Jumaat, 1 April 2011

KARI KEPALA IKAN JENAHAK..versi sihat??

Assalamualaikum w.b.t.

Beberapa hari yang lalu...hehehe...buat kari kepala ikan ni, hubby beli 2 ketul kepala ikan, tapi bila nak masak, selongkar santan takde..yang banyak berderet susu cair, jadi Ana letak susu cair jela, hasilnya sedap kata hubby, bagi Ana lak sihatle, takle berlemak sangat kan..ada bagitau dia, stok santan kotak dah habis, maklumle hujung2 bulan ni kan..hehe...*versi nak bodek hubby g soping* 


cara masak lebih kurangle, tapi bagi yang nak tau gak cara kita yang tak seberapa nih, Ana rajinkan tangan ni menaip..ok...harap adik2 yang baru mula nak belajar masak tu ada dapat idea terdesak ke..heheh..

KARI KEPALA IKAN
Sumber : AnnaQawina

Bahan-bahan :
  • 4 ulas bawang putih *blender
  • 1 labu bawang besar *blender
  • 2 inci halia *blender
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar cili giling
  • Daun kari
  • Sayur timun masak -dipotong & belah 2@4* jika suka
  • Kacang panjang *jika suka
  • Tomato -dipotong 4
  • Cili hijau besar -belah 2
  • 1/2 tin susu cair 
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam & gula
Cara-cara :
  • Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan-bahan yang diblend bersama daun kari sehingga naik bau & kekuningan
  • Masukkan rempah kari ikan yang dibancuh dgn sedikit air@susu cair bersama cili giling.
  • Kacau2 sehingga terbit minyak & bertukar warna sedikit gelap.
  • Masukkan air secukupnya, kepala ikan bersama serai.
  • Bila dah mendidih, masukkan sayur timun, kacang panjang,tomato & cili hijau.
  • Kacau-kacau seketika, kemudian masukkan susu cair. Kacau sehingga mendidih, kejap je.
  • Agak-agak sayur dah lembut bolehlah di masukkan garam & gula. Angkat & hidangkan.
Selamat Mencuba..(^_^)


1 ulasan:

Nieza berkata...

perghh sedap ni ingat nk msk kari kepala ikan gak hari ni ..ikan salmon jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...