25 Mac, 2011

KUIH KETAYAP LAGI

Assalamualaikum w.b.t.
“Allah berfirman kepada MalaikatNya: “Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya.”
(Hadis Qudsi riwayat Tabrani dari Abu Umamah r.a)

Alhamdulillah, syukur atas segala kurnian-Nya, atas nikmat & rahmat Allah Yang Maha Pemurah..Jumaat kembali lagi, pejam celik sekejap je masa berlalu, dah nak masuk penghujung bulan Mac..Ucapan Tahniah rasanya belum terlambat nak ucapkan buat Hana & Family atas kejayaan suaminya, menggenggam phD di negara matahari terbit nun, bukan senang kan nak merantau mencari ilmu, disebalik kejayaan si suami, ialah si isteri & anak-anak penguat semangat, menguatkan lagi azam..apa-apapun tahniah kepada Dr Hamzah & Dr Hana..hehehe..*bini pun dapat gak Dr. kan...oh ya..selamat kembali juga buat mereka sekeluarga..agaknya dah sampai Malaysia ke belum yer..ketinggalan sikit ni, sejak akhir2 ni suam2 kuku masuk blog..apa2pun semoga semuanya selamat walau dimana saja berada..

Ucapan takziah juga kepada penduduk Myammar..atas kejadian gempa bumi 6.9 scala richter pada jam 9.56 malam tadi (maaf, kalau salah )...dunia akhir zaman macam2 kejadian berlaku, kita sebagai manusia perlu beringat2 akan kedudukan kita sebagai makhluk Allah, persiapkan diri dengan segala bekal amalan andai diuji & dijemput Ilahi suatu hari nanti..InsyaAllah..kita tergolong di kalangan manusia yang beriman..Amin..


Pagi ni kami sarapan kuih ketayap & teh sahaja..kuih ni semalam dah buat untuk buah tangan suami nak bawa ke surau, katanya ada kuliah selepas maghrib, jadi lepas solat Isya' biasanya jamu sikit ustaz & jemaah yang datang dengan hidangan ala kadar..Alhamdulillah, seronok pulak buat makan2 ni, sebelum ni buat bingka susu *blm masuk n3 lg..*..hehe..
Saje buat kaler merah & kuning, sebenarnya pewarna hijau dah habis, rasanya dah agak lama tak meninjau dalam kedai bakery tu & skodeng apa2 yang patut dibawa balik..jadi Ana gunakan apa jela warna yang ada..


Resepi dah ada sebelum ni, nak buat senang, kebetulan anak belum baik dari demam & sekarang batuk2 pulak..jadi sediakan yang mudah2 ajekan, inti kelapa pun dah siap buat beberapa hari lalu..

Untuk resepi boleh klik SINI yer...

Sekian..Wassalam..^_^

7 ulasan:

Nazrah berkata...

Assalamualaikum...
nampak cantik jer kuih ketayap tu...merah dan kuning (selangor)

izahdaut berkata...

anna.ko nyer blog ada malware... tak leh masuk.aku masuk cepat2 tekan komen form.terus komen.dia kata malware found from allyazlina.blogspot.com

izahdaut berkata...

allyazalia.blogspot.com. sorry salah tadi.aku sempat tengok kuih gulung warne warni ko je

tun_telani berkata...

kuih ketayap ni agak2 blh letak filling lain x? tun x suka sgt inti kelapa tuh.. tp chomey laa kaler pink ^^

Anna Qawina berkata...

tun : tryle letak nutella..ada yg cakap sedap gulung boh coklat ke hape..kita yg nak makan kan..hihi

Mas berkata...

banyaknya ketayap..
hulur sini sikit..he..he..

Unknown berkata...

Assalamualaikum Ana..


Kuih ketayap yang berwarna warni...jg lupa tinggalkan sepinggan untuk Kak Lin tau!

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...