17 Julai, 2014

BISKUT SEMPERIT SUSU BERKEJU

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah berkesempatan lagi di sini..merempit laju-laju agar selesai tujuan yang dihajati..Kali ni kita baking sekut raya ya. Syukur, saya dah hampir siap sepenuhnya tempahan biskut yang mudah-mudah je ni, ada sikit2 lagi nak kena siapkan, InsyaAllah minggu depan dah kena prepare tempahan orang nak bawak balik kampung beraya pula..


Biskut semperit susu asal kejadian, kemudian di'upgrade' dengan keju oleh Marizah Miza, jadi saya cuba la nak tau apa rasanya, hari2 juga tengok rakan FB, sis Azizah buat biskut ni, segan-segan tanya apa letak dalam adunan, hehe..Akhirnya tergoda juga adanya...Cuma resepi saya ikut resepi asal Farah Salleh & Zack yang biasa saya guna, (rcp :Semperit Susu) tambahan adunan keju saya ikut Marizah Miza, cuma saya separuhkan je. Jom intai-intai resepi kot2 ada balang kosong lagi nak kena isi..


BISKUT SEMPERIT SUSU BERKEJU
Bahan-bahan:
  • 250g susu pekat manis
  • 250g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.
  • 500g @ 540g tepung jagung apa-apa brand yang sesuai**
  • 3 sudu besar adunan keju (resepi di bawah)
 
Adunan Keju :
(Pukul sebati semua bahan sampai pekat,simpan pati ais,tahan selama 2 minggu)
  • 125g cream cheese di biar lembut suhu bilik
  • 2sdb susu pekat
  • 1/4 cwn susu cair
  • 1/4 cwn fresh cream (cair), saya guna Vivo

Cara-cara :
  1. Pukul sebati susu pekat manis, butter dan adunan keju. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu.  Pukul guna senduk je.
  2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati.
  3. Jika anda suka biskut yang lembab-lembab teksturnya, guna hanya 500g tepung jagung.
  4. Jika anda suka tekstur biskut yang rangup tapi tetap cair dimulut, masukkan 540g tepung jagung.
  5. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper/oles dengan mentega. Tekankan ceri merah@coklat chips@  kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
  6. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
  7. Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.
Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.

Note : Saya guna 540g tepung jagung, (marizah Miza guna 600g tepung jagung) sesuai untuk mereka yang menempah biskut ni bawa jalan jauh, tak mudah hancur sebab terlalu lembut, rasanya agak rangup & cair di mulut. Rasa keju balance dengan rasa susu, takdela rasa muak sebab manis susu sebati dengan lemak masin keju.Seeloknya tepung dimasukkan sedikit demi sedikit untuk medapatkan tekstur doh yg kita mahu.

SELAMAT MENCUBA.. 

1 ulasan:

Rizziela berkata...

blh try ni..mesti lg sedap kan :D

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...