Jumaat, 25 Mac 2011

BINGKA LABU

Petang semalam, sambil2 dok fikir, nak buat apa dengan labu yang secoet berbaki ni ha...lebihan pengat labu haritu, kang lama-lama kenyang lak tong sampah..tak pasal kena pot pet ngan tukang bayar tu...hihi...biasanya dia akan kata.."ni nak tanam ke ni?.." kalau dia cek esbox & nampak sayur2 & bahan2 masak tumbuh akar @ dah terpenyek..haha..takpon kalau kirim apa2 kat dia soh belikan, dia akan kata.."..habiskan dulu dalam peti tu baru beli barang lain.."uhuks..pedih wei..

Semalam nampak Mamasya tayang kat blog dia, tengok bahan2 pun simple je..tapi ke'adaan' labu tu bukannya banyak mana pun, dapat buat separuh adunan je..hihi..Bingka labu ni Ana makan sikit je, nak rasa, yang banyak2 tu bagi suami bawa ke surau sekali dengan kuih ketayap tu..


Dah masak, suam2 lagi Ana potong, elok lak..warnanya pun cantik..sedap tu...meh tgk rsp..
 
Bingka Labu
Sumber : mamawandiha.fotopages.com
Copy : Mamasya
 

Bahan2
  • 1 biji labu kuning saiz sederhana ~ kopek, dadu, rebus & tos-timbang dlm 400 gm
  • 240 gm gula pasir
  • 250 gm tepung gandum
  • 3 biji telur (A)-guna 4 biji telur saiz M
  • 1 cawan santan pekat- guna 1/2 pekat santan debu jadikan 1 cwn
  • 125 gm marjerin ~ cairkan

Cara Menyediakan 
  • Blend labu rebus, gula, telur dan santan hingga halus. 
  • Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar. 
  • Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata. 
  • Masukkan marjerin yang dicairkan dan kacau. Jika adunan berketul2.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi. *Ana blend je
  • Panaskan ketuhar 175C. 
  • Lenserkan acuan dengan marjerin/butter. 
  • Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit atau hingga masak bergantung saiz loyang & saiz oven anda.

9 ulasan:

izahdaut berkata...

aku klik cepat2 je komen box ko neh.nampak ko buat bingka labu.aku pun baru siap membingka labu neh. aku tak dan nak baca resepi ko terus malware detected. memula ko buang dulu link blog tadi tu. weh sedapnya bingka labu, aku baru siap guna resepi kat blog kak zana semalam. sedap wehh

Kak Rosaliza berkata...

UMAH AKK NI PUN ADA SEBIJI LABU DOK PERAM TU TAK TAU NAK BUAT APA LAGI..SEDAP NAMPAK BINGKA TU ANA

alamak huruf besau la pulok

~Norul Mas Hana ~ berkata...

wahh..nampak sedap...idea bernas nih..labu ada sebiji kat dapur..tak terusik lg.. =)

Nazrah Bakery & Dunia Kuih berkata...

saya minggu lepas minggu melabu..itupun masih ada baki sebiji labu..nanti pikirkan apa lagi yg boleh di buat ngan labu..bingka ni pun dah buat..memang sedap kan..

Umm Mymoonah berkata...

Looks very delicious, just can't wait to try this. Following your yummy looking blog :)

Nieza berkata...

wah sedap ni...baru jer nampak kat dapur mamasya semlm dh sampai dapur ana dah....bila lak nk sampai dapur kita yg jauh ni yer..hehe

Mamasya berkata...

Dah siappun bingka labu Ana...mmg simple bahan2nya
slmt berhujung minggu buat Ana sekeluarga...

Mas berkata...

wahhh..pepagi dah nanpak bingka labu..sedapnya...

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Anna

Kejap jer dah jadi bingka labu ni express betullll! ada petua tak? Kak Lin Nak belajar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...