15 Ogos, 2010

PUDING KOKTEL BERKUAH

Assalamualaikum...selamat berpuasa teman2...pose ke harini? Kami ni dah 2 hari puasa tanpa bersahur..aduuhhh..penat betul la..tp Adam tu ok je sampai petang..Dah tak sempat makan apa2 masa sahur jadi waktu berbuka buat kuih banyak2..haha..dah lama tak buat puding ni, bukan malas cuma kurang rajin je...

Siap bubuh dalam bekas ni sebab nak senang letak dalam peti ais, kebetulan pulak Cik Abe Ana suruh sedekah kat jiran, mula2 tu sedekahkan utk orang depan je, pastu ternampak lak jiran sebelah rumah balik kerja, terus bagi 1 bekas, Alhamdulillah rezeki dia kan...Puding ni memang sedap, kena makan sejuk2 le, nak letak apa kat dalam tu terpulang ikut apa yg ada dalam genggaman anda ya..Ana cuma ada laici & kurma je...heheh..bolehla sedap tau..

sumber : Myresipi---->> Aziemas

Bahan-bahan

BAHAN UNTUK PUDING
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 1 cawan santan - jgn terlalu pekat
BAHAN UNTUK KUAH
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air masak ( gunakan tin susu )
  • 1/2 cawan gula @ sesuai manis
HIASAN
  • Buah-buahan dalam tin
  • Nata de coco - optional
  • Jelly @ sumi - optional

Cara-cara :

UNTUK PUDING
  • Masukkan semua bahan gaul sebati
  • Masak atas api sedrhana hingga pekat dan likat *Sentiasa kacau supaya tidak berkerak di dasar periuk
  • Angkat, masukkan dlm bekas biarkan keras dan sejuk. ( Dh sejuk boleh masukkan dlm peti ais )
UNTUK KUAH
  • Panaskan susu, air dan gula dalam periuk
  • Jangan mendidih sekadar panas dan gula hancur
  • Biarkan sejuk ( boleh juga masuk peti ais )
CARA PENYEDIAAN
  • Potong puding kastard td mengikut bentuk yg disukai. Masukkan dlm mangkuk
  • Tambahkan buah-buahan dlm tin, nata de coco, jelly ( ikut suka berapa bnyk nk letak )
  • Tambah kuah pd mangkuk yg berisi puding dan hiasan
  • Sedia dinikmati. 

    Tiada ulasan:

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...