27 Ogos, 2011

SALAM AIDILFITRI

SALAM LEBARAN BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN DI LUAR SANA & JUGA DI ALAM MAYA NI..


Di kesempatan ini Ana dengan setulus ikhlas memohon jutaan ampun & maaf jika ada terkasar bahasa..terlebih dalam gurau senda & komen2 yang kurang enak dibaca kiranya ada..Terima kasih juga kepada yang mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya samaada di FB @ di blog masing2..

Kepada teman2 & keluarga yang membuat perjalanan pulang ke kampung & memandu semasa musin perayaan ini, berhati-hatilah di jalan raya. Memandulah secara berhemah ye..

Salam Aidilfitri buat semua. Maaf Zahir & Batin

Jom gantung kad raya...terima kasih semua

Kak Ummi
Dari Hasue
MasDuniaku
Noorsha
Sue Allen
Mamasya
Amie's Little Kitchen
Quinnie

Bertemu kembali..sekian

24 Ogos, 2011

Eggless Chocolate Chips Cookies

Assalamualaikum w.b.t
Selamat mengharungi Ramadhan yang ke 24 hari buat teman2..pejam celik dah nak penghujung puasa yer..semoga Ramadhan kali ini memberi seribu rahmat & dimakbulkan segala doa kalian..semoga Ramadhan kali ini juga lebih baik dari tahun2 sebelumnya ya..perbanyakkan amalan kepada Allah s.w.t walaupun dah hampir hujung & sibuk dengan projek kukis raya tau..InsyaAllah.

Berbalik kepada n3 harini, ini kira kukis yang boleh dimakan oleh orang dalam pantang kan? kan? kan?..hehe..Ana buat ni beberapa hari lepas, cuma bancuh adunan & kemudian serahkan tugas membakar kat anak saudara yang ada kat rumah ni, dia yang banyak siapkan, kita ajar2 sikit je..Alhamdulillah, dapatle 3/4 balang tu..sedap betul gigit kukis ni, rangup & garing..tak sedar dah banyak ketul makan, maklumle sebab takde telur, tapi bila diingat tang butter tu terhenti kejap kunyah..insap tetiba..tapi lepas tu kunyah lagi bagi habis..kekekee..sibbaik pantang sendiri kan, kalau pantang dengan orang tua sah2 kena ketuk pale, takpun kena paksa dengan ceramah perdana 3 siri..alahaiii..

maap yer..pic snap ala kadar jek..hiii
Resepi ni dah begitu lama salin tau, cuma nak mula buat tak berapa rajin, sekarang bila berpeluang kenala buat..cubalah kalau sempat..tak nyesal ler..senang pun senang tak payah terap bagai..hehe..agak2 raya tahun ni banyak kukis atas meja bentuk gentel2 & ceduk guna sudu yer? Ok, meh tengok resepi ni..jutaan trimas buat Tun Telani, katanya kukis ni mmg wajib buat keluarganya time raya.

guna mini choc.chips..
Sumber : buku resepi 500 cookies and bakings
Olahan & copy : Tun Telani

Bahan2:
  • 1 cwn butter/margerine
  • 3/4 cwn gula perang
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
  • 1 sk vanilla
  • 1 cwn chocolate chip
  • 1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)

Cara2:
  • Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  • Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati.
  • Masukkan pula chocolate chips dan gaul sebati lagi.
  • Sudukan atas loyang (me x letak gris sbb cookies bila bakar dh sedikit berminyak). Jarakkan sbb dia akan mengembang.
  • Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven). Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara.*Ana guna 160'C, lbh krg 20 minit
  • **Cookies agak lembut ketika panas dan akan mengeras setelah sejuk. Jadi biarkan seketika sebelum alih keluar dari loyang.

22 Ogos, 2011

Tat Nenas Gulung & Dahlia-kuih raya taon nih

Edisi sekut raya 2011 yang sempat buat juga sebelum bersalin haritu..hehe..sempat buat 3 jenis, mula2 buat Tat Nenas, pastu baru Famous Amos tu(dah habis pun) kemudian baru Dahlia, Ana buat biskut Dahlia ni siang lepas anak-anak dah pergi sekolah, sedang elok petang siap, malamnya masuk wad..Alhamdulillah


Untuk Tat Nenas ni Ana masih guna resepi Mamajay @ mama kastam tioman@Myresipi. Suami tolong gentel inti nenas tu, cepat sikit siap..maklumle buat biskut hari Ahad, senang kerja..Tahun lepas dah buat guna resipi yg sama blh klik SINI

 

Ini pula biskut yang rasanya wajib ada di setiap rumah kot tiap kali raya..semperit@dahlia@bunga cina..tapi bunga cina kaler putih kan..apa-apapun sedap biskut ni, cuma pastikan guna buttercup & tepung tu letak sikit2, rasa agak2 dah boleh picit, tak melekit2 kat tangan & tak keras sangat cukuplah tambah tepung tu, itu yg Ana buatla kan..


BISKUT DAHLIA

Bahan-bahan ( 100 biji )

  • 8 oz tepung gandum/220 grm
  • 3 oz tepung kastard/ 75 grm
  • 1 1/2 oz tepung ubi/ 26 grm
  • 6 oz gula halus/ 150 grm
  • 7 oz marjerin / mentega/195 grm
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Ceri merah dan hijau utk hiasan

 Cara-cara 

  1. Pukul gula dan marjerin hingga kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit. masukkan esen vanilla. Putar lagi seketika.
  3. Ayakkan tepung gandum, tepung ubi dan kastard.
  4. Masukkan adunan tepung ke dlam adunan mentega sedikit demi sedikit.. utk langkah ni, saya gaul menggunakan spatula je..
  5. Terap menggunakan acuan semperit. Jika adunan agak lembik tambah lah sedikit gandum.. hias dgn ceri
  6. Bakar dgn menggunakan suhu 160'C lbh krg 15-20 minit @ sehingga masak.. 

JEMPUT MAKAN...(*_^)

Maaf kawan2..tak dapat nak BW spt biasa..bizi..ada kesempatan akan ziarah kunjungan balas k..Selamat meneruskan ibadah puasa..Wassalam.

21 Ogos, 2011

BISKUT CHOC. CHIPS FAMOUS AMOS (HOME MADE)


Biskut raya tahun ni yang sempat Ana buat sebelum bersalin haritu, sekarang dah tinggal serdak2 kat dasar balang..huhu..dapat 1 balang penuh & 1 bekas taufu fa tuh..sedap bagi anak-anak makan..susu tepung tu Ana guna susu tepung perasa coklat kepunyaan anak-anak & mengambil kira syor Kak Nadz suruh kurangkan chips coklat kalau nak letak kekacang, sedang2 elokla manisnya & takle padat sangat dengan badam & chips tu..terima kasih Kak Nadz berkongsi resepi..Kita share kat sini yer.
Dah malas nak bulat2kan, ceduk je ngan sudu & tekan ngan garfu..hehe

BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)

Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip *50gm
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional *50gm

Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
 Seronoknya tengok ramai kawan2 sedang giat buat biskut raya..sabor jela..

    20 Ogos, 2011

    MURTABAK SARDIN CREAM CRACKERS

    Menu sampingan waktu berbuka puasa kelmarin, Ana buat ni sebab tengok ada lebihan lauk sardin yang suami masak untuk bersahur sebelumnya..daripada terbiar baik buat murtabak, nampak menawan kt blog Tun haritu, kita pun nak cuba gak walau tak boleh nak makan, sekurang2nya yang berpuasa kat rumah ni ada kuih sikit nak merasa kan..Lepas dah masak ada jugak Ana ambik rasa, kuis2 tang telur tu sikit..sedap..alangkah syoknya kalau dapat makan banyak2..hehe
    Bila nak potong biskut tu tak keras pun, memang sedang2 elok je macam murtabak biasa je..nak buat takle remeh, sambil duduk je siap nih..cubalah..
     
    MURTABAK SARDIN CREAM CREACKERS

    Bahan² Untuk Inti *Ana tak buat
    • 1 tin kecil sardin
    • 1 biji bawang besar -didadu
    • 2 ulas bawang putih - tumbuk
    • 1 inci halia - tumbuk
    • 1 sudu besar cili kisar
      1sb serbuk kari + sedikit air (jadikan pes)
    • garam &; gula secukup rasa
    • 2 biji telur
    • 2 bj limau kasturi- amik jus  <- ni tun tambah

    Bahan² Untuk Topping
    • Biskut Cream Crackers secukupnya
    • 1 cawan susu UHT
    • 1 biji telur (untuk lapisan terakhir)

    Cara² Untuk Inti
    1. tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar & pes serbuk kari. Kacau hingga naik bau.
    2. masukkan bawang besar yang didadu...kacau hingga wangi.
    3. masukkan sardin, hancur2kan sardin dengan menggunakan sudip.
    4. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.  tun tambah jus limau kasturi.


    Cara² Untuk Melapis Murtabak
    1. alas loaf pan @ apa² loyang yang digemari (seelok²nya loyang segiempat) dengan aluminium foil.
    2. sapu nipis permukaan dan sisi foil dengan butter @ minyak.
    2. Celup sekeping biskut ke dalam susu (SUSU SAJA YA).Tak perlu sampai kembang.. Cukup terendam saja dan susun dalam loyang. Susun bersebelahan antara satu sama lain hingga memenuhi permukaan loyang.
    3. Didalam satu mangkuk, satukan inti sardin tadi dengan dua biji telur. Kacau rata. Ambil sesenduk adunan inti tersebut dan ratakan atas biskut yang telah disusun tadi.
    4. Celup sekeping demi sekeping biskut cream crackers dengan susu dan susun atas inti sardin yang diratakan tadi.. Buat macam mula2 tadi. susun berebelahan hingga menutupi permukaan inti. Jangan risau kalau biskut pecah² sket, cover dengan kepingan kecil biskut pada permukaan yang 'rompong' tu..
    5. lapis sampai inti yang terakhir.
    6. Pada lapisan biskut yang terakhir, satukan baki susu yang tinggal dengan sebiji telur, kacau sedikit. Susun kepingan biskut di permukaan inti (TAK PERLU CELUP UNTUK STEP TERAKHIR NI)...lepas tu tuang adunan susu + telur tadi atas permukaan biskut tadi.
    7. Bakar pada suhu 150 C selama 30 - 45 minit atau hingga perang... Selamat Mencuba :)   (tun bakar x sampai 30 minit dlm 25 minit je kot dh nampak perang2.. ikut atas oven laa ye ) A'ah..samala mcm Tun..hehe

    19 Ogos, 2011

    Alhamdulillah..^_^

    Assalamualaikum w.b.t

    Salam Ramadhan yang hampir ke penghujungnya..Salam ukhwah juga buat teman-teman alam maya ni, masih ada yang sudi menjengah blog Ana ni yer walaupun takde apa-apa perkongsian cerita sejak beberapa hari lepas.

    Alhamdulillah, harini baru berkesempatan & berpeluang untuk menaip, memberi perkhabaran terkini buat yang menanti, walau dah ramai yang tahu, ada jugak yang belum tahu kan..

    Ana selamat melahirkan zuriat ke-5 pada 11 Ogos 2011 lepas, harini (19 Ogos 2011) dah masuk hari ke-9 bayi ini menjengah dunia. Alhamdulillah, dalam debar menanti & tak sabar juga menunggu hari, keluar juga si kecil ini..syukur ke hadrat Ilahi kerana segalanya dipermudahkan & penuh keselesaaan ketika melahirkannya.


    Inilah rupanya..bakal mujahidah yang akan menyebarkan syiar Islam di muka bumi ini suatu hari nanti..InsyaAllah..


    NURSYIFA' ZAHRA nama diberi, semoga dirimu menjadi penawar buat kami di dunia & syafaat buat kami di akhirat kelak. Syifa' dilahirkan jam 1.23pm hari Khamis dgn berat 3.03kg di Hospital Selayang. Lahirnya disambut seorang doktor wanita yang cantik manis tanpa apa-apa komplikasi.


    Ucapan terima kasih & syukur juga Ana titipkan buat teman2, adik kakak yang sentiasa mendoakan kesihatan, kesejahteraan & kemudahan buat kami. Malah terharu kerana ada yang sanggup menelefon dari seberang Laut China Selatan setelah mendapat perkhabaran yang bayi ini selamat dilahirkan. Buat suami tercinta..tiada ungkapan yang mampu diucapkan atas pengorbanannya bersengkang mata menjaga & menguruskan anak-anak, & mengambilalih segala tugas2 rumahtangga. Akhir kalam..doaku sebagai ibu..semoga dirimu membesar sebagai anak yang solehah & sentiasa dilindungi & dirahmati Allah Ta'ala hendaknya..Amin.

    SEKIAN...

    07 Ogos, 2011

    Onde-Onde Inti Kelapa Manis

    Hari ke 7 Ramadhan, berbuka puasa dengan menu yang simple dimple punya, tapi cukup bersyukur & gembira rasa hati sebab semua yang terhidang licin!! Apa yang dimasak? eheemm..cuma nasi putih, ikan kerisi goreng bersambal cili api, sayur bening labu air bersama fucuk & kuih onde-onde kaler kuning berinti kelapa manis..semangatnya tengok anak-anak & suami makan..biasa telan nasi pun macam tersangkut2 jek..kita tengok pun rasa kecik ati..kehkeh...rupanya kena buat yang ringkas2 jela kan..sonang kojo..heehee..


    Kuih onde-onde guna resepi macam kelmarin tapi tak buat kaler ijau..boh pewarna kuning sikit & buat inti kelapa parut yg dimasak bersama gula melaka & sedikit gula pasir, biar bergaul sebati dalam kuali & boleh tambah air sikit kalau nak basah-basah inti kan..itupun setelah disarankan oleh HaSuriah anak Pak Tahir di seberang laut sana nun..terima kasih Sue..boleh pelbagaikan inti kan..nak rasa durian boleh boh isi durian kot..hehe


    Resepinya Ana letak sekali lagi la..cuma masa nak tambah air tu kena letak sikit2 yer, kalau dah elok nak kepal & gentel boh inti tu stop ler boh air..kang lembik lak kena tambah tepung..Meh layan..

    Onde-Onde

     

    Bahan-bahan ( +/- 40 biji )

    • 2 cwn tpg pulut
    • 1 1/2 cwn air *letak sikit2 yer
    • inti kelapa manis @ gula melaka @ gula merah
    • sedikit pewarna kuning
    • kelapa parut putih di gaul dgn secubit garam  *Ana kukus jap

    Cara-cara :

    1. bancuh tepung pulut bersama air & sedikit pewarna kuning. jgn terlalu lembik.
    2. cubit adunan td sebesar guli & lenyekkan di ats tapak tgn.masukkan sedikit inti9 kelapa yang dah siap dibulat2kan terlebih dahulu & tutup kembali menjadi bulat.
    3. panaskan air sehingga mendidih & masukkan adunan td sehingga timbul.
    4. angkat & sejatkan sebentar.golekkan adunan td di dlm kelapa yg telah digaul dgn sedikit garam.
    5. sedia untuk dihidangkan.........

    Tepung Pelita Cendana Kasih

    Assalamualaikum w.b.t

    Ramadhan sudah menghampiri hari ke 8, cepatnya masa berlalu..apa khabar teman2? Terima kasih jika ada yg sudi berkunjung, harap maaf jika kunjungan anda tak dibalas dengan segera, tiadalah daya upaya untuk merayau2 kat blog teman2 seperti selalu..maklumle kekangan masa & keadaan diri yang dah tak berapa nak boleh duduk lama-lama ni..InsyaAllah akan kunjung balas ziarah kembali..

    Kali ni nak kongsikan menu berbuka petang semalam juga ni, berbaloi2 buat dapat makan puas2 dah tu sejuk2 lak kan..kali ni guna resepi dari Noorma tokey kuih muih, kek & coklat..masa sahur pagi tadi pun sempat lagi makan..kot2 ada yang tercari2 idea untuk menu manis2 berbuka esok kan bolehla cuba..:))


    Taknak banyak pot pet sebab perut rasa sendat lepas berbuka tadi..nak duduk pun rasa dah tak larat..mata pun ngantuk lak..ih..ih..kita layan resepi ni ter..terima kasih buat Noorma yang berkongsi resepi..

    Resipi Tepung Pelita
    sumber: Cendanakasih

    Bahan A (lapisan bawah-hijau)
    -1 cawan tepung beras
    -1 cawan air daun pandan (boleh gak guna pandan emulco)
    -4 cawan air
    -1 sudu besar air kapur makan
    -1 cawan gula
    - sedikit pewarna hijau


    Bahan B
    -1/2 cawan tepung gandum
    -1/2 cawan tepung beras
    -1 cawan santan pekat
    -1 cawan santan cair
    -3 setengah cawan air
    -sedikit garam
    Cara-cara :
    • Sebatikan semua bahan-bahan A. Kacau atas api sederhana hingga pekat 
    • Begitu juga dengan bahan B. Dalam kuali lain, kacau bahan B hingga pekat. 
    • Sediakan bekas plastik yang secukupnya 
    • Letak 1 sudu kecil gula pasir ke dalam setiap bekas plastik 
    • Masukkan 2 sudu besar bahan A yang sudah dimasak tadi.Kemudian 2 sudu besar bahan B 
    • Buat sehingga habis semua adunan 
    • Kukus kuih selama 20 minit. Siap !!

    SELAMAT BERPUASA 

    06 Ogos, 2011

    6 Ramadhan 1432H..Berbuka dengan Roti Jala & Kari Ayam

    Assalamualaikum w.b.t

    Selamat Berpuasa buat semua..kejap je dah masuk 6 hari selesai berpuasa yer..Masih ada kudrat untuk masak & makan yang mudah2..jadi harini kita layan roti jala dengan kari ayam berkentang ni, resepi asal dari Kak Madiha & Ana ambil dari blog Juwita Fariz, nampak menyelerakan, kebetulan memang nak masak kari ayam pun, jadi bolehla makan roti jala alang-alang kan..jenuh juga nak menjala dengan botol pesen baru ni, maklum tangan keras kejung..kiriman istimewa daripada seorang adik bloggers yang cantik manis ayu yang menetap di Bintulu(maaf nama & alamat tetapnya terpaksa dirahsiakan atas dasar keselamatan..hehe)..kira jauh jugak dari seberang lautan datangnya botol ni..hehe..terima kasih adik manis..:P..

    Nak tengok kejadian yang cantik anggun roti jala tu boleh klik link kat bawah tu yer..kita punya takde seanggun tuan punya resepi buat..hehe..tapi sedap & anak-anak pun makan roti jala ni masa berbuka tadi..

    ROTI JALA
    Sumber : Kak Madiha
    Roti Jala & Kari Ayam by AnnaQawina
    (Terima kasih Kak Madiha & Juwita)
    Bahan2
    • 3 cawan tepung gandum
    • 3 ½ cawan air
    • 1 biji telur
    • sedikit pewarna kuning & hijau ..Ana tambah
    • 1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
    • 1 sudu kecil rata garam
    • sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)

    Cara2nya
    1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan. *Ana bancuh semua kecuali pewarna, baru tapis & bahagikan 2 bahagian & warnakan
    2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
    3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .
    4. Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut kesukaan anda.



    KARI AYAM BERKENTANG
    Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

    Bahan2

    • 1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
    • 3 biji kentang ~ didadu kasar
    • 1 ulas bawang putih*
    • 4 ulas bawang merah*
    • 1 cm halia*
    • (tumbuk halus bahan2 bertanda*)
    • 4 sudu besar rempah kari ayam#2 sudu kecil serbuk cili#
    • sikit saja air asam jawa#
    • (campurkan bahan2 bertanda# jika pekat tambah sikit air)
    • 1 kotak santan segera/secukupnya santan
    • air secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)
    • sikit minyak
    • garam & perasa secukupnya

    Cara2
    1. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk & bahan campuran rempah. Kacau2 & biar hingga wangi.
    2. Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih & ayam hampir masak. Masukkan bahan2 lain spt ubi kentang, santan, garam & perasa dan masak hingga kentang empuk. Renihkan kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.
    3. Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa2 saja
    kegemaran anda.  


    SELAMAT MENCUBA

    05 Ogos, 2011

    Buah Melaka @ Onde-Onde...menu idaman

    Selamat Berbuka Puasa bagi yang akan berbuka tuh..haip!! jangan berbuka lagiii..tunggu masuk waktu yer, kang tak pasal2 kena naik van jenazah..ha..time tu jangan salahkan kuih lak.(ada ker..??) Kuih dah siap, cepat2 update..hehe.. Inilah kuih idaman hati sejak hari pertama puasa haritu..Akhirnya dapat juga buat untuk menu berbuka petang nanti InsyaAllah..

    Ok..meh tengok bahan2 simple yang semua tahu buat kan..*ayat eksen nih* tapi kot2la ada yang tak tahu..*sblm ni tuan badan ni pong tak tahu..*ngeehehee..:D

     

    ONDE-ONDE@BUAH MELAKA

    Sumber : ratuku@myresipi

    Onde-onde by AnnaQawina

     

    Bahan-bahan ( 40 biji )


    • 2 cwn tpg pulut
    • 1 1/2 cwn pati air pandan *guna air biasa je letak sikit2
    • gula melaka @ gula merah
    • sedikit pewarna hijau
    • kelapa parut putih di gaul dgn secubit garam  *Ana kukus jap

    Cara-cara


    1. bancuh tepung pulut bersama pati air pandan & sedikit pewarna.jgn terlalu lembik.
    2. cubit adunan td sebesar guli & lenyekkan di ats tapak tgn.masukkan sedikit gula melaka @ gula merah & tutup kembali menjadi bulat.
    3. panaskan air sehingga mendidih & masukkan adunan td sehingga timbul.
    4. angkat & sejatkan sebentar.golekkan adunan td di dlm kelapa yg telah digaul dgn sedikit garam.
    5. sedia untuk dihidangkan.........

    **Pst : ni kira mengidam nih..klau terbersalin malam ni ke esok ke..kira dah ok la kan..hiii..

    SELAMAT BERBUKA BUAT SEMUA YANG BERPUASA..JUMPA LAGI..

    04 Ogos, 2011

    PUDING SAGU SKOTENG GULA MELAKA

    Assalamualaikum w.b.t

    Salam Ramadhan buat semua..dah berapa hari tak menjengah blog, teringin nak update tapi tak terdaya lak rasa..masak pun kadang2 je, selebihnya suami akan uruskan..terima kasih buat suami terchentaa...(^_*)..ada yang masih sudi menziarahi blog ni & bertanya khabar jutaan terima kasih diucapkan, akan usahakan untuk kunjung balas kemudian..

    Menu berbuka harini Ana cuma buat puding sagu ni, masak nasi & sayur, lauk ikan siakap berlada & cencaru sumbat suami beli kat gerai yang banyak berderet sepanjang bulan puasa ni kan..tapi tang harganya tu..huhu..seekor ikan dah cecah RM4.00..memang boleh buat duit time gini kan..rezeki diaorang le tuh..rezeki kita dapat makan tanpa perlu susah2 masak bagai...hehe..


    Pagi tadi nampak Kak Ummi tayang, cadang nak buat lompat tikam sagu, tapi bila tengok ada yang lebih senang, kita pun pilih jalan mudah le kan..nak senang & cepat..hehe..Alhamdulillah, sedap makan sejuk2 tadi masa berbuka, buatnya pagi-pagi tadi & sejukkan dalam esbox..nyaman sungguh rasa..anak-anak pun boleh layan menu gini..

    Terima kasih buat penyumbang resepi Kak Ummi & buat pengirim skoteng dari Singapura iaitu Mama Hawa..pertama kali jumpa skoteng nih..hehe..

    PUDING SAGU SKOTENG GULA MELAKA

    Bahan:-
    • 300 gm sagu biji
    • 2.5 liter air
    • 40 gm chaca skoteng
    • 3 cawan air

    Cara Memasak:-
    1. Masak skoteng dengan 3 cawan air hingga skoteng benar-benar lembut. Tuangkan dalam tapis, dan lalukan dibawah air paip. Toskan.
    2. Sementara itu, didihkan 2.5 liter dan bila telah mendidih, basuh sagu dan terus masukkan ke dalam air. (mesti masukkan ketika air mendidih ya). Kacau hingga jernih dan tuang ke dalam tapis. Lalukan sagu di bawah air paip untuk buang kanjinya sambil dikacau-kacau.
    3. Campurkan kedua-dua bahan, kacau gaul biar rata betul.
    4. Masukkan ke dalam loyang ataupun acuan yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
    5. Hidangkan bersama susu sejat dan air gula melaka.
    1. AIR GULA MELAKA : Didihkan 2 ketul gula melaka bersama air, ikut banyak mana kita nak, Ana campurkan beberapa sudu gula pasir, dah hancur, tapis & sejukkan
    2. SUSU SEJAT : Beli le yang dalam tin tuh, sejukkan dalam peti ais, nak guna cuma tuang je atas puding..heee

    Inile rupa skoteng tuh.. yang lain2 kat belakang tu pun dapat dari jauh kan..terima kasih tak terhingga..hanya Allah jua yang membalasnya..

    SELAMAT MENCUBA..

    01 Ogos, 2011

    SALAM RAMADHAN

    SALAM RAMADHAN YANG PENUH BERKAT BUAT SEMUA.

    AMPUN MAAF DIPINTA ANDAI ADA TERKASAR BAHASA & TERGURIS RASA..



    SEMARAKKAN RAMADHAN INI!!

    وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡہِم بَرَكَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَـٰهُم بِمَا ڪَانُواْ يَكۡسِبُونَ

    Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
    (Surah Al-A'raf 7: Ayat 96)

    Sumber : iluvislam.com

    Meh kita tengok e-kad dari teman2..ada yang nak bagi lagi bagitau yer..kita g angkut..hehe..terima kasih buat semua..

    Dari Noorsha


     Dari Izahdaut



    SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...