30 September, 2014

BINGKA DURIAN

Assalamualaikum..selamat pagii..

Jom buat kuih, rajin dak ambe? heh..ni kuih buat minggu lepas ke 2 minggu lepas lupa dah,comot giler bila potong panas-panas. Tu ler..lenkali kalau nak makan petang, pagi-pagi kena siapkan, dah petang sedang elok sejuk.Lenkali la..bila tah tuu gamaknya..


Resepi ni saya ambil kat blog Kak Yatie yang terkenal dengan kuih2 melayu yang sedap-sedap tu..haa meh cek resepi, ada durian yang rijek2 dah takmau makan tu simpan dalam freezer ye, boleh buat kuih ni..DURIAN tau..bukan TEMPOYAK!!

Bahan-Bahan
  • 3biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/4 cawan air 
  • 2 cwn tepung gandum
  • 3/4 cwn gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 1/2 cawan isi durian
  • pewarna kuning
    sedikit bijan
Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang 9x9 inci dengan mentega. Ketepikan...
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali isi durian dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Masukkan isi durian dlm adunan dan gaul rata. Blend semuanya. Tuangkan dlm bekas dan gaul sebati.
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran. Saya tambah 10 minit lagi guna api atas sahaja supaya permukaannya garing.
  5. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah di potong dan dihidangkan.
**Sebelum tuang adunan dlm loyang/acuan, pastikan acuan/loyang di lenser dngn butter dan panaskan  terlebih dahulu dlm 3 minit. Kemudian tuang adunan, taburkan bijan dan bakar sehingga masak.
    Yatie guna acuan bahulu pecah 8 utk adunan di atas dan dapat dlm 4 keping kuih. 
SELAMAT MENCUBA...

Tiada ulasan:

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...