Jumaat, 18 Mac 2011

PENGAT LABU

Apa menu minum petang? Dah ada yang siap ke? hehe...meh buat pengat labu ni..oppsss...bukan yang Ana buat harini yer..sebenarnya ini menu minum petang semalam, sambil2 masak makan malam, tergerak hati nak buat pengat labu, kebetulan masa pergi Mydin USJ Selasa lalu, "Ter"ambil sebiji labu..heheh..pandai je "Ter" kan..


Nak ikutkan senang yang amatle nak membikinnya tapi sengaja gatal tangan g cari mana-mana blog yang tempek resepi ni, senang nak share dengan yang baru2 berjinak nak masak pengat ni kan..cuma ada tambahan kacang merah sikit, kebetulan jugak, sedang2 elok masa masak tu Ana ada rebus kacang merah untuk dijadikan inti kuih pau & roti, sedang2 elok je kacang tu empuk, ceduk sikit masuk dalam pengat tu..sedap tau, cukup2 je manisnya kalau guna resepi kak Zai ni..

Credit to Kzai@Teratak Impian..halalkan resepi yang dah di copykan kat sini...masuk blog akak tu makaiiii...lapor tetiba tau..macam2 menawan kalbu gua..heheh..ok sape2 yang dok pegang pale sambil pk nak masak apa minum petang ni leh try yer..

PENGAT LABU
Olahan : Annaqawina

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji labu
  • 1 1/2 kotak Santan (akak guna santan kotak Ayam Brand- kotak biru)(Ana guna santan kotak M&S)
  • 1/2 ketul Gula Melaka
  • 2 sb Gula
  • sedikit Garam (agak2...nnt masin sgt)
  • 2 simpul Daun Pandan
  • Air secukup nya
  • sesenduk kacang merah rebus 

Cara-cara:

  • Labu dipotong dadu dan dibersihkan.
  • Masukan gula,gula melaka,daun pandan ke dalam periuk dan tambah air secukup nya.Nyalakan api dan kacau perlahan
  • Tunggu sehingga gula larut dan masukan labu
  • Masukkan santan dan sedikit garam dan tunggu sehingga mendidih dan labu lembut. (sentiasa kacau supaya tidak meruap)
  • Tambahkan kacang merah
  • Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

4 ulasan:

Nieza berkata...

Ana, ahaks! celik2 mata kat sini terus singgah dapur ana ni...amboi mak labu buat pengat labu lak....sedap jer nampak tapaula skit sebelum pi holiday ni...hehehe
note: cara wat roti munge2 tu ana leh rujuk kat resepi roti kak Nor tu...ada kak Nor tunjukkan...selamat mencuba yer laling..hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

salam ana..
pengat labu ni mkn sejuk2 baru keluar peti ais sedapnyaaa....

Nazrah Bakery & Dunia Kuih berkata...

Salam ana...sama plak kita ada labu...tapi kalau kita wat pengat..tak ada pula yang nak makan nanti kat umah..

tun_telani berkata...

assalamualaikum kak ana..
mula2 tgk pengat labu nih dh pelik dh, mende yg itam2 tu.. kacang merah rupanyer.. hihi.. sedap2.. labu masak ape pon sedap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...