19 Ogos, 2010

BISKUT BUAHAN CAMPURAN

Assalamualaikum...wah..hari ni dah seminggu lebih kita berpuasa ya..ada yang dah mula buat biskut raya ke? Ada...Ana dah buat, buat awal-awal sebab nak buat banyak2 kena mula sikit2, kalau tak gerenti tak sempat, nak masak lagi, nak uruskan anak-anak sekolah lagi, yang paling celaru bila Hannah ni meragam, lagi susah nak membakar...Ini biskut kedua yang Ana buat, yang pertama tu Biskut Almond Coklat tapi belum di'make-up' lagi, so, takleh tayang lagilah...

Biskut ni dah siap di'balangkan'..hihi
Nak buat biskut ni teramatlah senang, dah siap bancuh jemput2 je masukkan dalam cup, pastu bakar...1 adunan tu 1 jam je boleh siap, bergantung keadaan gakla kan...dapat resipi dari laman web yang femes tu le, My Resipi.com..resipi quinnie nama biskutnya Biskut 1 Malaysia, tapi Ana tukarkan namanya sebab bahan2 pon ada yang dah tukar...maaf ye q..
 
Bahan-bahan ( anggaran 60 biji )..*Ana dapat 100 biji kecil2..
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan mentega *nak pakai butter pun boleh,tapi saya suka pakai planta
  • 3/4 cawan gula halus *kalau suka manis bleh letak 1 cawan
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 biji telur ayam *ambil merahnya saja
  • 1 camca teh baking powder
  • 1/2 cawan kismis yg di dicincang *Ana letak kurma di cincang
  • 1/2 cawan buah ceri yg dicincang *Ana letak ceri merah n hijau
  • 1 camca teh esen vanila

Cara-cara

  • Putarkan mentega dengan gula hingga mentega bertukar warna...(tak yah lama sgt)
  • Isi esen vanila dan telur....putar kasi rata je....
  • Lepas tu...ayak tepung gandum, tepung kastard dan baking powder ( sekali je). kemudian masukkan tepung dalam adunan tadi. guna kaedah kaub balik je...gaul sampai rata....
  • Bila dah rata...masukkan buah buahan tadi....gaul rata....
  • Lepas tu, boleh la dipanaskan oven dulu selama 20 minit. guna 160 c..( saya pakai fan...kalau tak dek fan boleh naikkan lagi suhu)*Ana pun pakai fan...lebih cepat masak
  • Kemudian boleh la bentuk kan biskut......masukkan sikit adunan kedalam paper cup....tekan2 skit adunan tu kasi rata....
  • Bila oven dah cukup panas...boleh la masukkan adunan biskut tadi....masak selama 20 - 25 minit....pastikan warna biskut tu dah bertukar brown baru angkat.....(biskut ni lebih sedap bila...bahagian atas dan bawah dia dah betukar warna )


Tiada ulasan:

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...