Sabtu, 26 Mac 2011

KEK LAPIS SERI KAYA (kukus)

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Sabtu buat semua..ada yang nak balik kampung? Atau ada kat kampung halaman dah eik? Bestnye...kami takde g mana-mana pun, minggu depan anak-anak mula ujian Mac sekolah rendah, Ahad ni pulak ayahnya kena hadirkan diri ke sekolah untuk mesyuarat PIBG..moga semuanya dalam keadaan sihat walafiat & gembira bersama keluarga tersayang..
Harini Ana nak tayang kek lapis yang dah takde bau pun kat rumah ni, jadi takpayah ler nak mintak barang selapis 2 yerk..udah pinish..*kata kak Nor..* hehe...


Kek lapis yang sedap, naik gebuusss walaupun dalam adunannya takde pun soda penaik & baking powder..mula2 rasa tak yakin, tapi bila dah buat tu, rasa cam tak percaya kek ni jadi lembut je..sedap tau..jadi sape2 nak rasa kena cuba buat yer..


harini Ana copy kat sini untuk tatapan akan datang & rasanya akan buat lagi sebab seri kaya dalam tin yang suami beli haritu masih ada berbaki..1 tin lagi belum buka pun..hehe..

Harap Kak Lin tak kisah copy paste rspnya kat sni yer..terima kasih Kak Lin yang suka sangat menelefon kalau kita msg dia tanya sesuatu...hihi...agaknya dia tengah sibuk dengan angka-angka tu, maklumlah tengah sibuk dengan cukai sekarang ni kan..hehe


KEK LAPIS SERI KAYA
Sumber : LinRosLy
 Bahan-bahan:-

  • 300gm tepung gandum
  • 300 gm mentega..Ana guna buttercup
  • 200 gm gula pasir..Ana guna 250grm gula castor
  • 180 gm seri kaya
  • 6 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • - sedikit pewarna merah
  • -Ana tambah pewarna kuning
 

Cara:-

  • Pukul mentega dan gula hingga kembang. 
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
  • Masukkan seri kaya dan esen vanilla dan pukul lagi
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis
  • Bahagikan adunan kpd 2 bahagian *warna asal dan warna merah
  • Kukus setiap lapis hingga habis..Setiap lapisan lbh kurang 5-8 minit. 
  • Lapisan terakhir, kukus 20 minit @ sehingga masak, bila cucuk kek dgn lidi, keluarnya lidi bersih tandanya kek dah masak 
  • Tutup penutup kukusan dengan tuala bersih supaya air tak menitik & mencacatkan rupa atas kek.
  • Pastikan setiap lapisan kek yg dikukus betul2 kering & masak baru diletak lapisan yang seterusnya (blh tekan dgn jari, kalau tak melekat kat tangan dah ok le tu)
  • Sejukkan kek sebelum dipotong.
SELAMAT MENCUBA...

14 ulasan:

Mas berkata...

boleh masuk list kek lapis ni..'
nampak sedapp jer..

HaSue berkata...

baru nk mintak..awal2 dah kena warning..iskh2..btw,cun la lapis tuh..pink karerr..hehe..kalo nak mintak gak,agak2 ko sebat aku x?

izahdaut berkata...

ana..lawa lapis tuh.ko dah nak menjadi tokey kek lapis lak neh.ada ciri miri nya tu..hehehe..moist ye?

Nazrah Bakery & Dunia Kuih berkata...

Rajin nya melapis..memang ok ker tak der soda penaik dan baking powder..
boleh lah akak cuba ni...

NoorMasri berkata...

cantiknya...mesti sedap kan!

ilahjy berkata...

cantiknya ana kek ni..
boleh tempah sebijik ni..
kak bab melapis ni mmg segannn/malas..hehehe..

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Anna

Kak Lin pun dah siap sedia untuk balik kg.

Terima kasih byk2 kerana sudi mencuba resepi dari dapur Kak Lin. Cantik! Nampak menarik.

Hehehe ada org tak yakin dg resepi ni...bila dah cuba baru tau yer..
Huhuhuhu.

Terima kasih sekali lagi dan rajin2 memasak yer...
muaaaahhhhhhh...

Umm Mymoonah berkata...

I have to try this sometime, it looks gorgeous.

Anna Qawina berkata...

Mas : bape pjg dah ko punya list? hekhek..

HaSue : cun eh? mana leh lawan ko punya kan..kan..meh nak sebat patploh kali deh..tak dengo org kater dah pinish!!!

Izah : agak2 aku jual kek lapis HaSue nak order tak? wakakaaaaa..

Anna Qawina berkata...

Kak naz : a'ah takde letak penaik pun dah lembut, try yer nanti bgtau hasilnya..:)

NoorMasri : .cantik ke tuh? hihi...t.kasih..tryle...

Kak Ilah : adeeeh..nak tempah eh..tuh Mek Sue dah depa tangan tak bg saya potong line dia..hahaha

Anna Qawina berkata...

Kak naz : a'ah takde letak penaik pun dah lembut, try yer nanti bgtau hasilnya..:)

NoorMasri : .cantik ke tuh? hihi...t.kasih..tryle...

Kak Ilah : adeeeh..nak tempah eh..tuh Mek Sue dah depa tangan tak bg saya potong line dia..hahaha

Anna Qawina berkata...

Kak Lin : terima kasih perkongsian rsp yg mudah & sedap ni yer..nak bg kat akak dah kompon takde dah..hihi..
mula2 tak heran sgt, time nak baking tu baru perasan takde menda2 tuh..tp cekalkan hati...hihi..Alhamdulillah menjadi...

Anna Qawina berkata...

Ummu : tq...try yer..))

estee_8980 berkata...

nmpk sedap n senang... insyallah nk cubalah nnti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...