Kek yang ditayangkan oleh Izah dengan nama Kek Kukus Lapis Coklat..kemudian dengan segera Ana kumpul bahan-bahan..pastu dok tenung je bahan tu dulu..nak buat tak nak..nak buat ke tak..hehe..tapi memikirkan nak bawa balik buah tangan untuk ayah bonda kat kampung, buat jugakle malam sebelum bertolak ke kampung..sedang2 elok pukul 12 tgh malam siap kukus..siap je tunggu sejuk jap sambil2 pack barang masuk beg..*hehe..last minit punya kerja.,.*potong tepinya sikit bagi nampak elok lapisnya tu, dapatle rasa sikit kan..hehe..jadi gambar pun macam tu gakle, kelabu jugak..apa nak buat, dah makan2 kat kampung pun lupa nak posing leklok..
Tapi sempena perasaan membuak-buak nak mencuba tu, tengok2 dalam peti ais ada stok2 bahan yang nak dihabiskan sebelum luputnya tarikh ia di'cop' kat bekas tu, yang ada pun tak banyak mana sangat pun, terfikir nak masukkan dalam kek..Ana olah sedikit bahan2 perasa tu & bagi nama lain sikit..hehehe..harap Ana sebagai penderhaka kepada resepi ni tak di hukum oleh pencipta resepinya ya..*kalo dok zaman Parameswara ni sah2 dah kena ikat kat pokok melaka kot..hehe..*ada kaitan ke??? tahle..aku dah lupa sejarah dah..hikhilk..
Bila dah tambah blueberry paste tu rasa dia lemak2 masam manis gitu..bila hidang untuk kaum keluarga, yang memakannya kata sedap, sampaikan ada le seorang adik Ana tu sorokkan bahagian dia takut tak sempat nak makan banyak katanya..ada-ada jela budak tuh..suka pulak buat kek lapis ni sebab anak-anak Ana memang suka dengan kek lapis sekarang ni..musim kot..hihi
Sumber : Kak Dayang
Copy : Izahdaut
bahan-bahan : loyang 8 x 4.5 x 4.5
***kalau nak tengok contoh coklat Cadbury, boleh jenguk di dapur Zaliedana
Cara-cara :
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan nestum yang sudah dikisar dan sekali ayak
- 1 sk baking powder
- 250 g mentega
- 5 biji telur A (asingkan putih dan kuningnya)
- 80 g gula kastor
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 150 g coklat Cadbury / Milk Roundies * saya letak coklat cip semi sweet..pun sama
- 1 sk esen vanilla
- **pes pandan/pewarna hijau dan pes strawberi /pewarna merah
- **Ana guna pewarna ungu & kuning
- **2 sdb Blueberry paste
***kalau nak tengok contoh coklat Cadbury, boleh jenguk di dapur Zaliedana
Cara-cara :
- Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Balutkan penutup kukusan dengan tuala. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
- Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan dengan nestum. Ratakan.
- Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk pengadun berasingan, putar kuning telur bersama susu pekat dan mentega hingga pucat. Kemudian, satukan dengan tepung tadi dan esen vanilla. Putar sebati dengan kelajuan perlahan.
- Satukan adunan tadi bersama putih telur dan putar lagi hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan pes pandan/pewarna hijau dan satu bahagian lagi dengan pes strawberi/pewarna merah.
- **Ana warnakan dengan warna ungu & tambahkan blueberry paste, kacau sebati, 1 adunan lagi diwarnakan kuning
- Kemudian setiap adunan dibahagikan lagi dengan 3 bahagian. Kesemuanya ada 6 lapisan.
- Tuangkan lapisan merah terlebih dahulu dan kukus selama 5 minit. Kemudian, susunkan dengan coklat Cadbury tetapi JANGAN DITEKAN.
- Setelah itu, tuangkan adunan hijau perlahan-lahan di atasnya. Ratakan.
- Kemudian dikukus selama 7 minit.
- Ulangi proses hingga habis.
- Untuk lapisan terakhir, sila kukus hingga 15-20 minit lagi. (kek ini cepat masak dan tidak perlu dikukus terlalu lama)
- Setelah masak, angkat dan sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong supaya lapisannya tidak comot.
4 ulasan:
comeynya kek tu.. warnanya yg contrast tu buat nampak lagi naik serinya... akak ni kurang rajin sket melapis kek.. hehe..
p/s: mekasih sudi mencuba donut labu tu yer.. mmg adunannya tu lembik sikit.. tp lenkali kalau nak tambah tpg pun boleh... ikut selesa tangan nak menguli.. akak pun pos donut lagi gak hari ni.. hehe..
Sedapnye Anna....pakkal la ini munggu eggless nak cuba gak wat kek lapis2 ni.....cantik n rajin anna melapis kek kan?:)
assalam Ana, apa khabar?...wah best tak blk kg?rindunya nk blk kg juga..hehe btw menarik kek lapis ni nanti boleh cuba ni..:)
kak Madiha : la takde cun mana sgt pun kak..tgn keras kematu jek..hihi..
hah..donat labu..adeiiii...teringin nak wat lg & lg tapi mikirkan tangan berminyak tu kan..hihi
kak Ayu : hehe...telur oh telur..kan..
Nieza : wa'kumslm..sihat alhamdulillah..mestila best & best..mohler balik kapong..hahha...
Catat Ulasan