Isnin, 8 November 2010

KETAM KUKUS BERINTI

Ketam lagi....haritu tak puas makan sup ketam, kecik sangat..sekali bgtau nak makan yang besar sikit, Cik Abe Ana beli pun ketam..mak datok...3 ekor dah cukup kalau beli beras utk sebulan makan...huhu..tapi puas hati sebab puas dapat makan..


Pernah tgk dlm rancangan tv bahasa Cina, dia masak tapi nampak macam ketam tu tetap sekor2 je, macam tak siang..dia kukus ketam tapi bahan2 dia pelik sikitla, macam2 letak termasuklah bahan2tak halal, Ana cuba godek-godek sendiri jela, jadi tak jadi InsyaAllah tetap boleh makan...

Pinggan tu besar....boleh tak muat kaki tangan ketam tu terjulur kuar..hiiii..kurang sopan eh...

Nak buatnya Ana main letak je bahan2 dia & Alhamdulillah sedap jugak..

Bahan-bahan "inti"  :-
  • 3 ulas bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • halia
  • 2 sudu besar pes cili kering
  • sos tiram
  • 1 biji telur

**Tumis bahan-bahan tumbuk sampai garing & masukkan pes cili kering, tambah air jika suka & kemudian masukkan sos tiram, kacau2 kejap kemudian masukkan telur. Kacau2 bagi telur hancur & sebati dengan bahan tumisan. Masak hingga agak kering & tutup api **

Cara Buat Ketam Kukus :-
  • Ketam dibersihkan & cengkerangnya basuh bersih..ketepikan.."cengkerang?? betul ke panggilan tu ek??"
  • serai - diketuk
  • Ambil cengkerang ketam & isikan dengan "inti" yang dah siap masak tadi..
  • Buat sampai habis
  • Tutup ketam dengan cengkerang yang dah ber"inti" tu tadi.
  • Panaskan kukusan, kukus ketam dalam loyang yang berisi serai yang diketuk..kukus 5 minit je.
  • Buat sampai habis & keluarkan ketam dari loyang..*biarkan loyang tetap dalam kukusan bersama air ketam tu *masa kukus kan keluar air ketam & wap tu*
Kuah :- 
  • Masukkan bawang putih cincang bersama halia ke dalam loyang tadi.
  • Tambahkan sos tiram & serbuk lada hitam & lada putih ke dalam loyang
  • Perasakan dengan garam jika suka..biarkan hingga masak & sebati..
Hidangkan :-
  • Letak ketam dalam pinggan...
  • Tuang kuah & taburkan daun sup/daun bawang..siap utk dimakan..

6 ulasan:

Mas berkata...

ha....lain macam jer ni...asyik nak makan ketam jer...ada apa2 ke..he..he..cakap cepat....mas dah terliur tengok ketam Anna ni...

Anna Qawina berkata...

hahah..Mas...takyah wat skandal la..anak kicik lagik..kekeke...

izahdaut berkata...

woooooo beso ketam tuh... puas makan..memang la harga ketam mahal kanmain.tapi kalau dah tengok ketam fresh tuuu memang tergoda nak beli..kan kan

Lin Rosly berkata...

Salam Di Hulur Maaf Di Pohon....

Wah! Wah! Wah! Ni Betul Mengoda Kak Lin Ni....Mentang2lah Kak Lin Tak Boleh Makan Ketam....

Kalau Makan Ni Tentu Tak Nampak Telinga!

maz berkata...

anna..
ehh..xde msalah anna nk tnya bnyk mna pun..bknnya kna bayor kan..hehe..kmaz guna cklat bar yg anak2 duk mkn tu..mcm cadbury dsbnya mcm yg btuk duit 50 sen tu pun bleh jgk..lgi cntik kmaz rasa..nti bhgian atas skli pun anna leh susun coklat duit tu..xthu la plak bzanya..tpi kmaz minyak syur mcm sunflowr..canoli ni memang xpernah ptus kat umah..sntiasa ada utk bking2 ni..myak msk biasa tkut rasa kek tu kurang sdp kut..tpi anna leh cba..

lauk ketam ni memang sdp kan..cma nk main nga kulitnya yg buat mls..hehe..

Anna Qawina berkata...

Izah : memangle puas dapat makan tapi pastu rasa macam sayang lak duit kihkih...

kak Lin: alahan seafood yea...alahai siannya..makan ikan takpe lak eh? seafood gak tu..kekeee..

kmaz : t.kasih..sekarang jugak saya buat..hiii..
mmg time makan ketam ni tak tahan nak mengopek kulitnya tu le yg seksa, lg2 yang bsr2, kat kaki banyak isi tp rasa sengal lak mulut nak menggigit..hehehh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...