Khamis, 17 Mac 2011

DONUT LABU

Assalamualaikum

Bersua kembali, dengan harapan & doa semoga kalian semua sihat sejahtera di dalam lindungan-NYA selalu..belum terlambat rasanya nak ucapkan ta'ziah kepada mangsa & keluarga mangsa gempa bumi & tsunami kat Jepun nun di sana..semoga mereka & keluarga mereka yang terlibat tabah harungi dugaan Allah Yang Maha Kuasa. Masih lagi sibuk dengan kain bajunya, maklumla balik kampung 3 hari je, tapi langsung tak cuci kain kat kampung, semua angkut bawak balik rumah sini, Alhamdulillah semalam cuaca cukup cerah & panas, 4 kali putar mesin & jemur, dah kering jemur lain lagi..tiba pulak masalah lain yang cukup kurang gemar nak setelkan..apalagi kalau bukan nak menarah timbunan kain baju yang dah siap cuci tuh masuk lemari...cobaan gak tu kan..hehe..takpelah, pelan-pelan buat InsyaAllah siap lak ye mudah-mudahan...


Ok, berbalik kepada gambar yang agak kelabu asap tuh, snap pun main tibai je, buat donut untuk bawa balik kampung haritu konon2nya, tapi yang sempat di bawa baliknya cuma separuh je, separuh lagi jamu anak-anak yang suka sangat dengan donut ni..tak kira jenis apa donut tu, janji donut..hehe..kejadian donut ni sungguh banyak tau..tapi lupa nak kira..hehe


Labu tu rasanya kalau kukus lagi elok kot, tak lembik sangat doh donut, yang Ana buat ni rasanya labu tu takle rebus lama sangat pun, tapi nak bentukkan donut tu makaiiii...sabo bebanyak je..memang kena tambah tepung, & yang penting tangan MESTI lumurkan dengan minyak masak, jangan bagi tapak tangan kering, kalau tak adunan tu akan melekit kat tangan..orang lain buat tak tahula canne, dah ramai yang cuba ni, bila makan, rangup kat luar, tapi kat dalamnya lembut jeee...warna donut ni memang asli kuning, macam buah labu tu ler..

Resepi DONUT LABU
Sumber resepi : Kak Madiha terima kasih ye, copy kat sini lak..
Bahan2
  • 1 cawan isi labu kuning yang telah direbus
  • 1 ½ cawan air suam
  • ¼ cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar gula
  • 2 teaspoon mauripan
  • 620 gm tepong gandum (jika labu rebus agak lembik & menyerap air.. boleh tambah tepong dalam 20 ~ 30 gm lagi!)
  • secubit garam

Bahan2 lain
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
  • Gula kastor secukupnya untuk menyalut

Cara2 Menyediakan 
[menggunakan bread maker (BM)]
  • Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus.  
  • Tuangkan ke dalam BM.  
  • Masukkan ½ cawan air suam lebihan ke dalam jug blender tadi & kisar lagi supaya semua sisa labu yang melekat pada jug blender tadi larut bersama air [supaya tak membazir] & tuangkan air tersebut ke dalam BM.  
  • Masukkan ke dalam BM semua bahan2 cecair seperti minyak masak & susu pekat manis diikuti dengan  gula, garam, tepong gandum & akhir sekali mauripan.  
  • Tekan setting untuk doh (no. 8)*bergantung jenis BM anda dan biarkan BM siapkan kerjanya sampai doh naik (1 ½ jam).

[menguli dengan tangan / cara manual]
  • Campurkan mauripan dengan ½ cawan air suam (jangan panas sgt nanti yis mati) & 1 sudu kecil gula (ambil dari 2 sudu besar gula tadi) kacau hingga agak sebati.  Biarkan sehingga bancuhan berbuih.  
  • Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus.  
  • Tuangkan ke dalam bekas menguli/besen yg sesuai.  
  • Masukkan kesemua bahan2 lain seperti minyak masak, susu pekat manis, gula, garam & bancuhan yis yang telah berbuih tadi.  
  • Kacau rata dengan tangan.  
  • Tambahkan tepong gandum sikit demi sedikit sambil menguli. 
  • Uli sehingga mendapat doh yang lembut (doh yang lembut... menghasilkan donut yg lebih lembut & gebu) berkilat & tak melekat di tangan. (jika terlalu lembik boleh tambah sikit lagi tepong gandum tp jangan terlalu banyak yer.. anggaran dlm 10 gm je gitu)  
  • Bulatkan doh & tutupkan bekas menguli dengan tuala bersih & perap doh sehingga naik sekali ganda.  

Membentuk doh
  • Doh yang telah naik sekali ganda ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin.  Jika doh terlalu melekat ditangan.. boleh salut tangan dengan sedikit minyak masak semasa nak membentuk doh. *PENTING NI..
  • Timbang doh 40 gm setiap sebiji atau ikut saiz donut yang anda suka.  
  • Bulat2kan doh & leperkan sedikit seperti nak buat cucur badak.  
  • Susun di atas dulang yang telah disapukan minyak atau ditabur tepong terlebih dahulu.  
  • Jarakkan sedikit antara satu sama lain supaya tidak melekat semasa proses perapan.  
  • Buat sehingga habis dengan timbangan berat yang sama bagi setiap biji donut.  
  • Perapkan donut sehingga naik sedikit (jangan terlalu naik kerana donut boleh merudum semula semasa kita nak goreng nanti). 
  • Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali dengan api yang sederhana.  
  • Sediakan satu penutup esen (MaDiHaA guna penutup esen vanila).(Ana guna jari je buat bulat tengah tu) 
  • Bila minyak dah agak panas, ambil sebiji donut dan letakkan di atas telapak tangan kiri/kanan (ikut selesa masing2) lalu buatkan lubang dengan menekap donut menggunakan penutup esen tadi.  
  • Lepas tu terus masukkan ke dalam minyak yang panas.   
  • Ulangi proses yang sama sehingga donut memenuhi kuali.  Goreng donut kedua2 belah hingga kuning keemasan.  
  • Angkat & tos sebentar kemudian bolehlah disalutkan dengan gula kastor atau coklat ikut kesukaan masing2.

5 ulasan:

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Ana...

Kak Lin x pernah makan lagi donat labu ni sedap tak Ana? Nampak menarik gitu...

Deliah's Deli berkata...

mmg bnyk betul donat tu..nmpak gebus..montel2 plk tu..anak2 suka sgt2 tp mak x brp nk rajin..cian anak omak :)

Mas berkata...

mas dah buat donut labu ni..
memang sedapp dan lembut gebu kan donut labu ni....

tun_telani berkata...

assalamualaikum kak ana.. kat dashboard tun nih, ada 3 org wat donut serentak! hehe.. demam donat akan melanda kah?

Anna Qawina berkata...

kak lin...sihat? hehe..kita pun baru 1st time try, sedaple kak, bnyk dpt tu

Del ; hihi..sian anak omak yo..time ghajin tak sempat ank2 nak telan 1 1 dah keluar menu baru..hihi

Mas : yela, ko dahbuat, rmai yg dah try, aku je yg tertinggal belon panas nih...hiho

Tun ; time demam donut melanda agaknya kot..hhee..mehl mendonat lak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...