Ahad, 27 Mac 2011

BINGKA SUSU

Assalamualaikum...

Salam sejahtera buat semua ya....on sekejap je ni, nak letak gambar bingka yang dah lama buat..sebenarnya lebih lama daripada bingka labu tuh..hehe...harini agak sibk sedikit, ada tetamu akan berkunjung ke teratak buruk ambo nih...


Resepi dari kak Fida@MyResipi...kat dapo kak Yatie pun ada...lembut sangat bingka ni tau..betul kata kakak2 yang dah cuba, orang takde gigi pon boleh makan bingka nih..hehe..

BINGKA SUSU

 

Bahan-bahan ( Loyang 8 X 8 in / 9 X 6 in )

BAHAN A : -
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu manis
  • 50 g gula pasir (opt)
  • 1 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji telur

BAHAN B :-
  • 500 ml air
  • 100 g mentega / majerin
  • 50 g tepung kastard
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1/2 sk garam

Cara-cara


  1. Satukan bahan A dan ketepikan
  2. Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan yang dimasak, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
  5. Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.
  6. Adunan boleh juga dibakar di dalam acuan bahulu pecah lapan.

6 ulasan:

Mas berkata...

wahh...rasanya macam mana ana.....lemak2 susu ngan butter ke...
kau ingat lagi ke rasa bingka ni.....he..he..
nampak lembut berkrim jer...

Nazrah Bakery & Dunia Kuih berkata...

mesti lemak susu kot...kita pun tak pernah cuba lagi..sedap kot...

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Ana...

Pagi2 lagi Kak Lin dah dtg skodeng dapur Ana..terjumpa bingka susu...rasa Kak Lin budak2 tentu suka ni lemak2 manis..

Naz berkata...

SAlam Anna,..
Sihat ker Anna??
Rajin sungguh anna ni.. Naz tak pernah lagi buat bingka..

Anna Qawina berkata...

Mas : sedap weii..lembut gilerr..hihi..takmo giler..

Kak Naz : sedap kak..tryle..lemak2 manis sedang2 je...

kak lin : amboii pg2 dah skodeng eh...sihat ke?

Naz : tkde ghajin pom..buat2 ghajin..hehe

Ayu Safieza berkata...

Anna...cedap cedap cedap nih....kak au simpan resepi utk rujukan eik...thanx!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...