21 Ogos, 2010

CHOCOLATE CHIP COOKIES

Salah satu juadah untuk raya nanti...rangup betulla..krup krap..krup krap...hihi...dah buat 1 adunan tapi dah semakin berkurangan nih. Kena buat lagi nampaknya untuk raya nanti...

Biskut coklat chip & badam

Sumber : Kak Fida My Resipi

Bahan-bahan ( lebih kurang 100 kpg )

  • 190 g mentega- lembut
  • 45 g gula perang
  • 80 g gula kastor/icing
  • 220 g tepung gandum
  • 1/2 sk rata baking soda
  • 1 sk serbuk koko(lebihkan jika suka utk mendapatkan cookies yang gelap)
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 170 g choc chip
  • 170 g badam cincang kasar- di panggang
  • 1 biji telur -yg sedang

Cara-cara

  1. Tepung, baking soda, koko di ayak bersama.
  2. Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata.
  3. Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan pula campuran tepung,gaul diikuti dgn choc chip dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati.
  5. Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan oven masing2. 
 Semua ni bancuh pakai senduk je...

SELAMAT MENCUBA

    Tiada ulasan:

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...