Jumaat, 1 April 2011

DONUT SURIA

Kawan-kawan dah sarapan? Ada tempat yang kawan-kawan tengah berdengkur lagi, ada yang baru nak Subuh...maklumla, alam maya ni, kawan-kawan merata-rata merantau seluruh pelusuk dunia...Walau dimana anda berada, semoga sentiasa dilimpahi Rahmat & Nikmat Allah Ta'ala..

Donut yang dah takde dalam menu harini tau..buat petang kelmarin untuk bekal & sarapan anak-anak pagi & petang semalam, nak n3kan semalam tak boleh kerana keputusan bekalan internet down tetiba je hampir seharian jugakla..dah petang baru ok, banyak pulak kerja lain nak buat..sudahnya pagi ni baru masuk blog..heheh..begitulah kisahnya si donut...


Skodeng kt blog CMG..ramai yang dah buat kan..Ana sendiri pun dah pernah buat sebelum ni, tapi masa tu belum ada BM, uli pakai tangan..tapi kali ni masuk semua bahan dalam BM, tunggu siap jela..heheh..kemudahan dah tersedia, rugi kan tak guna...*ayat orang nak senang*. Ana copy paste dari blog glamer seantereo dunia masakan tu kat sini lak..ok harap CMG dok marah eh..malas nak merayap dah cari link asal..apa-apapun terima kasih buat penyumbang resepi asal tu..


DONUT SURIA
Sumber : Puan Suria Insani of Resipi.Net

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 camca besar susu tepung
  • 3 camca besar gula halus
  • 3 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 1/2 camca teh garam (yang ni mat tambah sendiri)
  • 200 ml air suam*
  • 2 camca teh instat yeast*(*disatukan dan biar berbuih)
  • Sedikit lagi air (extra)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast + air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikitlagi air. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  2. Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap. Biarkan 30 minit hingga naik (mat biarkan 45 minit).
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Gaul donat dengan gula halus atau hias ikut suka...menghasilkan kurang lebih 17 biji donat...

4 ulasan:

izahdaut berkata...

mendonat lagi makcik... simple je donut ni kan

Ayu berkata...

Assalam anna,
rajin anna buat donut..akak kalau buat gunakan premix punya aje..hehe....pun dah lama tak buat..
bak sini 10 ketul..jadilah..buat rasa2..ha engkau..heheh

Nieza berkata...

sedapnya tgk donut bolat2 ni..hhmm lama tak mendonut ni..

Mas berkata...

macam mana aku tak perasan donut suria kau ni...
best kan donut ni..aku pun suka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...