28 September, 2014

ROTI MANIS (Isma Maisarah)

Assalamualaikum w.b.t

Haaiii...lama tak hapdet dapo..meh kita hapdet pelan-pelan, selow-selow pon takpela janji ada berganjak sikit tajuk yang lepas-lepas..hehe..


ROOTIIII..kalau dah mula buat roti hari-hari akan meroti, seronok makan yang segar baru keluar oven..kalau dah senyap berhenti meroti tu habuk roti Gardenia pon bedal semacam je kan, ahaa...tu maknanya tak rajin le tue..

Kali ni saya nak kongsi resepi yang selalu saya guna bila buat roti, salah satu resepi yang saya biasa la..Dari sumber Isma Maisarah (Facebook). Roti yang sangat mudah dibuat & dibentuk, kejadiannya pon sedap, pelbagaikan ikut citarasa anda ya.

Ini resepi yang sangat biasa saya buat, sebab biasanya banyak telur kuning lebihan kek rainbow atau pavlova kan, simpan elok2 boleh buat roti. Tapi kena buat water roux dulu ya. Kejap jer...Cuma rajin ngan idok jela, kalau x rajin jadi telo dadar, lama2 tak guna buang jugakla..**ish..setan suka ayat ni..**.

ROTI MANIS
Bahan - bahan :
  • 250g tepung high protein @ tepung gandum (nak campur separuh2 pon ok)
  • 1 sudu teh yis
  • 5 sudu besar gula castor
  • 2 sudu besar susu tepung (tak letak pon boleh)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 adunan water roux **
  • 50 - 60ml air dari peti sejuk
  • 50ml minyak masak
  • sedikit garam

**Water roux **
  • 2 sudu besar tepung gandum & 125ml air, dibancuh & masak atas api sederhana hingga pekat. Sejukkan seketika sebelum digunakan.

Cara-cara :
  • Masukkan semua bahan ke dalam bowl mixer mengikut turutan atas ke bawah
  • Mula2 tepung, yis....dan akhirnya garam..
  • Putar perlahan menggunakan speed 1 sehingga semua bahan bergumpal sebati.
  • Tukar speed 2 (medium) dan putar hingga doh benar2 lembut dan elastik,  lebih kurang 20 - 30minit bergantung kepada kelajuan mixer anda.**saya guna heavy duty mixer ya**.
  • Keluarkan doh, tumbuk tumbuk sikit bagi keluar angin dan boleh terus dibentuk.
  • Susun terus dalam bekas/loyang, biarkan naik 2 kali ganda. 
  • Sapu kuning telur + susu segar / madu / susu sahaja pon boleh atas permukaan roti sebelum dibakar.
  • Bakar menggunakan suhu 170c selama 20 mnt atau sehingga roti masak.
  • Sedia dimakan bersama yang tersayang..

**Cara-cara buat menggunakan Breadmaker pun sama jugak**

Selamat Mencuba.


13 Ogos, 2014

CONGO BARS..Hmmppp...sedap!!

Assalamualaikum..

Edisi kek/kuih nipis2 lagi. Ala-ala brownies gakla ni kan. huii sedapnyaa... cuma manis sikit, pernah kurangkan gula hampir2 separuh dari resepi tapi hasilnya Congo Bars saya berderai bila dipotong. Kalau nak kurangkan sukatan gula sikit2 dahla ya, lebihnya kita makan sikit-sikit & minum air kosong banyak-banyak

Resepi sis Rima,  saya salin dari blog IzahMuffin tu jela ya..boleh letak apa2 kekacang yang ada dalam simpanan kita, kot2 dah nak ekpired tu aa, boleh lebur dalam kuih2 sedap & tak membazir..InsyaAllah

RESEPI CONGO BARS
Bahan-bahannya:
  • 2  3/4 cawan tepung serbaguna (all purpose flour) - saya guna gandum
  • 2 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2/3 cawan butter- dilembutkan - saya guna 150gm
  • 1 lb. gula perang lembut(light brown sugar)- saya guna 310gm
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh vanilla essence
  • 11.5 ounce milk coklat chip - saya guna 200gm coklat dicincang
  • 1 cawan kacang pecan dicincang- saya guna kacang badam
  • segenggam kismis hitam- saya tambah

Caranya:

Menggunakan mixer:

  • Ayakkan tepung bersama baking powder dan garam ke dalam mangkuk yang besar dan ketepikan.
  • Satukan butter dan gula perang menggunakan mixer sehingga benar-benar sebati.
  • Masukkan telur satu persatu dan sebatikan dengan perlahan-lahan menggunakan mixer.
  • Masukkan pula essence vanila dan sebatikan.
  • Kemudian masukkan adunan tepung dan sebatikan. 
  • Akhirnya masukkan pula coklat chip dan kekacang, dan satukan.

Menggunakan tangan:

  • Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
  • Satukan butter  dengan gula sehingga benar-benar sebati. Disarankan menggunakan belakang sudu untuk memudahkan kedua-duanya sebati.
  • Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan butter dan gaul sebati setiap kali telur dimasukkan.
  • Masukkan vanila, kacang dan coklat.
  • Akhirnya masukkan adunan tepung. 
  • Griskan loyang 13x9 (saya guna loyang 11 x 11inc) dengan sedikit butter. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit. 
Selamat Mencuba

12 Ogos, 2014

CORNFLAKES CLUSTER PRALINE

Assalamualaikum w.b.t
Selamat Hari Raya Aidilfitri, masih dibulan Syawal kan..maaf zahir batin buat semua yang mengenali diri ini..

Edisi biskut raya selepas raya..InsyaAllah anak-anak suka. Terima kasih Chef Asma.

RESEPI CORNFLAKES CLUSTER PRALINE
Bahan - bahan ;
  • 150 gm cornflakes
  • 50 gm almond strip - bakar dahulu
  • 20 gm - 50 gm hazelnut paste @ nutella
  • 200 gm milk coklat
  • 200 gm dark coklat

Hiasan : White coklat - secukupnya & papercup


Cara-cara :
  • Cairkan coklat dengan cara " double boiler "
  • Masukkan semua bahan - bahan & kacau sebati.
  • Letakkan diatas periuk nasi elektrik yang berisi air panas & on plug..supaya cornflakes tak beku & senang nak masukkan kedalam paper cup. 
  • Dah siap.. dapat dalam anggaran 70 pcs.
  • Nak cantik... hias dengan white coklat-- cairkan dulu & masukkan dalam pipping bag..

DOUBLE DARK CHOCOLATE BROWNIES

Brownies coklat berganda...dah habis kuih raya? Kita buat brownies jela untuk tetamu, nak buat sebagai buah tangan untuk tuan rumah bila ada jemputan rumah terbuka pon boleh. Ni saya buat untuk anak-anak bawa ke sekolah untuk jamuan Hari Raya Aidilfitri 2014 baru2 ni..

Harum mewangi semerbak coklat masa membakar, resepi saya ambil dari blog Fidanie, asalnya dari Rima@bisousatoi. Tq Fidanie & Rima.

RESEPI DOUBLE DARK CHOCOLATE BROWNIES
Bahan-bahan:
  • 117g Mentega  - dipotong kiub pd suhu bilik
  • 1 cwn. Tepung serbaguna 
  • 1/2 sdt baking powder*
  • 1/2 sdt garam*
  • 1/4 cawan serbuk koko - fida guna Van Houten* 
  • (Nak lg enak gunakan coklat yg popular dikalangan food blogger sprt Valrhona. Tp sukar nk beli di Malaysia kena order online serta harganya mahal. Tapi utk kepuasan diri apa salahnyer kan?)
  • 225g coklat masakan (dark chocolate/bittersweet, sy guna brand berryl)- dipotong2 kecil
  • 1 1/4 cawan gula kastor
  • 3 bj Telur gred A

Kaedah:
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180'c dan alaskan loyang 20x20 cm dgn kertas minyak dan lengser sedikit dgn mentega.
  • Ayak bhn bertanda * dan ketepikan.
  • Cairkan coklat bersama mentega menggunakan kaedah double boil.
  • Masukkan gula dan putar diikuti telur dan campuran tepung.
  • Pukul sekadar sebati shj dan jgn terlebih putar.
  • Tuang dlm loyang dan bakar selama 60-50 minit bergantung ps ketuhar. Brownies msk apabila lidi penguji kek yg dicucukkan keluar bersih.
  • Sejukkan brownie sebelum dipotong.

Nak tempah untuk makan2 pon boleh ya, sila hubungi saya di talian 0193004358 . Wassalam

17 Julai, 2014

CRISPY CHOC.CHIPS COOKIES

Biskut raya lagi, masih setia dengan resepi Kak Fida MyResepi ni, cuma kali ni bila saya bancuh 2 adunan, bahan2 penaik saya tambah baking powder sekali. Sungguh rangup & sedap dengan choc.chips mini tu. Kalau guna chips yang besar biskut akan lebih manis terasa bila digigit, jadi elokla letak chips yang halus2..meriah rasanya..

Jenis2 biskut yang saya buat takdela rumit kena tekan cetak bagai, hehe..main jemput2 je letak atas loyang, dekat2 raya nnt ramai anak-anak saudara kat kampung tu bolehla bagi arahan pakat2 buat, kejap je siap. Resepi asal ada kat sini --->> CHOC.CHIPS COOKIES

CRISPY CHOC.CHIPS COOKIES 
Bahan-bahan :
( Menghasilkan lebih kurang 250 - 300 kpg )
  • 380 g mentega- lembut
  • 90 g gula perang
  • 150 g gula kastor/icing
  • 440 g tepung gandum
  • 1/2 sdk rata soda bikarbonat
  • 1/2 sdk baking powder
  • 1 sdk serbuk koko
  • 1 sdk esen vanilla
  • 300 g choc chip
  • 300 g badam cincang kasar- di panggang
  • 2 biji telur -saiz B

 

Cara-cara:

  1. Tepung, baking soda,b.powder dan koko di ayak bersama.
  2. Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata.*guna senduk je
  3. Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan pula campuran tepung,gaul diikuti dgn choc chip dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati.
  5. Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan oven masing2. 
  6. Saya guna suhu 160'C 18-20 minit.
  7. Simpan dalam bekas kedap udara setelah sejuk.
SELAMAT MENCUBA

BISKUT SEMPERIT SUSU BERKEJU

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah berkesempatan lagi di sini..merempit laju-laju agar selesai tujuan yang dihajati..Kali ni kita baking sekut raya ya. Syukur, saya dah hampir siap sepenuhnya tempahan biskut yang mudah-mudah je ni, ada sikit2 lagi nak kena siapkan, InsyaAllah minggu depan dah kena prepare tempahan orang nak bawak balik kampung beraya pula..


Biskut semperit susu asal kejadian, kemudian di'upgrade' dengan keju oleh Marizah Miza, jadi saya cuba la nak tau apa rasanya, hari2 juga tengok rakan FB, sis Azizah buat biskut ni, segan-segan tanya apa letak dalam adunan, hehe..Akhirnya tergoda juga adanya...Cuma resepi saya ikut resepi asal Farah Salleh & Zack yang biasa saya guna, (rcp :Semperit Susu) tambahan adunan keju saya ikut Marizah Miza, cuma saya separuhkan je. Jom intai-intai resepi kot2 ada balang kosong lagi nak kena isi..


BISKUT SEMPERIT SUSU BERKEJU
Bahan-bahan:
  • 250g susu pekat manis
  • 250g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.
  • 500g @ 540g tepung jagung apa-apa brand yang sesuai**
  • 3 sudu besar adunan keju (resepi di bawah)
 
Adunan Keju :
(Pukul sebati semua bahan sampai pekat,simpan pati ais,tahan selama 2 minggu)
  • 125g cream cheese di biar lembut suhu bilik
  • 2sdb susu pekat
  • 1/4 cwn susu cair
  • 1/4 cwn fresh cream (cair), saya guna Vivo

Cara-cara :
  1. Pukul sebati susu pekat manis, butter dan adunan keju. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu.  Pukul guna senduk je.
  2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati.
  3. Jika anda suka biskut yang lembab-lembab teksturnya, guna hanya 500g tepung jagung.
  4. Jika anda suka tekstur biskut yang rangup tapi tetap cair dimulut, masukkan 540g tepung jagung.
  5. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper/oles dengan mentega. Tekankan ceri merah@coklat chips@  kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
  6. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
  7. Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.
Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.

Note : Saya guna 540g tepung jagung, (marizah Miza guna 600g tepung jagung) sesuai untuk mereka yang menempah biskut ni bawa jalan jauh, tak mudah hancur sebab terlalu lembut, rasanya agak rangup & cair di mulut. Rasa keju balance dengan rasa susu, takdela rasa muak sebab manis susu sebati dengan lemak masin keju.Seeloknya tepung dimasukkan sedikit demi sedikit untuk medapatkan tekstur doh yg kita mahu.

SELAMAT MENCUBA.. 

08 Julai, 2014

PUDING KASTARD BERKUAH

Assalamualaikum...apa khabar semua? Eh cam meriah je menanya kabor orang yang baca blog kita..kehkeh..bajet ramai yang datang jenguk n3 kita kan..biarlah sesekali dibuai perasaan jap..bukan kena bayor pon.(^____^)

Ni..menu berbuka minggu lepas ni..kalau saya buat kuih, saya akan pastikan kuih2 tersebut mampu dimakan 2 hari berturut2..maknanya buat lebih untuk 2 hari makan..hehe..cuma kalau puding berkuah macamni laju je habis, jadi saya gandakan resepi asal & kuah kastard pula saya buat 3 adunan, anak ramai kan..errkk!!

Biasa saya guna resepi yang selalu dah buat, adunan kastardnya guna santan,boleh tgk ada kat sini ---->> (PUDING KOKTEL BERKUAH) kali ni cuba resepi ringkas dari blog Cik Cek..ternyata semudah ABC dah siap..anak2 saya sangaaatt suka kuih2 lembut camni, pastu ada kuah kastard pulak, kalau ada lebihan puding @ agar2 yang xde selera dah nak pandang tu cubalah bancuh kuah kastard macam ni & siram atas agar2@puding tu, segar & sedap kembali kuih2 yang kejung dalam peti ais kita..hehe

RESEPI PUDING KASTARD BERKUAH
Sumber : Missima @myresepi
Salinan : Cik Cek

BAHAN-BAHAN A - Kastard
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 5 cawan air
  • 2 - 3 sudu besar  susu pekat
  • 2 - 3 sudu besar gula pasir

BAHAN-BAHAN B - Kuah Kastard
  • 1 tin susu cair IDEAL
  • 1 tin air..
  • 4 sudu besar gula dan 4 sudu besar susu pekat..
  • 1 biji kuning telur...( saya ikut Cik Cek tak letak telur...)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar tepung kastard ...( campur dan bancuhkan dengan sedikit susu cair @ air....)
BAHAN-BAHAN C - Hiasan

  • Fruit Cocktail @ Nata De CoCo @ apa saje buah2an dalam tin yang disukai...

CARA-CARA PENYEDIAANNYA..

A. Kastard
  • Masukkan tepung kastard kedalam periuk..campurkan garam...gaul sebati
  • Campurkan sume bahan2 cair....kacau sebati...
  • Tuangkan bahan2 cair kedalam periuk berisi campuran tepung kastard....kacau sebati....
  • Masak bahan2 kastard diatas api kecil...menggunakan senduk kayu...kacau selalu sehingga adunan kastard pekat berkilat...
  • Bila adunan kastard mula meletup2....matikan api...
  • Tuangkan adunan kastard dalam bekas yang bersesuaian....
  • Setelah siap acuan/bekas diisi...biarkan sejuk...sebelum dimasukkan kedalam fridge...
Nota Cik Cek :
Aku menggunakan coklat mould...sebagai acuan utk puding kastard ni...sebelum digunakan...lalukan acuan dengan air...renjis2kan acuan...jgn dilap keringkan..biarkan ada sedikit2 air didalam acuan.....
Masukkan adunan kastard kedalam piping bag...berhati2 ya..sebab adunan kastard masih panas....gunting sedikit dihujung piping bag.
Picitkan adunan kastard dalam coklat mould...pastikan kitchen glove dipakai ketika proses ini dilakukan ....

B.  Kuah Kastard
  • Masukkan sume bahan kedalam periuk...
  • Masak kuah sehingga gula larut dan kuah agak pekat sedikit....siap dah ...tutupkan api....

C. Hiasan Puding
  • Letakkanlah bahan2 hiasan didalam puding yang dihidangkan bersama kuah kastard.. jika suka boleh juga dicampurkan dengan air jus buahan2 dalam tin yang digunakan....
 
Selamat Mencuba

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...