Rabu, 1 Oktober 2014

POPIA PISANG BERKEJU

Assalamualaikum...pekaba..? 

Korang dah siap2 kemas baju nak balik kampung Raya Haji dah ke? Awalnyaaa..haha...sadiss sikit kita tak balik mana-mana ni..cuti sekolah anak-anak sekejap je kan..yang paling hiba semua balik, serentak pulak tu diaorang semua pakat..kita je x balik..hohohoooo...macam ada konspirasi lak nak jatuhkan air mata aku..haarhaahaarrrr...


Sambil2 tu jom buat popia gaya barat..dengan pastry bagai cheese lagi kan, sah-sah mak ayah saya kata " gapodio la nih..buleh make ko.." haha..resepi dari kotak Bega Cheese. Saya olah2 sikit ayatnya bagi mudah faham.. Rangup2 lemak sedaapp...Sebelum ni saya dah share kat instagram & facebook, ni share kat blog sebagai tanda saya apdet blog..kehkeh..

Bhn2:
  • 3 bj pisang saiz sederhana(buang kulit & belah 2)
  • 12 keping kulit popia
  • 3 sdb gula
  • 1 cawan keju cheddar parut
  • Gula icing utk hiasan(tak letak pun boleh)

Cara2:

  • Letakkan pisang yg di belah atas kulit popia yg dilapis 2. (maknanya separuh pisang 2 keping kulit popia)
  • Taburkan 1/2 sdb gula.
  • Taburkan 1/2 sdb keju parut.
  • **saya tabur rempah cajun atasnya**
  • Balut pisang dgn kulit popia tadi.
  • Goreng dlm minyak panas hingga kekuningan.
  • Angkat & toskan.
  • Tabur keju parut & gula icing atasnya.
  • Tarraaa....nyum..nyum..
SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...