07 November, 2014

IKAN TUMIS ASAM

Assalamualaikum w.b.t

Lewat pulak masuk kat sini, sambil2 tunggu Asar sempatla update 1 n3 kat blog..hehe
lauk 2 hari lepas kot, sehari selepas Kak Ayu siarkan kat blog beliau yang sememangnya mengancam itu..simple dish for my kids & husband..Alhamdulillah berkeriuk2 mangkuk lauk tu anak2 kecil saya sudu..haha..cuma saya tak buat pedas, letak cili hijau besar je 1 biji, sebab nak bagi Azalea makan ikan tu. Terima kasih Kak Ayu & Chef Asma..

  • 1/2 kilo ikan selar(ikan lain pun boleh)
  • 1 labu bawang besar-(Ayu guna 2 biji)
  • 2 biji bawang merah (hiris halus)
  • 2 biji bawang putih (hiris)
  • sedikit halia(hiris )
  • sebatang serai(diketuk)
  • 2 biji lada merah hiris
  • 5-6 biji cili api-(Ayu lebihkan lagi)
  • sedikit daun sop
  • sebiji tomato dipotong baji
  • 4 sudu besar santan pekat-(Ayu tambah)
  • 2 sudu besar sos tiram-(Ayu tambah)
  • garam dan perasa dan jus asam jawa
cara2nya:
  1. bersihkan ikan,basuh lumurkan dengan kunyit dan garam goreng hingga garing.ketepikan
  1. panaskan minyak,tumis semua bahan dihiris,kecuali tomato dan cili api.
  1. kacau hingga naik minyak,masukkan garam air asam, santan, sos tiram dan perasa,biar kuah agak pekat masukkan tomato,daun sop dan cili api.perasakan..matikan api dan masukkan ikan goreng tadi..kacau rata.
  1. bolehlah dihidang.


Selamat Mencuba

06 November, 2014

BINGKA UBI KAYU (tanpa telur)

Sangat suka kuih-kuih bingka..cuma rajin tak berapa nak adaa..kali ni saya dapat beli ubi kayu yang dah siap parut..beli nun dekat2 Taman Datuk Harun, Pj..senang kerja kan..


Resepi saya ambil dari blog Fiza's Cooking, katanya resepi asal dari Saranur & Kak Rohah-Damai Qalbu..tq buat semua yang kongsi resepi ni ya..saya simpan kat sini untuk rujukan akan datang..

BAHAN-BAHAN
  • 5 cawan ubi yang siap diparut
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan gula (Ikut manis pun boleh)
  • Garam secukup rasa
  • pewarna kuning

Cara Membuatnya :

  • Ubi yang diparut ditapis dulu dengan penapis kelapa, biar airnya berwarna kuning turun dalam 10 minit gitu (petua supaya tak pening dan angin).
  • Kemudian sejatkan dan buang air tersebut, tapi sagunya berwarna putih diambil digaul bersama ubi tadi.Campurkan bersama gula, garam, pewarna dan santan pekat.
  • Loyang disapu dengan mentega dan panaskan sebentar, baru masukkan adunan ubi yang telah sebati dan bakar dalam 1 jam setengah, suhu 200'c api atas dan bawah.
  • Biarkan kuih betul-betul sejuk baru di potong dan hidangkan.

05 November, 2014

ROTI (SPONGE DOUGH)

Assalamualaikum..
Bersua lagi..gigih menaip bait2 ayat untuk mengurangkan rasa stress tgk orang lain update blog 2 kali sehari..ahaa...sindrom apakah? Apapun tahniah buat diri sendiri kerana berjaya menyiapkan 1 n3 sehari..okla tu dari langsung tak jenguk blog sendiri..ehhehh..sape-sape mohon terasa!! haha..

Kali ni kita buat roti ye..Sangat suka buat teknik "doh span" resepi Puan Zarina Yaacob(Facebook) ni utk hasilkan roti yang cantik, walaupun agak leceh sbb kena tunggu berjam-jam tapi hasilnya memang menggembirakan..disyorkan Izah Daut tempohari (dah lama sebenoonye..) lalu saya ulang2 buat roti guna teknik ni..jomla cuba..
Doh saya 16g/pcs, Foil tray kod 1220 (3 x 6.5inc -ukuran dasar)

Anak-anak suka roti kosong tabur cheese dan gula, kalau yang pelik2 ada kacang ke kan,adala 2/3 orang yang belek2 buang semua eksesori tu..

Doh span (A)

  • 420gm tpg high protien
  • 250gm air5gm yis
Cara2:
  • Campurkan semua bhn (A), gaul sebati dan uli sikit2 pun ok.
  • Pastu biarkan dlm bekas tertutup 3 -4 jam

Doh (B)


  • 180gm tpg gandum
  • 100gm gula kastor
  • 6gm yis
  • 3sudu besar susu tepung (saya tak letak)
  • Garam (secubit)
  • 40gm mentega
  • 30gm shortening
  • 1biji telur
  • 50gm air

Cara2 :

  • Campur semua bhn kecuali mentega & shortening. 
  • Mix perlahan & masukkan doh (A)..
  • mix & masukkan mentega &  shortening. 
  • Mix smp jd doh yg licin & elastik. 
  • Rehatkan 10min, pastu bentukkan. 
  • Biar kembg 2x ganda pastu bakar...
  • Suhu 170'C 20-25minit. Selamat mencuba.
**Doh roti ni lembik, sediakan minyak utk.memudahkan kerja2 rounding & proofing doh roti anda..

04 November, 2014

BINGKA PANDAN TANPA TELUR

Assalamualaikum..
Mari 'meng'update blog..ehee..
Resepi mudah dan semestinya sedap dari Kak Fida@myresipi

Resepi ni rasanya dah ramai sgt yg dah cuba kan, saya sendiri pon dah ulang-ulang buat..saja hangatkan balik dapur yang jarang2 berasap..

Bahan2 :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air pandan (atau air + pandan pes)
  • 1 tin susu cair
  • 3 sb mentega/majerin - cairkan
  • garam secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau (opt)
  • sedikit bijan - untuk tabur
Cara2 :
  • Campurkan kesemua bahan kecuali bijan dan kacau hingga sebati dan gula larut atau kisar dalam blender dan tapis.
  • Tuang dalam loyang/acuan bersapu mentega/majerin dan tabur bijan.
  • Bakar selama 1 jam atau hingga masak.
  • Sejukkan kuih,potong kecil dan hidangkan.
  • SELAMAT MENCUBA

01 Oktober, 2014

POPIA PISANG BERKEJU

Assalamualaikum...pekaba..? 

Korang dah siap2 kemas baju nak balik kampung Raya Haji dah ke? Awalnyaaa..haha...sadiss sikit kita tak balik mana-mana ni..cuti sekolah anak-anak sekejap je kan..yang paling hiba semua balik, serentak pulak tu diaorang semua pakat..kita je x balik..hohohoooo...macam ada konspirasi lak nak jatuhkan air mata aku..haarhaahaarrrr...


Sambil2 tu jom buat popia gaya barat..dengan pastry bagai cheese lagi kan, sah-sah mak ayah saya kata " gapodio la nih..buleh make ko.." haha..resepi dari kotak Bega Cheese. Saya olah2 sikit ayatnya bagi mudah faham.. Rangup2 lemak sedaapp...Sebelum ni saya dah share kat instagram & facebook, ni share kat blog sebagai tanda saya apdet blog..kehkeh..

Bhn2:
  • 3 bj pisang saiz sederhana(buang kulit & belah 2)
  • 12 keping kulit popia
  • 3 sdb gula
  • 1 cawan keju cheddar parut
  • Gula icing utk hiasan(tak letak pun boleh)

Cara2:

  • Letakkan pisang yg di belah atas kulit popia yg dilapis 2. (maknanya separuh pisang 2 keping kulit popia)
  • Taburkan 1/2 sdb gula.
  • Taburkan 1/2 sdb keju parut.
  • **saya tabur rempah cajun atasnya**
  • Balut pisang dgn kulit popia tadi.
  • Goreng dlm minyak panas hingga kekuningan.
  • Angkat & toskan.
  • Tabur keju parut & gula icing atasnya.
  • Tarraaa....nyum..nyum..
SELAMAT MENCUBA

30 September, 2014

BINGKA DURIAN

Assalamualaikum..selamat pagii..

Jom buat kuih, rajin dak ambe? heh..ni kuih buat minggu lepas ke 2 minggu lepas lupa dah,comot giler bila potong panas-panas. Tu ler..lenkali kalau nak makan petang, pagi-pagi kena siapkan, dah petang sedang elok sejuk.Lenkali la..bila tah tuu gamaknya..


Resepi ni saya ambil kat blog Kak Yatie yang terkenal dengan kuih2 melayu yang sedap-sedap tu..haa meh cek resepi, ada durian yang rijek2 dah takmau makan tu simpan dalam freezer ye, boleh buat kuih ni..DURIAN tau..bukan TEMPOYAK!!

Bahan-Bahan
  • 3biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/4 cawan air 
  • 2 cwn tepung gandum
  • 3/4 cwn gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 1/2 cawan isi durian
  • pewarna kuning
    sedikit bijan
Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang 9x9 inci dengan mentega. Ketepikan...
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali isi durian dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Masukkan isi durian dlm adunan dan gaul rata. Blend semuanya. Tuangkan dlm bekas dan gaul sebati.
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran. Saya tambah 10 minit lagi guna api atas sahaja supaya permukaannya garing.
  5. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah di potong dan dihidangkan.
**Sebelum tuang adunan dlm loyang/acuan, pastikan acuan/loyang di lenser dngn butter dan panaskan  terlebih dahulu dlm 3 minit. Kemudian tuang adunan, taburkan bijan dan bakar sehingga masak.
    Yatie guna acuan bahulu pecah 8 utk adunan di atas dan dapat dlm 4 keping kuih. 
SELAMAT MENCUBA...

29 September, 2014

MOIST CHOCOLATE MUFFIN

Assalamualaikum..bertemu kembali. Korang sihat? Tak sihat makan ubat & rehat2 ya..jangan main2 kat luar tu..ahahaa..macam nasihat kat bebudak jek..dah penat nasihat a.k.a membebel diaorng buat deerrkk ajer..sudahnya kita yang kurang sihat memikirnyer...haish..


Saya dapat tempahan muffin untuk 'desertable' seseorang, jadi agak jemu buat muffin yang selalu buat sebab teksturnya agak kering & kasar, jadi saya merujuk kepada pakar muffin yang juga pakar apam sekarang ni....eheee..makaa..tarraaa..moist rasanya, feedback kastemer pun amat menggembirakan saya..jadi kongsi kat sini untuk rujukan..makasih buk IJAH yaa...Resepi asal dari Mak Lang & Kak Ummi. t.kasih buat keduanya..dan ketiganya buk Ijah itu..

Bahan-bahannya:

A
  • 2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
  • 1 1/4 cawan serbuk koko *izah letak 1 cawan
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 3 sudu teh nescafe
  • sedikit garam

B
  • 2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair (atau susu segar)
  • 3 biji telur
  • 1-2 sb oren sunquick * izah tambah

C
  •  3/4 cawan air panas
Cara-cara :
  • Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. 
  • Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. 
  • Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. 
  • Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. 
  • Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit. 
 
Selamat mencuba

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...