikukus terlalu lama) 
  • Setelah masak, angkat dan sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong supaya lapisannya tidak comot.

08 Mac, 2011

KEK LAPIS BARNSBERRY STRAWBERRY

 Assalamualaikum w.b.t

Wah..apa nak buat hari hujan ni eh? Malas bebenor nak masuk dapur & dobi...hihi...nak update blog pun malas sikit, tapi pagi2 sambil ke hulu ke hilir buat kerja sikit, sempatle merewang dapo orang, teropong apa yg patut..hehe...

Kek lapis versi bakar yang pertama kali Ana buat..nampak menawan kalbu kat rumah nOOrsha tu, tapi kita buat tak nampak sangat berlapisnya, kena berguru dulu ngan tokey kek lapis dari Sarawak ni kot..hehe...anak-anak suka pulak makan kek ni, tak rasa manis sangat, sedang-sedang aje..sekarang ini kek lapis udah abes la..


Resepi asal Kek Lapis Oreo/Cadbury..tapi Ana letak coklat Barnsberry perasa strawberry yang budak-budak suka makan tu..pastu tukar nama sikitla kan...pertama kali cuba, rasanya dah ok cuma tang layer tu ada yang nampak tak kering sgt lapisannya,  Ana dah letak lapisan lain, jadi garisan lapis tu tak clear sangat kan? ke apa komen sifu kek lapis kita?..komen sikit..sikit je..*sbb aku tau ko mesti komen panjang berjela punyalah*..mueheheheee...


Resepi : Ana buat separuh adunan

Sumber : Cik Mat Gebu, Bro Rozzan
Copy : nOOrsha

BAHAN2
  • 500 g mentega
  • 10 biji telur gred A
  • 150 g gula kastor @ gula pasir
  • 100 g biskut marie, kisar halus
  • 50 g serbuk santan @ coffeemate @ susu tepung..Ana guna coffemate
  • 100 g susu pekat manis
  • 180 g tepung gandum
  • Biskut oreo secukupnya, dibuang cream..Ana guna coklat susu strawberry

Cara2 

1.Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu.
2.Pada speed sederhana, masukkan tepung gandum, biskut marie kisar, serbuk santan @ coffeemate @ susu tepung dan susu pekat manis. Kacau hingga sebati.
3.Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan letak warna kegemaran (aku guna kaler pink dan warna asal - putih).
4.Letak sesenduk adunan pink, bakar dengan api grill pasa suhu 180C selama kurang lebih 5 minit. Bakar lagi satu lapisan kaler pink hingga masak.
5.Selang seli kan dengan warna putih. Lepas lapisan ke lima boleh disusun biskut oreo tadi. buat hingga siap...
6. Untuk mendapatkan kek berlapis seperti dalam gambar, lapisan adalah seperti berikut:


Lapisan 1 - Pink
Lapisan 2 - Pink
Lapisan 3 - Pink
Lapisan 4 - Putih
Lapisan 5 - Putih + biskut oreo/coklat
Lapisan 6 - Putih
Lapisan 7 - Putih + Biskut Oreo/coklat
Lapisan 8 - Putih
Lapisan 9 - Pink
Lapisan 10 -Pink
Lapisan 11 - Pink + Biskut Oreo/coklat

info : nOOrsha..10Q nOOrsha

03 Disember, 2010

KEK LAPIS COKLAT CHIPS

 Assalamualaikum...

Meh sarapan kek lapis kat rumah Ana ni..Petang semalam Ana cuba resepi dari blog Kak Yatie, sebelum ni pernah juga buat kek lapis tapi cuma 2 kaler je, kali ni terasa nak warna warni lak..hihi.. 


Kukusan Ana agak kecil jadi kena guna loyang kecilla, tak boleh nak buat bentuk segi4, kejadiannya pun tinggi macam apartment ni kot....kekekeke... 


Masa membuatnya adala dalam 2 jam setengah sambil2 masak untuk makan malam, bila dah masak, anak-anak dah tak sabar nak cuba, yelah kan berkaler maler meriah jer..Ana kata.."Sabo dulu, tunggu ayah balik nanti kita potong.." heee..kebetulan ayahnya balik lewat sikit..Bila dah potong tak sampai setengah jam tinggal suku je kek tu....lembut & gebu..tambah lagi ada coklat chips tu..laju je makan..taknak potong kecik2, nak besar terus..hiiii..sabo jela anak-anakku sayang ooiii..

Resepi asal Velvet Steameed Fruit Cake dari Kak fida & Ana copy & edit dari  Kak yatie

Bahan-bahan
  • 5 biji telur gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar ovallette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • pewarna hijau, kuning & merah
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. 
  4. Gaul sebati dan bahagikan pada 3 bahagian...satu warna hijau, satu warna merah dan satu warna kuning (gaul sebati..)
  5. Loyang digriskan dengan mentega & taburkan sedikit tepung, ketuk2 bagi tepung keluar. Letak adunan kuning dulu, ratakan permukaannya, tabur coklat chips dan kukus selama 15 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  6. Buat pula lapisan merah, ratakan permukaannya & tabur lagi coklat chips dan kukus lagi 15 minit...dan seterusnya lapiskan warna hijau, tabur coklat chips & kukus...teruskan melapis sehingga habis.
  7. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  8. Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
Nota Kak Yatie
*Penutup kukus hendaklah di bungkus dngn kain supaya air tak menitik diatas permukaan air.
*Masa dah letak adunan tu, goyang2kan/jalan2kan sikit2 sudu tu..sampailah tepi...
*Coklat chips boleh digantikan dengan coklat bar, prune, asam manis dll mengikut kreativiti...

Ada lg pilihan nak sarapan ni, stail kita kalau nak mkn cucur..apa2 jenis cucur pun sedap kalau mkn gini kan...


Cucur nasi ikan bilis disirami kuah pecal/kacang...jemput sarapan yea..:-)

11 November, 2010

KEK LAPIS COKLAT KUKUS

Assalamualaikum...
Kek lagi..takde benda lain ke nak tunjuk ek..heee..dah kita buat kek, tunjukla kek kan, takkan nak tunjuk jus lak...Pertama kali Ana buat kek lapis, sebelum ni asyik terlopong je tengok HaSue dok melapis, lepas sorang, sorang buat, kita tunggu je nak buat nampak cam susah, bila dah buat senang je rupanya & lagi senang masuk mulut weiii...


Nampak sememeh je kan, sebab panas2 lagi Ana dah potong, maklumlah Adam masa tu dah nak turun tunggu bas sekolah, dia nak jugak makan, takut tak sempat kot bila balik petang tu..hii..tau-tau jelah kan..


Belum sampai setengah jam kek tu masak, dah tinggal separuh, cepat-cepat simpan, nak hidangkan untuk ayahnya balik kerja kang tak sempat lak..lembut kek lapis ni, tambah lagi ada coklat tu, yang Kak Maz buat cantik je, kemas, Ana buat ni macam tak sekata je lapisannya,kena buat lagi la ni bg teror ye tak..

Resepi ni Ana ambik kat blog Kak Maz, katanya resepi asal adunan kek daripada Kak Fida MyResipi tu..meh kita tengok apa bahan2 & bagaimana nak buatnya...hihi..

Kek Lapis Coklat ( Kukus ) copy dari blog MAZ Ilhamdapur

Bahan-bahan
  • 4 biji telur sejuk saiz B @ 3 biji saiz besar (A) (dari petiais)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan tepung gandum yang berkualiti - maz guna all purpose flour brand MFM
  • 1/2 sudu kecil rata baking powder
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 75 ml susu cair
  • 1/4 sk garam
  • 50 ml minyak sayur atau minyak jagung - maz guna sunflower oil.*Ana guna minyak masak
  • 1/2 sudu kecil vanilla
  • sedikit coklat emulco * Ana letak 1/4 sdk..
  • coklat bar/chip atau atau apa-apa coklat yang sesuai secukupnya


 Cara-cara
  • Sediakan pengukus dan sapu sedikit butter pada loyang.
  • Ayak tepung garam dan baking powder, kemudian campur kesemua bahan-bahan di dalam mangkuk mixer kecuali minyak, coklat bar dan eoklat emelco.
  • Pukul selama 3-4 minit (stand mixer) atau 5-7 minit (hand mixer) sehingga adunan menjadi kembang dan ringan. Masukkan minyak dan kaup balik degan senduk kayu atau spatula hingga sebati. (masa ni jangan terlebih kacau je)
  • Adunan dibahagi 2, 1 dibiarkan kosong & 1 bahagian lagi ditambah coklat emulco. Kacau rata.
  • Tuang adunan coklat dan ratakan keseluruh loyang. Kukus selama 5 minit dalam kukusan yang telah mendidih. Kemudian letakkan pula adunan asal (plain) dan susun coklat bar atau coklat chip secara rawak dan kukus selama 5 minit pula. Buat begitu sehingga habis.
  • Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Kemudian sejukkan dulu sebelum dipotong.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...