19 Ogos, 2010

NAGASARI CENDOL

Menu berbuka petang semalam, ada lagi lebihan tu boleh makan harini lak..hiiii...resepi dari Kak Fida My Resipi tuh..patutnya bungkus dalam daun pisang tapi dah daunnya takde Ana masukkan dalam bekas plastik je..

makan gitu je sedap, lemak2 manis..

edisi makan bersama air gula melaka

Bahan-bahan ( 30 - 40 kpg )

  • 400 g cendol - dicuci dan ditapis
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sb tepung Hoen Kwee
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 st garam
  • 1,700 ml santan - drpd 2 biji kelapa (saya guna 500ml santan Kara+1,200ml air)
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • daun pisang utk membungkus - dipotong dan disalai

Cara-cara

  • Satukan tepung2,gula,garam,santan dan daun pandan di dlm periuk dan kacau rata. Masak atas api yg sedehana panasnya hingga pekat dan licin.
  • Setelah itu masukkan cendol dan masak lagi hingga rata.Matikan api dan keluarkan daun pandan.
  • Ambil 3 sb adunan dan bungkus dlm daun pisang yg disediakan tadi.Buat hingga habis. sejukkan pd suhu bilik dahulu.
  • Masukkan dlm peti sejuk sebelum dihidangkan.
  • Adunan ini juga boleh dibubuh dlm mangkuk2 plastik yg kecil.

Tiada ulasan:

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...