31 Mac, 2011

PUDING KASTARD

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera buat semua...ada yang merindui kita ke? Dah ada sawang2 & habuk yang tak di sapu ni, takde yang sudi bersihkan yer..sampai hati.....Maafle, dah dekat seminggu ni kot tak update apa-apa kat blog kesayangan ni, hari-hari masuk, tapi bila tangan nak mula menaip, tang tu le mata & badan rasa letih, lemah semangat nak berblog, mengantuk yang amat..boleh dikatakan hmpir kebanyakan masa yang ada sehari suntuk tu dipenuhi dengan aktiviti memejamkan mata je..hihi..apa nak buat kan, malam tadi dah gebang2 ngan hubby, bgtau dia selalu sangat rasa nak tidur,asal ada peluang je nak tidur, bila dia kata, "biasala tuh, orang peknent...nak buat macamana.." tersenyum sengih jap,kira ada sokongan la kan...* hihi..

Berbalik kepada situasi bloggers yang semakin mendapat tempat dihati ramai sekarang ni kan, dah ramai resepi2 masakan dah masuk majalah, sebelum ni Kak Ummi & CMG, Mamafami, terbaru Kak Nor & Hana..Ros pun pernah masuk majalah Mingguan Wanita tak silap kan..gembira bila dengar berita..TAHNIAH dengan setulus hati dari Ana buat semua..teruskan usaha murni anda menghasilkan resepi2 menarik & mudah..*senang nak copy..*..kihkih...sebenarnya kita ni bukan tahu masak pun, sejak ada kemudahan2 siber ni le dapat tambah ilmu rumahtangga terutamanya bab masak-memasak ni..kadang-kadang nak buat cekodok pun kita tengok resepi..siap timbang2 tepung bagai...kiranya bersyukur dikurniakan kemudahan & bertemu kawan-kawan yang bermurah hati....

Harini nak buat tayangan amal sekadar meghangatkan suasana dulu..bagi panas enjin sikit, kot2le lepas ni perasaan nak update tu semakin rajin kan..hihi...Puding yang Ana buat hari Ahad lepas, kebetulan adik & family dia datang bertandang, buatla ala kadar yang terdaya kan, lagipun puding macam ni mudah & cepat nak buat..selain tu ada juga buat nasi ayam butter & ayam berempah madu CMG tu, takdan nak ambik gambo ler..siap je terus santap..


Resepi Ana ambil dari blog Kak Lin yang ayu tu, malam tadi kak Lin tayang kek coklat, mau meroyan anak Ana kalau nampak, maklumle dah lama gak tak mengekek..kena cari semangat untuk membaking, tak boleh nak buat dengan separuh hati je, tak jadi kang..haraap takde sampai ke tahap nak perasap kemenyan kot kan...huishhh..


PUDING KASTARD
Sumber: LinRosLy

Bahan A/

2  Cawan Tepung Kastard
6 Cawan Air
½  Cawan Gula
½ Sudu Teh Garam
½ Tin Susu Cair

Bahan B/

1 Tin Susu Cair
½  Cawan Gula
2 Cawan Air
1 Tin Buah-Buahan Campuran
1 Sudu Tepung Kastard



Cara:-

Masukkan Kesemua Bahan A Kedalam Periuk. Masak Dengan Api Perlahan  Dan Kacau Rata Jangan Sampai Bergentel. 

Bila Adunan Kental Dan Berkilat Tuang Diatas Loyang Atau Acuan Kecil.
Masak Gula Dengan Air Hingga Mendidih Kemudian. Masukkan Susu Cair Dan Satu Sudu Tepung Kastard. Sejukkan.

Masukkan Buah-Buahan Campuran Kedalam Susu Cair Tadi. Akhir Sekali Masukkan Kastard Ke Dalam Mangkuk TuangkanSusu Cair Diatasnya. 

27 Mac, 2011

BINGKA SUSU

Assalamualaikum...

Salam sejahtera buat semua ya....on sekejap je ni, nak letak gambar bingka yang dah lama buat..sebenarnya lebih lama daripada bingka labu tuh..hehe...harini agak sibk sedikit, ada tetamu akan berkunjung ke teratak buruk ambo nih...


Resepi dari kak Fida@MyResipi...kat dapo kak Yatie pun ada...lembut sangat bingka ni tau..betul kata kakak2 yang dah cuba, orang takde gigi pon boleh makan bingka nih..hehe..

BINGKA SUSU

 

Bahan-bahan ( Loyang 8 X 8 in / 9 X 6 in )

BAHAN A : -
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu manis
  • 50 g gula pasir (opt)
  • 1 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji telur

BAHAN B :-
  • 500 ml air
  • 100 g mentega / majerin
  • 50 g tepung kastard
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1/2 sk garam

Cara-cara


  1. Satukan bahan A dan ketepikan
  2. Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan yang dimasak, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
  5. Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.
  6. Adunan boleh juga dibakar di dalam acuan bahulu pecah lapan.

26 Mac, 2011

KEK LAPIS SERI KAYA (kukus)

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Sabtu buat semua..ada yang nak balik kampung? Atau ada kat kampung halaman dah eik? Bestnye...kami takde g mana-mana pun, minggu depan anak-anak mula ujian Mac sekolah rendah, Ahad ni pulak ayahnya kena hadirkan diri ke sekolah untuk mesyuarat PIBG..moga semuanya dalam keadaan sihat walafiat & gembira bersama keluarga tersayang..
Harini Ana nak tayang kek lapis yang dah takde bau pun kat rumah ni, jadi takpayah ler nak mintak barang selapis 2 yerk..udah pinish..*kata kak Nor..* hehe...


Kek lapis yang sedap, naik gebuusss walaupun dalam adunannya takde pun soda penaik & baking powder..mula2 rasa tak yakin, tapi bila dah buat tu, rasa cam tak percaya kek ni jadi lembut je..sedap tau..jadi sape2 nak rasa kena cuba buat yer..


harini Ana copy kat sini untuk tatapan akan datang & rasanya akan buat lagi sebab seri kaya dalam tin yang suami beli haritu masih ada berbaki..1 tin lagi belum buka pun..hehe..

Harap Kak Lin tak kisah copy paste rspnya kat sni yer..terima kasih Kak Lin yang suka sangat menelefon kalau kita msg dia tanya sesuatu...hihi...agaknya dia tengah sibuk dengan angka-angka tu, maklumlah tengah sibuk dengan cukai sekarang ni kan..hehe


KEK LAPIS SERI KAYA
Sumber : LinRosLy
 Bahan-bahan:-

  • 300gm tepung gandum
  • 300 gm mentega..Ana guna buttercup
  • 200 gm gula pasir..Ana guna 250grm gula castor
  • 180 gm seri kaya
  • 6 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • - sedikit pewarna merah
  • -Ana tambah pewarna kuning
 

Cara:-

  • Pukul mentega dan gula hingga kembang. 
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
  • Masukkan seri kaya dan esen vanilla dan pukul lagi
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis
  • Bahagikan adunan kpd 2 bahagian *warna asal dan warna merah
  • Kukus setiap lapis hingga habis..Setiap lapisan lbh kurang 5-8 minit. 
  • Lapisan terakhir, kukus 20 minit @ sehingga masak, bila cucuk kek dgn lidi, keluarnya lidi bersih tandanya kek dah masak 
  • Tutup penutup kukusan dengan tuala bersih supaya air tak menitik & mencacatkan rupa atas kek.
  • Pastikan setiap lapisan kek yg dikukus betul2 kering & masak baru diletak lapisan yang seterusnya (blh tekan dgn jari, kalau tak melekat kat tangan dah ok le tu)
  • Sejukkan kek sebelum dipotong.
SELAMAT MENCUBA...

25 Mac, 2011

BINGKA LABU

Petang semalam, sambil2 dok fikir, nak buat apa dengan labu yang secoet berbaki ni ha...lebihan pengat labu haritu, kang lama-lama kenyang lak tong sampah..tak pasal kena pot pet ngan tukang bayar tu...hihi...biasanya dia akan kata.."ni nak tanam ke ni?.." kalau dia cek esbox & nampak sayur2 & bahan2 masak tumbuh akar @ dah terpenyek..haha..takpon kalau kirim apa2 kat dia soh belikan, dia akan kata.."..habiskan dulu dalam peti tu baru beli barang lain.."uhuks..pedih wei..

Semalam nampak Mamasya tayang kat blog dia, tengok bahan2 pun simple je..tapi ke'adaan' labu tu bukannya banyak mana pun, dapat buat separuh adunan je..hihi..Bingka labu ni Ana makan sikit je, nak rasa, yang banyak2 tu bagi suami bawa ke surau sekali dengan kuih ketayap tu..


Dah masak, suam2 lagi Ana potong, elok lak..warnanya pun cantik..sedap tu...meh tgk rsp..
 
Bingka Labu
Sumber : mamawandiha.fotopages.com
Copy : Mamasya
 

Bahan2
  • 1 biji labu kuning saiz sederhana ~ kopek, dadu, rebus & tos-timbang dlm 400 gm
  • 240 gm gula pasir
  • 250 gm tepung gandum
  • 3 biji telur (A)-guna 4 biji telur saiz M
  • 1 cawan santan pekat- guna 1/2 pekat santan debu jadikan 1 cwn
  • 125 gm marjerin ~ cairkan

Cara Menyediakan 
  • Blend labu rebus, gula, telur dan santan hingga halus. 
  • Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar. 
  • Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata. 
  • Masukkan marjerin yang dicairkan dan kacau. Jika adunan berketul2.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi. *Ana blend je
  • Panaskan ketuhar 175C. 
  • Lenserkan acuan dengan marjerin/butter. 
  • Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit atau hingga masak bergantung saiz loyang & saiz oven anda.

KUIH KETAYAP LAGI

Assalamualaikum w.b.t.
“Allah berfirman kepada MalaikatNya: “Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya.”
(Hadis Qudsi riwayat Tabrani dari Abu Umamah r.a)

Alhamdulillah, syukur atas segala kurnian-Nya, atas nikmat & rahmat Allah Yang Maha Pemurah..Jumaat kembali lagi, pejam celik sekejap je masa berlalu, dah nak masuk penghujung bulan Mac..Ucapan Tahniah rasanya belum terlambat nak ucapkan buat Hana & Family atas kejayaan suaminya, menggenggam phD di negara matahari terbit nun, bukan senang kan nak merantau mencari ilmu, disebalik kejayaan si suami, ialah si isteri & anak-anak penguat semangat, menguatkan lagi azam..apa-apapun tahniah kepada Dr Hamzah & Dr Hana..hehehe..*bini pun dapat gak Dr. kan...oh ya..selamat kembali juga buat mereka sekeluarga..agaknya dah sampai Malaysia ke belum yer..ketinggalan sikit ni, sejak akhir2 ni suam2 kuku masuk blog..apa2pun semoga semuanya selamat walau dimana saja berada..

Ucapan takziah juga kepada penduduk Myammar..atas kejadian gempa bumi 6.9 scala richter pada jam 9.56 malam tadi (maaf, kalau salah )...dunia akhir zaman macam2 kejadian berlaku, kita sebagai manusia perlu beringat2 akan kedudukan kita sebagai makhluk Allah, persiapkan diri dengan segala bekal amalan andai diuji & dijemput Ilahi suatu hari nanti..InsyaAllah..kita tergolong di kalangan manusia yang beriman..Amin..


Pagi ni kami sarapan kuih ketayap & teh sahaja..kuih ni semalam dah buat untuk buah tangan suami nak bawa ke surau, katanya ada kuliah selepas maghrib, jadi lepas solat Isya' biasanya jamu sikit ustaz & jemaah yang datang dengan hidangan ala kadar..Alhamdulillah, seronok pulak buat makan2 ni, sebelum ni buat bingka susu *blm masuk n3 lg..*..hehe..
Saje buat kaler merah & kuning, sebenarnya pewarna hijau dah habis, rasanya dah agak lama tak meninjau dalam kedai bakery tu & skodeng apa2 yang patut dibawa balik..jadi Ana gunakan apa jela warna yang ada..


Resepi dah ada sebelum ni, nak buat senang, kebetulan anak belum baik dari demam & sekarang batuk2 pulak..jadi sediakan yang mudah2 ajekan, inti kelapa pun dah siap buat beberapa hari lalu..

Untuk resepi boleh klik SINI yer...

Sekian..Wassalam..^_^

23 Mac, 2011

MOIST BROWNIES

Assalamualaikum..

Harini sempat berlari pecut 400 meter kat blog jap, sambil2 jaga anak..terima kasih kepada yang mengingati tuan tanah ni & yang mendoakan kesihatan anakanda Ana yang kurang sihat..

Apa-apapun harini baru nak pergi Klinik Kesihatan dulu, dah 3 kali bawak Hannah ke klinik jumpa doktor, makan ubat..masih gitu gak, taknak biarkan lama2 sangat, panas badannya ketara sangat bila malam & pagi akan menggigil macam orang kesejukan, siap ada rengekan lagi,..tu yg tak tahan dengar tu, pagi tadi lain macam pulak, riba dia sambil lap2 kepala, tang tu jugakle Ummi dia nih meleleh air mata..rasa tak sanggup nak biarkan anak sekecil tu menanggung sakit..bila dia sihat sikit, adala dengar gelak-gelak & suara garangnya tu..dia ni agak garang jugak dengan abang2 & kakaknya yang suka mengusik..makan pun taknak..selalu buat kuih apapun dia yang tolong habiskan..suka makn nasi, orang belum duduk dia dah tadah tangan baca doa makan..sejak dia tak sihat, nasi pun taknak makan, suap sikit dah cukup..harap-harap anak ummi sihat spt. sediakala & hati ini tak runsing2 lagi..nak makan pun tak selera tau..betul ni


Ok, berbalik kepada menu harini, projek brownies ni dah lama buat, tak silap Ana hari Jumaat kot....sebabnya anak-anak dah merungut, lamanya Ummi tak buat kek, tapi dalam hati rasanya baru je buat tuk balik kg haritu..hehe..nak makan cakap jela kan..brownies ni baru2 masak, lepas potong tu rasa dia macam kek gitu, tapi ada belen2 Ana letak dalam peti ais, jadi padat lak..tak tahule kot2 tangan yang membikinnya tak sama hasilnya kot..hehe..


Sumber : Hanieliza
Bahan A
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan butter cair
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]

  • 2 biji telur gred B
  • 1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko - sy guna serbuk koko Van Houten
  • 1 s/k baking powder
  • 1 s/k soda bikarbonat - sy guna 1/2 sudu kecil je..sama ikut kak Zai

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.
 

Chocolate Topping
Bahan

  • 250 gm cooking coklat [cap tulip]- guna yang cap biasa2 je..
  • 1 s/b butter/majerin
  • 1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

22 Mac, 2011

UDANG MASAK LEMAK JINTAN

Assalamualaikum w.b.t

Maaf jika ada yang menyinggah kat blog ni asyik sendawa makan pau tu yer..tuan tanah agak sibuk sedikit, ada anak kecil yang demam banyak hari belum kebah-kebah lagi..layan dia jela..asyik nak berkepit sana sini..Harini Ana nak kongsikan menu semalam, teringin buat sebab tengok Kak Nor dok promote sedap, jadi kita pun nak le try kan..kebetulan Cik Abe ada belikan udang saiz besar2 & dia kata buat masak lemak..maka jadilah menu ini...


Juadah bersama pada hari kejadian..hehe...cuma nenas & belimbing buluh takde dalam koleksi peti ais, jadi Ana letak labu air je..sedang2 le kan..mana yang ada je..


Ana copykan disini ye Kak Nor & Kak Ummi..terima kasih bebanyak kongsi resepi..

Sumber : Kak Ummi
Copy : Kak Nor
 
Bahan2:
  • 1/4 bj nanas muda ~ k.nor guna 7 bj belimbing buluh
  • sedikit minyak masak
  • 2 cawan santan cair
  • 4 ekor udang galah/udang besar ~ k.nor guna udang biasa
  • sedikit garam
  • 1 cawan pati santan
  • 4 bj cili padi ~ dibelah dua
  • 6 biji cili merah ~ dibelah

Bahan ditumbuk halus:
  • 2 sudu teh jintan manis
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup

Cara2:
  • Potong nanas kecil2 dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kaserol dan tumis bahan tumbuk di atas api perlahan. Kacau hingga wangi.
  • Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih.
  • Bubuh nanas dan udang galah, kacau.
  • Masukkan garam bersama pati santan, cili padi, cili merah dan kacau hingga mendidih.
  • Angkat dan hidang.

19 Mac, 2011

PAU GEBU MJ

Assalamualaikum w.b.t.

Salam pagi Sabtu buat semua, terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang & ruang untk bernafas lagi di hari ini, syukur juga kerana berpeluang bersiaran kat blog ni...Dah bekpes? Haaa...meh..kita bekpest sama-sama dengan Pau Gebu MJ nih..MJ? Awek Spiderman tu ke? Haih..dia tu makan pau ke? Dok tahuler ambo..takdok masa nak nanyer dia, sape2 dok dekat2 MJ tuh lehla soksek soksek yer..hihi...

MJ ni maksudnya MamaJay..kalau kat MyResipi gelaran manjanya Mama Kastam Tioman..sah2 mama nih dok kat Tioman kan...hehe...kira letak nama glamer sikit kat Pau resepi beliau ye, senang nak ingat kan...


Ok..berbalik kepada pau yang tak seberapa tu, bukan sebab rasa dia tak seberapa tau, cuma keadaan fizikal pau tu yang kurang sikit, maklumle tangan ni teramatle amaturnya bab-bab membentuk & membulatkan kuih muih ni..hehe..Adunan pau ni Ana buat malam tadi, sekejap je buatnya, sempat jugakla ahli kabinet rumah ni makan panas2 sambil2 layan citer rimau 2 beradik tu...apa tah..2 Brothers? Layan jela...
Pagi ni cuba rasa sebiji pau tu sebelum panaskan balik, masih lembut tak liat2...seronok jugak ni..jadi Ana panaskan sedikit jela, yang lain tu makan cmtu je....


Ini kali ke 2 buat pau guna resepi ni, pertama kali buat masa kat kampung haritu, buat sama-sam dgn kakak, time nak hempas tuh, suruh dia buat..sambil2 gelak dok hempas doh..haha..klaka gak tapi mudah benor nak membuatnya kan.. 


RESEPI PAU GEBU MJ
Copy by : Annaqawina

Bahan-bahan :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar planta
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu kecil mauripan
  • plastik / daun pisang untuk alas pau

Cara-cara :
  • Satukan gula + garam + air suam + mauripan kacau dan biarkan sehingga mauripan mengembang.
  • Dalam mangkuk masukkan tepung + planta + susu pekat manis, gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan mauripan dan uli dengan lembut sehingga menjadi doh. 
  • Kemudian masukkan minyak masak dan uli sehingga minyak sebati. 
  • Hempas doh tersebut sebanyak 41 kali. Doh sudah mula lembut dan biarkan sebentar, tutup dengan tuala lembap atau dengan surat khabar pun bolih. 
  • Sementara itu siapkan pelapik pau sama ada daun pisang atau plastik yang di potong 2" x 2".
  • Ambil sedikit adunan isi inti kacang merah atau inti kelapa. Susun dalam loyang. Buat sehingga habis. Panaskan kukusan. Bila air dah mendidih, kukus pau selama 5 - 6 minit. 
  • Angkat loyang pau dengan penutupnya sekali ke bawah, baru bolih buka penutupnya ( kalau buka penutup kukusan diatas dapur bolih menyebabkan pau akan menjadi mengerutu pada permukaanya ). 
  • Susun pau di atas surat khabar.
  • Siap. 
TIPS :
Ana copy semua tips yang sifu2 baking ni letak..terima kasih bebanyak kerana turunkan pelbagai ilmu masakan ni, kali ni nak copy kat sini untuk rujukan akan datang & rujukan teman-teman juga..semoga anda semua dilimpahi Rahmat oleh Allah Ta'ala kerana sudi berkongsi resepi & pelbagai ilmu dunia masakan..

 
Tips-Tips untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus
  • Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. ( air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus.
  • Jangan kukus pau terlalu lama ( masa yang ros sarankan hanya 6,7 dan 8 minit sahaja)
  • Apabila mahu menangkat pau yang sudah di masak, angkat sekali pengukus atasnya dan alihkan dari haba pengukus,
  • Angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain)  dan susun baki pau yang mahu dikukus, ulang langkah tadi sehingga selesai.
  • Pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, ( kalau nak lagi yakin boleh balut penutup pengukus dengan kain bersih).
  • Jangan perap adunan pau terlalu lama, cukup sekadar panaskan air di dalam kukusan & terus kukus setelah selesai memasukkan intinya 
  • Menguli juga tidak terlalu lama, jika menggunakan BM, cukup sekadar 1 pusingan,(10-15 minit kot) tak perlu siapkan sehingga 1 1/2 jam.
 
 
**gunakan semua bahan yang berwarna putih,bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening.


Sumber : Ros@jintanmanis, Rinchan,Myresipi.com, dll tak dapat nak letak link semua..terima kasih..

INTI KACANG MERAH

SELAMAT MENCUBA... 

INTI KACANG MERAH


INTI KACANG MERAH


Copy by : Annaqawina
  • 450g (1Ib) kacang merah..saya guna kacang jenis kecil2
  • 3-4 helai daun pandan
  • 10 cawan air
  • 1 1/2 cawan minyak
  • 600g gula ( 1 1/2Ib) gula
  • 1 camca teh esen vanila

Cara-cara:

1. Bersihkan kacang merah dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tekanan bersama air

2.Masak selama 40 minit sehingga kacang empuk

3. Angkat kacang dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat. Jika terlalu kering dan payah hendak dikisar, campurkan sedikit air panas.

4. Panaskan minyak di kuali. Tuangkan kacang dan masukkan gula. Masak dengan dikacau selalu sehingga pes kacang hampir kering.

5. Masukkan esen vanila. Keluarkan ke dalam mangkuk dan sejukkan.

6. Masukkan ke dalam peti sejuk dan bila sejuk buatkan guli2 kecil dengan digolek secamca teh inti kacang di atas tapak tangan.

Nota Kaklong Syikin:
-saya tak rebus kacang merah ni di dalam periuk tekanan, sebaliknya menggunakan periuk biasa sahaja. Memang lambat empuk. Jadinya setiap kali air rebusan hampir kering, saya tambah air hinggalah ia jadi empuk (lembut bila dipicit).
- untuk pertama kali mencuba, sebaiknya anda buat separuh drp sukatan asal, takut2 tak jadi bila membuatnya.
 
NOTA ANNA :
-Saya guna periuk kalis lekat & mempunyai penutup yang berat, jadi air wap tak keluar melimpah,masa memasak sekejap saja.
-Semasa hendak memasak kacang yang sudah dikisar, tetap menggunakan periuk yang sama, hasilnya tiada langsung kerak-kerak yang melekat , berbanding menggunakan kuali/periuk biasa akan berkerak & susah nak cuci...hihi..pengalaman membuatnya sebelum ni tau..!!
 
**maaf : link resepi ni tak dpt nak letak, terpaksa letak link blog beliau je..harap beliau tak kisah..terima kasih Kaklong Syikin**
 
SELAMAT MENCUBA...(*_*)

18 Mac, 2011

PENGAT LABU

Apa menu minum petang? Dah ada yang siap ke? hehe...meh buat pengat labu ni..oppsss...bukan yang Ana buat harini yer..sebenarnya ini menu minum petang semalam, sambil2 masak makan malam, tergerak hati nak buat pengat labu, kebetulan masa pergi Mydin USJ Selasa lalu, "Ter"ambil sebiji labu..heheh..pandai je "Ter" kan..


Nak ikutkan senang yang amatle nak membikinnya tapi sengaja gatal tangan g cari mana-mana blog yang tempek resepi ni, senang nak share dengan yang baru2 berjinak nak masak pengat ni kan..cuma ada tambahan kacang merah sikit, kebetulan jugak, sedang2 elok masa masak tu Ana ada rebus kacang merah untuk dijadikan inti kuih pau & roti, sedang2 elok je kacang tu empuk, ceduk sikit masuk dalam pengat tu..sedap tau, cukup2 je manisnya kalau guna resepi kak Zai ni..

Credit to Kzai@Teratak Impian..halalkan resepi yang dah di copykan kat sini...masuk blog akak tu makaiiii...lapor tetiba tau..macam2 menawan kalbu gua..heheh..ok sape2 yang dok pegang pale sambil pk nak masak apa minum petang ni leh try yer..

PENGAT LABU
Olahan : Annaqawina

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji labu
  • 1 1/2 kotak Santan (akak guna santan kotak Ayam Brand- kotak biru)(Ana guna santan kotak M&S)
  • 1/2 ketul Gula Melaka
  • 2 sb Gula
  • sedikit Garam (agak2...nnt masin sgt)
  • 2 simpul Daun Pandan
  • Air secukup nya
  • sesenduk kacang merah rebus 

Cara-cara:

  • Labu dipotong dadu dan dibersihkan.
  • Masukan gula,gula melaka,daun pandan ke dalam periuk dan tambah air secukup nya.Nyalakan api dan kacau perlahan
  • Tunggu sehingga gula larut dan masukan labu
  • Masukkan santan dan sedikit garam dan tunggu sehingga mendidih dan labu lembut. (sentiasa kacau supaya tidak meruap)
  • Tambahkan kacang merah
  • Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

KERABU SOTONG THAI STYLE

Assalamualaikum & selamat pagi..ceria & indah cuaca harini..harap2 berterusan ke petang hari..InsyaAllah..

Pagi ni nak share sikit menu makan petang semalam..kira makan malam le, kami ni makan jam 6.30 - 7.00 malam..kalau dah malam2 & lewat sangat lebih dari waktu tu dah kurang seleranya..makan ala kadar ajela kan..Kelmarin Cik Abe ada beli sotong, hari sebelumnya dah buat masak kicap, budak-budak sukala..ada lagi lebihan 4/5 ekor, teringin nak buat kerabu sotong, cari2 kat MyResipi jumpa banyak jugakla resepinya, tapi kena cuba 1 per 1 le..kali ni Ana cuba resepi Joayee, bila tgk kat laporan masakan tu Kak Nor & Yani pun rasanya dah cuba buat..


Tapi kerabu ni Ana campurkan dengan lebihan ulam-ulaman, ada jantung pisang, daun selom & tomato..kira nak habiskan baki ulam petang hari sebelumnya..sayang lak nak biarkan camtu je kan...

Ana salin semula resepi ni kat sini untuk rujukan, terima kasih Joayee kerana berkongsi resepi..

KERABU SOTONG THAI STYLE
Olahan : Annaqawina

Bahan-bahan ( 2-4 orang )

  • satu mangkuk Sotong
  • 2 biji limau nipis..Ana gantikan dengan cuka sbb limau takde..
  • Daun ketumbar
  • 1-2 bawang besar
  • 3 sudu besar fish sauce
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • 5-10 Cili padi (ikut rasa)
  • NB: bole juga taruk tauge & tomato, n seafood cocktail.. 
  • jantung pisang celur, daun kesom & bungan kantan..Ana tambah   
 
Cara-cara :
  • Bersihkan sotong.
  • Potong bulat2, masukkan ke dalam mangkuk. 
  • Kemudianmasukkan air panas mendidih ke dalam mangkuk sotong tersebut.
  • Rendam selama 5min..kemudian toskn airnya. Sotong akan jadi lembut.
  • Potong cili, daun ketumbar(segenggam), bawang besar serta ulam-ulaman.
  • Campur semua bahan, gaul sekata, rasa garam & gula secukupnya.
  • Hidangkan.

17 Mac, 2011

KEK LAPIS KUKUS VIOLET

 
Kek yang ditayangkan oleh Izah dengan nama Kek Kukus Lapis Coklat..kemudian dengan segera Ana kumpul bahan-bahan..pastu dok tenung je bahan tu dulu..nak buat tak nak..nak buat ke tak..hehe..tapi memikirkan nak bawa balik buah tangan untuk ayah bonda kat kampung, buat jugakle malam sebelum bertolak ke kampung..sedang2 elok pukul 12 tgh malam siap kukus..siap je tunggu sejuk jap sambil2 pack barang masuk beg..*hehe..last minit punya kerja.,.*potong tepinya sikit bagi nampak elok lapisnya tu, dapatle rasa sikit kan..hehe..jadi gambar pun macam tu gakle, kelabu jugak..apa nak buat, dah makan2 kat kampung pun lupa nak posing leklok..

Tapi sempena perasaan membuak-buak nak mencuba tu, tengok2 dalam peti ais ada stok2 bahan yang nak dihabiskan sebelum luputnya tarikh ia di'cop'  kat bekas tu, yang ada pun tak banyak mana sangat pun, terfikir nak masukkan dalam kek..Ana olah sedikit bahan2 perasa tu & bagi nama lain sikit..hehehe..harap Ana sebagai penderhaka kepada resepi ni tak di hukum oleh pencipta resepinya ya..*kalo dok zaman Parameswara ni sah2 dah kena ikat kat pokok melaka kot..hehe..*ada kaitan ke??? tahle..aku dah lupa sejarah dah..hikhilk..

Bila dah tambah blueberry paste tu rasa dia lemak2 masam manis gitu..bila hidang untuk kaum keluarga, yang memakannya kata sedap, sampaikan ada le seorang adik Ana tu sorokkan bahagian dia takut tak sempat nak makan banyak katanya..ada-ada jela budak tuh..suka pulak buat kek lapis ni sebab anak-anak Ana memang suka dengan kek lapis sekarang ni..musim kot..hihi

Sumber : Kak Dayang
Copy : Izahdaut
bahan-bahan : loyang 8 x 4.5 x 4.5
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan nestum yang sudah dikisar dan sekali ayak
  • 1 sk baking powder
  • 250 g mentega
  • 5 biji telur A (asingkan putih dan kuningnya)
  • 80 g gula kastor
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 150 g coklat Cadbury / Milk Roundies * saya letak coklat cip semi sweet..pun sama
  • 1 sk esen vanilla
  • **pes pandan/pewarna hijau dan pes strawberi /pewarna merah
  • **Ana guna pewarna ungu & kuning
  • **2 sdb Blueberry paste


***kalau nak tengok contoh coklat Cadbury, boleh jenguk di dapur Zaliedana


Cara-cara :

  • Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Balutkan penutup kukusan dengan tuala. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. 
  • Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan dengan nestum. Ratakan. 
  • Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
  • Di dalam mangkuk pengadun berasingan, putar kuning telur bersama susu pekat dan mentega hingga pucat. Kemudian, satukan dengan tepung tadi dan esen vanilla. Putar sebati dengan kelajuan perlahan. 
  • Satukan adunan tadi bersama putih telur dan putar lagi hingga sebati. 
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan pes pandan/pewarna hijau dan satu bahagian lagi dengan pes strawberi/pewarna merah. 
  • **Ana warnakan dengan warna ungu & tambahkan blueberry paste, kacau sebati, 1 adunan lagi diwarnakan kuning
  • Kemudian setiap adunan dibahagikan lagi dengan 3 bahagian. Kesemuanya ada 6 lapisan.
  • Tuangkan lapisan merah terlebih dahulu dan kukus selama 5 minit. Kemudian, susunkan dengan coklat Cadbury tetapi JANGAN DITEKAN. 
  • Setelah itu, tuangkan adunan hijau perlahan-lahan di atasnya. Ratakan. 
  • Kemudian dikukus selama 7 minit. 
  • Ulangi proses hingga habis. 
  • Untuk lapisan terakhir, sila kukus hingga 15-20 minit lagi. (kek ini cepat masak dan tidak perlu dikukus terlalu lama) 
  • Setelah masak, angkat dan sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong supaya lapisannya tidak comot.

DONUT LABU

Assalamualaikum

Bersua kembali, dengan harapan & doa semoga kalian semua sihat sejahtera di dalam lindungan-NYA selalu..belum terlambat rasanya nak ucapkan ta'ziah kepada mangsa & keluarga mangsa gempa bumi & tsunami kat Jepun nun di sana..semoga mereka & keluarga mereka yang terlibat tabah harungi dugaan Allah Yang Maha Kuasa. Masih lagi sibuk dengan kain bajunya, maklumla balik kampung 3 hari je, tapi langsung tak cuci kain kat kampung, semua angkut bawak balik rumah sini, Alhamdulillah semalam cuaca cukup cerah & panas, 4 kali putar mesin & jemur, dah kering jemur lain lagi..tiba pulak masalah lain yang cukup kurang gemar nak setelkan..apalagi kalau bukan nak menarah timbunan kain baju yang dah siap cuci tuh masuk lemari...cobaan gak tu kan..hehe..takpelah, pelan-pelan buat InsyaAllah siap lak ye mudah-mudahan...


Ok, berbalik kepada gambar yang agak kelabu asap tuh, snap pun main tibai je, buat donut untuk bawa balik kampung haritu konon2nya, tapi yang sempat di bawa baliknya cuma separuh je, separuh lagi jamu anak-anak yang suka sangat dengan donut ni..tak kira jenis apa donut tu, janji donut..hehe..kejadian donut ni sungguh banyak tau..tapi lupa nak kira..hehe


Labu tu rasanya kalau kukus lagi elok kot, tak lembik sangat doh donut, yang Ana buat ni rasanya labu tu takle rebus lama sangat pun, tapi nak bentukkan donut tu makaiiii...sabo bebanyak je..memang kena tambah tepung, & yang penting tangan MESTI lumurkan dengan minyak masak, jangan bagi tapak tangan kering, kalau tak adunan tu akan melekit kat tangan..orang lain buat tak tahula canne, dah ramai yang cuba ni, bila makan, rangup kat luar, tapi kat dalamnya lembut jeee...warna donut ni memang asli kuning, macam buah labu tu ler..

Resepi DONUT LABU
Sumber resepi : Kak Madiha terima kasih ye, copy kat sini lak..
Bahan2
  • 1 cawan isi labu kuning yang telah direbus
  • 1 ½ cawan air suam
  • ¼ cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar gula
  • 2 teaspoon mauripan
  • 620 gm tepong gandum (jika labu rebus agak lembik & menyerap air.. boleh tambah tepong dalam 20 ~ 30 gm lagi!)
  • secubit garam

Bahan2 lain
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
  • Gula kastor secukupnya untuk menyalut

Cara2 Menyediakan 
[menggunakan bread maker (BM)]
  • Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus.  
  • Tuangkan ke dalam BM.  
  • Masukkan ½ cawan air suam lebihan ke dalam jug blender tadi & kisar lagi supaya semua sisa labu yang melekat pada jug blender tadi larut bersama air [supaya tak membazir] & tuangkan air tersebut ke dalam BM.  
  • Masukkan ke dalam BM semua bahan2 cecair seperti minyak masak & susu pekat manis diikuti dengan  gula, garam, tepong gandum & akhir sekali mauripan.  
  • Tekan setting untuk doh (no. 8)*bergantung jenis BM anda dan biarkan BM siapkan kerjanya sampai doh naik (1 ½ jam).

[menguli dengan tangan / cara manual]
  • Campurkan mauripan dengan ½ cawan air suam (jangan panas sgt nanti yis mati) & 1 sudu kecil gula (ambil dari 2 sudu besar gula tadi) kacau hingga agak sebati.  Biarkan sehingga bancuhan berbuih.  
  • Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus.  
  • Tuangkan ke dalam bekas menguli/besen yg sesuai.  
  • Masukkan kesemua bahan2 lain seperti minyak masak, susu pekat manis, gula, garam & bancuhan yis yang telah berbuih tadi.  
  • Kacau rata dengan tangan.  
  • Tambahkan tepong gandum sikit demi sedikit sambil menguli. 
  • Uli sehingga mendapat doh yang lembut (doh yang lembut... menghasilkan donut yg lebih lembut & gebu) berkilat & tak melekat di tangan. (jika terlalu lembik boleh tambah sikit lagi tepong gandum tp jangan terlalu banyak yer.. anggaran dlm 10 gm je gitu)  
  • Bulatkan doh & tutupkan bekas menguli dengan tuala bersih & perap doh sehingga naik sekali ganda.  

Membentuk doh
  • Doh yang telah naik sekali ganda ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin.  Jika doh terlalu melekat ditangan.. boleh salut tangan dengan sedikit minyak masak semasa nak membentuk doh. *PENTING NI..
  • Timbang doh 40 gm setiap sebiji atau ikut saiz donut yang anda suka.  
  • Bulat2kan doh & leperkan sedikit seperti nak buat cucur badak.  
  • Susun di atas dulang yang telah disapukan minyak atau ditabur tepong terlebih dahulu.  
  • Jarakkan sedikit antara satu sama lain supaya tidak melekat semasa proses perapan.  
  • Buat sehingga habis dengan timbangan berat yang sama bagi setiap biji donut.  
  • Perapkan donut sehingga naik sedikit (jangan terlalu naik kerana donut boleh merudum semula semasa kita nak goreng nanti). 
  • Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali dengan api yang sederhana.  
  • Sediakan satu penutup esen (MaDiHaA guna penutup esen vanila).(Ana guna jari je buat bulat tengah tu) 
  • Bila minyak dah agak panas, ambil sebiji donut dan letakkan di atas telapak tangan kiri/kanan (ikut selesa masing2) lalu buatkan lubang dengan menekap donut menggunakan penutup esen tadi.  
  • Lepas tu terus masukkan ke dalam minyak yang panas.   
  • Ulangi proses yang sama sehingga donut memenuhi kuali.  Goreng donut kedua2 belah hingga kuning keemasan.  
  • Angkat & tos sebentar kemudian bolehlah disalutkan dengan gula kastor atau coklat ikut kesukaan masing2.

16 Mac, 2011

ASSALAMUALAIKUM

Assalamualaikum & selamat pagi..

Dah banyak hari tak bersiaran, bizi..bizi..bizi..yang terlampau..terima kasih kepada yang menjenguk & bertanya kabor..sebenarnya kami baru balik dari kampung halaman tercinta, menziarahi orang tua tersayang...bila dah balik tu faham-fahamle..nak menyudahkan kain baju ni satu hal yang lazim kan, tambah2 lagi hujan turun sepanjang hari..harap2 harini cuaca cerah & kerja2 tertangguh sebelumnya dapat disetelkan secepat mungkin & dapatle mengapdet apa-apa yang patut..


Gambar dari pon baru Ana tuh..haha..bukannya yang kita snap sendiri tau..ok...akan datang ke rumah anda setelah kurang bizi yer..Wassalam..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...