Isnin, 29 September 2014

MOIST CHOCOLATE MUFFIN

Assalamualaikum..bertemu kembali. Korang sihat? Tak sihat makan ubat & rehat2 ya..jangan main2 kat luar tu..ahahaa..macam nasihat kat bebudak jek..dah penat nasihat a.k.a membebel diaorng buat deerrkk ajer..sudahnya kita yang kurang sihat memikirnyer...haish..


Saya dapat tempahan muffin untuk 'desertable' seseorang, jadi agak jemu buat muffin yang selalu buat sebab teksturnya agak kering & kasar, jadi saya merujuk kepada pakar muffin yang juga pakar apam sekarang ni....eheee..makaa..tarraaa..moist rasanya, feedback kastemer pun amat menggembirakan saya..jadi kongsi kat sini untuk rujukan..makasih buk IJAH yaa...Resepi asal dari Mak Lang & Kak Ummi. t.kasih buat keduanya..dan ketiganya buk Ijah itu..

Bahan-bahannya:

A
  • 2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
  • 1 1/4 cawan serbuk koko *izah letak 1 cawan
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 3 sudu teh nescafe
  • sedikit garam

B
  • 2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair (atau susu segar)
  • 3 biji telur
  • 1-2 sb oren sunquick * izah tambah

C
  •  3/4 cawan air panas
Cara-cara :
  • Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. 
  • Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. 
  • Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. 
  • Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. 
  • Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit. 
 
Selamat mencuba

2 ulasan:

Rizziela berkata...

sedapnya..nak buat gak lah nanti

Nina Mirza berkata...

Anak2 nina pun suka muffin chocolate! nak nak time baru keluar oven. laju-laju dah cilok bawak lari>>>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...