Rabu, 24 Ogos 2011

Eggless Chocolate Chips Cookies

Assalamualaikum w.b.t
Selamat mengharungi Ramadhan yang ke 24 hari buat teman2..pejam celik dah nak penghujung puasa yer..semoga Ramadhan kali ini memberi seribu rahmat & dimakbulkan segala doa kalian..semoga Ramadhan kali ini juga lebih baik dari tahun2 sebelumnya ya..perbanyakkan amalan kepada Allah s.w.t walaupun dah hampir hujung & sibuk dengan projek kukis raya tau..InsyaAllah.

Berbalik kepada n3 harini, ini kira kukis yang boleh dimakan oleh orang dalam pantang kan? kan? kan?..hehe..Ana buat ni beberapa hari lepas, cuma bancuh adunan & kemudian serahkan tugas membakar kat anak saudara yang ada kat rumah ni, dia yang banyak siapkan, kita ajar2 sikit je..Alhamdulillah, dapatle 3/4 balang tu..sedap betul gigit kukis ni, rangup & garing..tak sedar dah banyak ketul makan, maklumle sebab takde telur, tapi bila diingat tang butter tu terhenti kejap kunyah..insap tetiba..tapi lepas tu kunyah lagi bagi habis..kekekee..sibbaik pantang sendiri kan, kalau pantang dengan orang tua sah2 kena ketuk pale, takpun kena paksa dengan ceramah perdana 3 siri..alahaiii..

maap yer..pic snap ala kadar jek..hiii
Resepi ni dah begitu lama salin tau, cuma nak mula buat tak berapa rajin, sekarang bila berpeluang kenala buat..cubalah kalau sempat..tak nyesal ler..senang pun senang tak payah terap bagai..hehe..agak2 raya tahun ni banyak kukis atas meja bentuk gentel2 & ceduk guna sudu yer? Ok, meh tengok resepi ni..jutaan trimas buat Tun Telani, katanya kukis ni mmg wajib buat keluarganya time raya.

guna mini choc.chips..
Sumber : buku resepi 500 cookies and bakings
Olahan & copy : Tun Telani

Bahan2:
  • 1 cwn butter/margerine
  • 3/4 cwn gula perang
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
  • 1 sk vanilla
  • 1 cwn chocolate chip
  • 1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)

Cara2:
  • Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  • Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati.
  • Masukkan pula chocolate chips dan gaul sebati lagi.
  • Sudukan atas loyang (me x letak gris sbb cookies bila bakar dh sedikit berminyak). Jarakkan sbb dia akan mengembang.
  • Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven). Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara.*Ana guna 160'C, lbh krg 20 minit
  • **Cookies agak lembut ketika panas dan akan mengeras setelah sejuk. Jadi biarkan seketika sebelum alih keluar dari loyang.

10 ulasan:

Mamasya berkata...

Asmlmkum Anna

Kalau pantang dgn org tua2 mmg byk pantang larangnya....byk yg tak boleh mkn.
budak2 mmg suka biskut choc chips ni..sempat juga Anna mengukis dlm pantang.Slmt meneruskan tempoh pantang.....

anymz berkata...

kalau jahitan nya dah elok tak apa ana.takde masalah makan telur..lebih2 lagi telur ayam kampung.bagus utk kesihatan.tapi kalau tak biasa dari anak pertama tak makan,toksahlah makan.
haippp..ni apa hal org dok lam pantang main merasa2 sekut nih..dok diam2..ikat sanggul tinggi2.buh pilis kat dahi tu..ni barut dah pakai ke belum nih?...hahaha

Sya Rin berkata...

Hihi resepo senang ni yang dok dicari2. Thnks kak..

Anna Qawina berkata...

Mamasya : w'slm..hehe..mmg le org tua2 ni mcm2 pantang, kalo dulu2 cuma blh mkn nasi & lada hitam je..mana ada khasiat kan..hehe..cuma ambik man yg baik2 tuk kesihatan je takpe..

Kak Anim : hehe..biasa saya kalau dah lps 20 hari mkn sikit2 mana yg boleh, ambik rasa dulu, kalo ok teruskan, kalo rasa meragam tu kena stopla kan..
hehe..rasa2 sikiittt je kak..haha

Sya Rin : ambooiii..eksaited la tu resipi jd resepo..hehe..tryla..

nuwairani ismail berkata...

haip! nak kene rotan ni. makan tak berpantang dah! heheh...

choc chip coookies memang best! tak sedar separuh balang dah habis duk kunyah2...

Mas berkata...

mewahnya choc chips kukis kau ni anna..
sedappp2...
nampak pun rangupp jerk....

tun_telani berkata...

kak anna cayang ^^ tun baru wat 2 adunan cookies ni mlm tadi.. hihihihi.. byk tol nmpk choc chip akak letak... mesti lg sedap..
haha.. dh ramai nk piap akak tu.. duk diam2 noo.. jgn masak2 dh.

mamaNoriz berkata...

bestnye kak, sedap dan berkhasiat sbb takde telur kan...

Juwita Jamaludin berkata...

sempat dia mengukis ye Anna.. sedap nampak tu tambah tak letak telur tu.. sihat..:) anak2 suka biskut2 gini

Wattie berkata...

Assalamualaikum Anna,
SElamat hari raya, maaf zahir dan batin buat Anna sekeluarga. Lamanya akak tak ke sini, smpai dh bersalin pun Anna, tahniah ya Anna, semuga Allah memberikan kesihatn yg baik buat Anna sekeluarga, cantik2 kukis Anna semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...