Khamis, 11 November 2010

KEK LAPIS COKLAT KUKUS

Assalamualaikum...
Kek lagi..takde benda lain ke nak tunjuk ek..heee..dah kita buat kek, tunjukla kek kan, takkan nak tunjuk jus lak...Pertama kali Ana buat kek lapis, sebelum ni asyik terlopong je tengok HaSue dok melapis, lepas sorang, sorang buat, kita tunggu je nak buat nampak cam susah, bila dah buat senang je rupanya & lagi senang masuk mulut weiii...


Nampak sememeh je kan, sebab panas2 lagi Ana dah potong, maklumlah Adam masa tu dah nak turun tunggu bas sekolah, dia nak jugak makan, takut tak sempat kot bila balik petang tu..hii..tau-tau jelah kan..


Belum sampai setengah jam kek tu masak, dah tinggal separuh, cepat-cepat simpan, nak hidangkan untuk ayahnya balik kerja kang tak sempat lak..lembut kek lapis ni, tambah lagi ada coklat tu, yang Kak Maz buat cantik je, kemas, Ana buat ni macam tak sekata je lapisannya,kena buat lagi la ni bg teror ye tak..

Resepi ni Ana ambik kat blog Kak Maz, katanya resepi asal adunan kek daripada Kak Fida MyResipi tu..meh kita tengok apa bahan2 & bagaimana nak buatnya...hihi..

Kek Lapis Coklat ( Kukus ) copy dari blog MAZ Ilhamdapur

Bahan-bahan
  • 4 biji telur sejuk saiz B @ 3 biji saiz besar (A) (dari petiais)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan tepung gandum yang berkualiti - maz guna all purpose flour brand MFM
  • 1/2 sudu kecil rata baking powder
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 75 ml susu cair
  • 1/4 sk garam
  • 50 ml minyak sayur atau minyak jagung - maz guna sunflower oil.*Ana guna minyak masak
  • 1/2 sudu kecil vanilla
  • sedikit coklat emulco * Ana letak 1/4 sdk..
  • coklat bar/chip atau atau apa-apa coklat yang sesuai secukupnya


 Cara-cara
  • Sediakan pengukus dan sapu sedikit butter pada loyang.
  • Ayak tepung garam dan baking powder, kemudian campur kesemua bahan-bahan di dalam mangkuk mixer kecuali minyak, coklat bar dan eoklat emelco.
  • Pukul selama 3-4 minit (stand mixer) atau 5-7 minit (hand mixer) sehingga adunan menjadi kembang dan ringan. Masukkan minyak dan kaup balik degan senduk kayu atau spatula hingga sebati. (masa ni jangan terlebih kacau je)
  • Adunan dibahagi 2, 1 dibiarkan kosong & 1 bahagian lagi ditambah coklat emulco. Kacau rata.
  • Tuang adunan coklat dan ratakan keseluruh loyang. Kukus selama 5 minit dalam kukusan yang telah mendidih. Kemudian letakkan pula adunan asal (plain) dan susun coklat bar atau coklat chip secara rawak dan kukus selama 5 minit pula. Buat begitu sehingga habis.
  • Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Kemudian sejukkan dulu sebelum dipotong.

7 ulasan:

Mas berkata...

rajinnya anna buat kek....mas nak 2 ketoi boleh..nmpk sedapp la..

Anna Qawina berkata...

Mas..rajin sbb ada tukang makan..nak bg taklehla dah abes pong...heee

Yatie berkata...

Salam Anna,
Mmng sedap kek lapis kukus coklat ni...lembut je...akak dah buat tapi tak n3 lagi...

HaSue berkata...

Anna..pasnih nak cop suku loyang kalo ada kek lagik tauu..hahaa...xde alasan dah abis..kikiki

Anna Qawina berkata...

Kak Yatie...hehe...lain kali kena buat 2 adunan la..tak cukup...

Sue : ambo bui loyang je buleh? heheh...

nba-Nur berkata...

Salam.. Wah rajinnya Anna buat kek.. macam2 kek ada.. Nampak sungguh sedap.. Nak sikit boleh? hehe.. TQ sebab sudi tinggal komen kat blog Kak Nur.

sue-sama berkata...

wah...trliur tgk kek nii...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...