Selasa, 4 November 2014

BINGKA PANDAN TANPA TELUR

Assalamualaikum..
Mari 'meng'update blog..ehee..
Resepi mudah dan semestinya sedap dari Kak Fida@myresipi

Resepi ni rasanya dah ramai sgt yg dah cuba kan, saya sendiri pon dah ulang-ulang buat..saja hangatkan balik dapur yang jarang2 berasap..

Bahan2 :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air pandan (atau air + pandan pes)
  • 1 tin susu cair
  • 3 sb mentega/majerin - cairkan
  • garam secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau (opt)
  • sedikit bijan - untuk tabur
Cara2 :
  • Campurkan kesemua bahan kecuali bijan dan kacau hingga sebati dan gula larut atau kisar dalam blender dan tapis.
  • Tuang dalam loyang/acuan bersapu mentega/majerin dan tabur bijan.
  • Bakar selama 1 jam atau hingga masak.
  • Sejukkan kuih,potong kecil dan hidangkan.
  • SELAMAT MENCUBA

3 ulasan:

Ayu berkata...

assalam anna,
akak belum cuba lagi bingka pandan yg tanpa telur yg ni..tapi bingka ubi tanpa telur dah cuba... next time bolehlah cuba yg ni pula kan..stemit sikit telurkan anna..hehe ..;)

Anna Qawina berkata...

Walkmslm Kak Ayu..
hehe..saya pon ada n3 bingka ubi tanpa telur gak..haha..jimat telo mahal..

Amie berkata...

terinta kat mak... dulu2 kalo buat bingka ubi & sebagainya memang tak bertelur he hehehehe.... sebab telur ayam kg je yang ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...