27 April, 2011

SUP AYAM SPECIAL

Apa menu harini kawan-kawanku? Harini Ana tak payah masak, dah bagitau Cik Abe tadi, petang nanti belila lauk ke, apa-apa ke macam mee sup ke kan..alasan tak mau masak harini ialah..*Dan alasan ini telah diterima*

* Asyik makan nasik je, boringle...kalau dapat mee sup ke tomyam ke ok gak..

* Nak lipat kain baju..hahaha..*meh gelak*..agak-agak banyak mana kain baju tak berlipat tu sampaikan kena tangguh adegan masak-memasak ek?..adeeiii..

* Alasan biasa = tak larat le harini..nak rehat sikit..

Jadi..bila si dia angguk & tanya nak makan apa..hati riang gumbira..kihkih..*korang jeles eh?* tapi untuk tengahari ni kenala masak untuk budak-budak ni, bekal diaorang pun dah siap tu..Alhamdulillah..

Semalam tercari2 menu untuk makan malam, yang ada dalam peti ais cuma ayam..sehari sebelum tu dah buat ayam goreng pedas, kesian lak anak kecik ni nak makan, asyik pedas je..Umminya malas nak masak lauk asing-asing..hehe..*apola ek..Nampak Kak Ayu tayang, dari ungkapannya tu, terbayang-bayang lak kita ni hirup sup..huhu..kiranya anak-anak pun boleh makan kan..cuma Ana ada tambah sikit bahan rempah tu..sedapnya hirup kuah sup..tambah lak masa nak makan tu Ana letak cili api..sluurrppp...nasi kurang nak makan..hehe..



Ana mintak izin copy sini eh kak..terima kasih.. 
Recipe :Tulips@myresipi
Copy : Kak Ayu

Ingredients:-
  • 1 ekor ayam potong 16
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga 
  • 1 sdk lada hitam - ditumbuk *Ana tambah
  • 1 sdk lada putih - ditumbuk *Ana tambah
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam-(Ayu gunakan 1 cube ayam) *Ana guna serbuk pati ayam..
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Method:-

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.*Masukkan juga lada hitam & putih yang ditumbuk tadi.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lag. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

YOGURT MUFFIN COKLAT CHIP

Assalamualaikum & selamat pagi..
Bersua kembali..Alhamdulillah masih diberi rahmat oleh Allah untuk  bernafas di muka bumi nan indah ini..Syukur kepada-Mu Ya Allah..semoga hari ini & hari-hari mendatang terus dirahmati. Tanpa Rahmat-Nya siapalah kita..

Pagi ni Ana tak masak apa-apa pun untuk sarapan & bekal Adam & Akmal ke sekolah Kafa..badan tak larat sangat pagi tadi..cuma bancuh air susu & sapu choc.filling yang dah sedia tu kat atas biskut..kat sekolah nanti suruh diaorang beli kuih je, sekali sekala dapat duit untuk beli kuih kat sekolah, tersenyum leber le, siap rancang lagi nak beli apa..hihi..


Pagi semalam Ana buatkan muffin untuk bekal diaorang ke sekolah rendah, agak lama juga tak buat muffin, lembut muffin ni, sebab yogurt tu agaknya, cuma dapat sikit je, tu pun Ana dah letak adunan 1/2 cup muffin, naiknya tak menggunung sangatle..kalau letak 3/4 rasanya elok kejadiannya..maklumle, ini pun tak cukup..hehe..masa ambik gambar pun dah tinggal 3 ketul ni le, sambil snap gambar, dah ada dak kecik dok dongak nak ambik..hehe..
 

YOGURT MUFFIN COKLAT CHIP
sumber: izahdaut

bahan:
  • 1 cawan tepung 
  • 1/3 cawan gula
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 3/4 sk baking powder
  • 1/4 sk garam
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan yogurt natural low fat *boleh guna jenis apapun
  • 1/3 cawan susu segar..Ana guna susu cair & tambah air sikit
  • 1/2 sk vanilla essence
  • 2 sb butter cair
  • *1/2 cawan coklat chip

caranya:
  • Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Satukan gula.Ketepikan.
  • Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati. Kemudian masukkan susu dan vanilla. Masukkan juga butter cair tadi. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
  • Gaul sekadar tepung bersatu(jgn terlebih gaul)dan sendukkan terus ke dalam muffin tin/mangkuk muffin.
  • Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.

26 April, 2011

PARI BAKAR BEREMPAH HARUM


Hari Ahad lepas takde nak pergi mana-mana, tambah pulak, anak-anak ada kelas fardhu ain, dok rumah jela..hari minggu dirumah, kenala masak spesel sikit..huhu..takdenya nak spesel mana pun, teringin nak makan ikan bakar je..suruh Cik Abe belikan bahan untuk buat menu simple ni..masa tumis bahan rempah tu kan, terasa macam nak makan nasi terus..hehe..punyala kuat penangan baunya..masa nak makan tu Ana perah asam limau, macam yang kak Nor cadangkan..rasanya hari apa ek Kak Yatie pun dah buat..terima kasih penyumbang resepi iaitu Kak Dayang & Kak Nor yang suka sangat menyebabkan air liur ini meleleh..

Hari yang sama jugak, Cik Abe belikan tempe, berbungkus dalam daun pisang..hehe..apa nak tunggu lagi, Ana ambil je daun pisang tu & basuh, buat bungkus ikan, sedang-sedang elok lak..baunya makin le semerbak..sesuai dengan namanya "harum" tu kan..



Sumber :DayangJack

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan pari/siakap (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air

Cara-cara :

  • Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
  • Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  • Kemudian bakar ikan sehingga masak.

KETAYAP BEWARNA BERINTI COKLAT


Ini menu minum petang sekali dengan bekal anak-anak ke sekolah rendah semalam..nak buat ikut resepi Dadar Coklat tu rasanya kena guna banyak telur..kalau buat ketayap ni telur 1 biji je..hihi..dapat banyak gak tuh, cuma Ana tak letak warna hijau, letak esen vanila & pewarna je..kaedah pun lebih kurang sama dengan Dadar Coklat tuh..

Meh layan..hehe..RESEPI KUIH KETAYAP ASAL


Kuih Ketayap
Copy : Mas
Sumber : Kak AnIzahKak Hana

Bahan :
  • *1 biji telur
  • *2 cawan tepung gandum
  • *1/2 sudu teh garam
  • *2 cawan air
  • *sedikit esen vanila
  • *sedikit pewarna..
  • minyak untuk mendadar
  • Inti coklat

 
Cara :
  1. Blend semua bahan yg bertanda *. Asingkan untuk letak pewarna kesukaan
  2. Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
  3. Angkat. Masukkan inti coklat dan gulung.
  4. Siap dihidang.

KUIH DADAR COKLAT

Assalamualaikum..
Layan menu sarapan & bekal anak-anak pagi semalam..tak sempat nak letak semalam..hehe..weh..sedap le..lembut je, tapi Ana buat 1 adunan, masih tak mencukupi..huhu..sedang2 sekali makan je yelah, dah anakanda berdua tu bawak ke sekolah agama pagi tu..kira sedap & puas hati bila anak-anak suka & bapaknya pun kata sedap..Intinya Ana tak buat ikut cara Kak Wan tu, cuma sapu choc.filling yang masih berbaki, tapi suami suka makan dengan jem..sedap jugak..
 
 
Resepi di salin dari dapo IZAH, MAS pun dah buat..Terima kasih buat Kak Wan..tokey segala biskut, kuih & kek..

 
KUIH DADAR COKLAT
Sumber : Citarasawan
 
Bahan Inti Coklat
  • 100 ml susu cair
  • 25 gram gula pasir
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 100 gram coklat masakan (potong kasar)
  • 1 biji kuning telur
  • 1/8 sdt garam

Bahan Dadar
  • 200 gram tepung gandum
  • 2 biji telur dipukul sedikit
  • 1/2 sdt garam
  • 2 sdm majerin dicairkan
  • 400 ml susu segar/santan cair
  • sedikit coklat emulco
  • majerin untuk meleser *saya tak guna.


Cara-cara :

Inti: Didihkan susu cair secara double boil hingga berbuih ditepinya. Larutkan serbuk koko dan gula dengan sedikit air panas, tuangkan ke dalam susu cair tadi kacau rata. Masukkan coklat masakan, kacau perlahan sambil dimasukkan kuning telur dan tepung jagung untuk memekatkan inti, Angkat biarkan sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk untuk memekatkanya.
 
Dadar
  • Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis. 
  • Asingkan 100 ml adunan, masukkan coklat emulco, gaul rata dan ketepikan. 
  • Adunan yang selebihnya dibiarkan dengan warna asal. 
  • Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil piping bag gunting sedikit saja muncungnya, masukkan adunan coklat dan picit bentuk zig-zaz ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. 
  • Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan warna asal diatas jalur coklat tadi (jgn diantaranya kerana jalur coklat akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis. 
  • Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu kecil inti ditengahnya. Gulung secara melintang jaluran tadi. 
  • Pastikan dadar suam sedikit sewaktu memasukkan inti coklat gulung dengan cepat supaya inti tidak cair. 
  • Jika tidak mahir dengan piping bag gunakan sudu kecil untuk membuat jalur. *Boleh je masukkan dalam botol sos tu, paipkan je..

25 April, 2011

TUMIS SARDIN GORENG BERKENTANG..anak-anak sukerrr!!

Anak-anak saya suka menu ni, anak anda bagaimana? Anda pula bagaimana? Suka makan atau suka buat sebab senang kan? Hihi..ni menu kelmarin , suka-suka nak letak sini..kot-kot ada yang nak tahu macamana nak masak sardin segera yang simple kan..maklumle, nak bagi anak-anak makan, kenala masak betul-betul & tambahan sesuatu yang berkhasiat tu..lain le kalau bujang-buang dulu, tebuk tin sardin ceduk masuk pinggan..selalunya Ana dulu kerap mendaki gunung, time tu Tingkatan 6, maka kerap gakle makan sardin kat atas gunung, tebuk dari tin je..kadang2 je panaskan atas unggun api..hehe..yelah dalam hutan, mana nak cari sos tiram & tomato penambah perasa..


Kalau buat masak macam ni, anak-anak akan makan nasi menambah-nambah..suka sangatle selain dari sambal tumis ikan bilis..tapi jangan le selalu sangat..seminggu sekali ok la kot..sebulan baru 4 kali kan..kihkih..ada sedikit beza kot cara masaknya..sebab Ana goreng dulu ikan sardin tu, nanti isinya akan jadi lebih sedap berbanding tak digoreng..itu saranan dari kakak Ana..

TUMIS SARDIN  GORENG BERKENTANG
Sumber : Annaqawina

Bahan-bahan :
  • 1 tin sardin..asingkan kuah dengan ikan sbb ikan tu akan digoreng sebentar *Ana guna cap AgroMas
  • 1 labu bawang besar - potong bulat
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk halus
  • 1 inc.halia - tumbuk halus
  • 2 biji kentang saiz sederhana - kupas & potong 6
  • 1 biji tomato - potong 6
  • 1 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • garam & gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  • Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng ikan..
  • Ambil ikan yang diasingkan dari kuahnya tadi, goreng di dalam minyak panas hingga sedikit garing..*hati2 akan percikannya ya..toskan minyak & ketepikan
  • Keluarkan minyak menggoreng tadi, tinggalkan hanya sedikit untuk menumis.
  • Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau & sedikit garing.
  • Masukkan cili giling, kacau sampai cili masak & bertukar warna gelap.
  • Masukkan semua sos bersama kuah sardin yng disimpan tadi. Kacau rata. Biarkan mendidih.
  • Masukkan kentang & air secukupnya, gaul rata & biar hingga kentang empuk.
  • Tambahkan air jika perlu berkuah, masukkan ikan, tomato & bawang besar bersama.
  • Tambahkan garam & gula secukup rasa.
  • Angkat & hidangkan.
SONANG YANG AMAT KAN? ala..korang dah biasa buat tuww...hihi..

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Assalamualaikum w.b.t

Bersua lagi..hehe..setelah mengambil masa yang agak panjang untuk meng'update' blog..hihi...bila dah mula lemau nak update..makin lama makin panjang masa yang diperlukan..jadi taknak buang masa, sebab kek pun dah habis, jap lagi nak ambil Damia yang balik dari tadika..kek yang dah femes seantereo dunia masakan agaknya..ada yang dah 5 6 kali ulang buat..hambooiii...sape tu ek..

Makan kek camni kena pejam bijik mata..telan perlahan-lahan..agar dapat rasai nikmatnya..heheh..memang moist ler..dan diakui oleh ramai yang mencubanya..tak silap semalam CMG yang glamer tu pun dah tayang..tapi kejadian saiznya tu agak tidak sesuai bagi yang berkeluarga besar..kena buat double / triple adunan baru cukup..Ana buat 1 adunan je..ngam2 skali hadap..maklum besar kan keluarga nih..hehe


Terima kasih buat penyumbang resepi & yang mewar2kan..iaitu Kak Nor..

Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack

bahan-bahan : loyang 6-7 inci


  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
**Topping tu Ana guna lebihan topping dari Kek Coklat Lembut Chef Zubaidah..*

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...