Khamis, 6 November 2014

BINGKA UBI KAYU (tanpa telur)

Sangat suka kuih-kuih bingka..cuma rajin tak berapa nak adaa..kali ni saya dapat beli ubi kayu yang dah siap parut..beli nun dekat2 Taman Datuk Harun, Pj..senang kerja kan..


Resepi saya ambil dari blog Fiza's Cooking, katanya resepi asal dari Saranur & Kak Rohah-Damai Qalbu..tq buat semua yang kongsi resepi ni ya..saya simpan kat sini untuk rujukan akan datang..

BAHAN-BAHAN
  • 5 cawan ubi yang siap diparut
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan gula (Ikut manis pun boleh)
  • Garam secukup rasa
  • pewarna kuning

Cara Membuatnya :

  • Ubi yang diparut ditapis dulu dengan penapis kelapa, biar airnya berwarna kuning turun dalam 10 minit gitu (petua supaya tak pening dan angin).
  • Kemudian sejatkan dan buang air tersebut, tapi sagunya berwarna putih diambil digaul bersama ubi tadi.Campurkan bersama gula, garam, pewarna dan santan pekat.
  • Loyang disapu dengan mentega dan panaskan sebentar, baru masukkan adunan ubi yang telah sebati dan bakar dalam 1 jam setengah, suhu 200'c api atas dan bawah.
  • Biarkan kuih betul-betul sejuk baru di potong dan hidangkan.

3 ulasan:

CT Delima berkata...

Assalamualaikum anna... k.ct memang oeminat bingka ubi ni. Tak kisahlah kukus atau bakar sedapnyaaa..
kalau bakar guna acuan kecik2 lagi jimat tak yah nak potong2..ni kes malas anna ..hahaha.

Anna Qawina berkata...

Walkmslm Kak Ct : samala kak..saya minat sgt mkn kuih muih lama ni cuma malas nak buatnya..hehe

Tanpa Nama berkata...

hello kak,

tumpang tanya, ubi kayu parut ni dibeli kedai mana dlm Taman Dato Harun?

Tqs byk2.

Lin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...