Jumaat, 19 Ogos 2011

Alhamdulillah..^_^

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan yang hampir ke penghujungnya..Salam ukhwah juga buat teman-teman alam maya ni, masih ada yang sudi menjengah blog Ana ni yer walaupun takde apa-apa perkongsian cerita sejak beberapa hari lepas.

Alhamdulillah, harini baru berkesempatan & berpeluang untuk menaip, memberi perkhabaran terkini buat yang menanti, walau dah ramai yang tahu, ada jugak yang belum tahu kan..

Ana selamat melahirkan zuriat ke-5 pada 11 Ogos 2011 lepas, harini (19 Ogos 2011) dah masuk hari ke-9 bayi ini menjengah dunia. Alhamdulillah, dalam debar menanti & tak sabar juga menunggu hari, keluar juga si kecil ini..syukur ke hadrat Ilahi kerana segalanya dipermudahkan & penuh keselesaaan ketika melahirkannya.


Inilah rupanya..bakal mujahidah yang akan menyebarkan syiar Islam di muka bumi ini suatu hari nanti..InsyaAllah..


NURSYIFA' ZAHRA nama diberi, semoga dirimu menjadi penawar buat kami di dunia & syafaat buat kami di akhirat kelak. Syifa' dilahirkan jam 1.23pm hari Khamis dgn berat 3.03kg di Hospital Selayang. Lahirnya disambut seorang doktor wanita yang cantik manis tanpa apa-apa komplikasi.


Ucapan terima kasih & syukur juga Ana titipkan buat teman2, adik kakak yang sentiasa mendoakan kesihatan, kesejahteraan & kemudahan buat kami. Malah terharu kerana ada yang sanggup menelefon dari seberang Laut China Selatan setelah mendapat perkhabaran yang bayi ini selamat dilahirkan. Buat suami tercinta..tiada ungkapan yang mampu diucapkan atas pengorbanannya bersengkang mata menjaga & menguruskan anak-anak, & mengambilalih segala tugas2 rumahtangga. Akhir kalam..doaku sebagai ibu..semoga dirimu membesar sebagai anak yang solehah & sentiasa dilindungi & dirahmati Allah Ta'ala hendaknya..Amin.

SEKIAN...

25 ulasan:

tun_telani berkata...

alhamdulillah.. aminn aminn.. semoga menjadi muhahidah solehah dan muslihah insyaAllah...

Sharifah Nadzarah berkata...

assalam..kak
alhamdulillah..
tahniah diatas kelahiran cahayamata baru akak...comel sgt...

patutlah..lama tak bersiaran...
rupa2nya mendapat rezeki baru di bulan yg penuh barakhah ini..
semoga syifa' akan menjadi anak yg solehah..

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

Salam Anna

alhamdulillah.. dah selamat melahirkan... sangat2 comel orang baru... sedap namanya.. selamat berpantang ye... alahaii geram tengok jari jemarinya tu... ni rasa mcm nak beranak kecik lagi ni.. tp umur dah byk ler.. hehehe...

Mas berkata...

tahniah buat anna sekeluarga...
alololoo.....comeiinya syifa....
geram aunty mas tengok.....
selamat berpantang anna.....

quinnie berkata...

salam anna...nak ucap tahniah kat sini pulak..hehhehe...sedap dan manis sekali nama anaknya....moga menjadik anak solehah bila dewasa kelak...:)

izahdaut berkata...

nursyifa'.. semoga bakal menjadi anak yang solehahhh

Kak Rosaliza berkata...

Assalam anna, patut la mlm tadi akk teringat kat anna, tertanya2 dh bersalin ke belum.

Tahniah dari akk atas kelahiran puteri tersayang, comelnya geram tgk.....cpt dia kuar nak raya juga lah tu.

Selamat berpantang ya anna, take care

Cheq Sue berkata...

tahniah ana... cumelnya baby tuu...macam nak peluk cium aje...kirim eh kat mak dia...

Sheila Shafeareen berkata...

Salam Tahniah sekali lg...nama yg sangat cantik...mudahan menjadi anak yg solehah...manakah kakak dan abg2 nya.....

Anna Qawina berkata...

Alhamdulillah..terima kasih ats kunjungan & ucapan ikhlas tu..saya jugak dakan agar teman2 yg masih menanti hari & berhajat tu juga dikurniakan zuriat yg soleh solehah juga..InsyaAllah..:))

Kak Sam berkata...

So cute. Semoga NURSYIFA' ZAHRA akan menjadi anak yang sentiasa membahagiakan kedua ibu bapa.

Anna, sori erk tahun nak tak boleh makan kuih raya puas2.

Nazrah berkata...

Assalamualaikum Ana..selamat ya...
sekurangnya .. baby boleh kumpul duit raya lepas ni..:)

Yatie berkata...

Assalamualaikum Anna,
syukur alhamdulillah dan tahniah buat Anna sekeluarga..comelnya baby tu...namanya pun sedap di dengar..moga menjadi anak yg solehah yg sentiasa mengembirakan dan membanggakan kedua orang tuanya..Aminn.

Juwita Jamaludin berkata...

Tahniah anna.. comelnya bbay selamat berpantang ye.. geram tgk baby baru lahir ni baunya best sangat

♥LOVE2COOK♥ berkata...

Awwww...she's so sweet and adorable. Wish to see her growing in good health and joy. Her name is really sweet too. ;)

Welcome to the world of fantasy dear little princess!

Anna Qawina berkata...

Kak Sam : geram jugak baca ayat last tuh..kekee..
t.kasih kak, I.Allah..:))

kk Yatie, Juwita : t.kasih..

Kak Nazrah : t.q kak..ayat akak tu saya agak suke..hahaa..pandai kan..

Love : tq..tq..Pst : geramnya tgk air kat profile pic.tuh..!!

Suara Kalbu berkata...

Tahniah Anna.

Comelnya baby dia. Meh sini nak sayam pipi ckit

Kak Rose berkata...

Tahniah Anna, rezeki melimpah ruah dibulan mulia ni.... muga Syifa membesar seperti yg diharapkan kedua ibubapa ya...

Naz berkata...

Alalaaaa..tomeinyaaa... Tahniah buat anna sekeluarga.. Yeeeehhh dah dapat anak buah baru..hehehe..

lina_pg berkata...

assalam Anna Tahniah atas kehadiran org baru, semoga kehadiran bby yg cumil ini lebih memeriahkan hidup Anna sekelurga.Alhamdulillah bby dan mama sihat..selamat berpantang ya

ilahjy berkata...

puas rasanya dpt membaca alkisah si comel dan si ibu yg sihat..aminnn hari ni mak long ilah punya birthday esok2 kita sambut sama2 ya nakkkk..

wana yusuf berkata...

Tahniah selamat melahirkan baby girl yg sangat2 comel... baby nampak sihat dan semangat... selamat berpantang...

Anna Qawina berkata...

Suara Kalbu@Ida : t.kasih..mehla datang rumah..

Kak Rose : Alhamdulillah..t.kasih..

Kak Naz : hehe..t.kasih kak..peluk cium tuk akak jugak..hehe

Lina : t.kasih..terima kasih..

Kak Ilah : yer..sama2 potong kek yg akak buat kan..hehe

Kak Wana : t.kasih kak..

nuwairani ismail berkata...

tahniah buat kak ana & keluarga...raya nanti pasti seronok tu sebab ada org baru...

Deliah's Deli berkata...

alhamdulillah...sedapnyer nama. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...