27 Januari, 2016

Danish Butter Cookies- Falcon Pasta Maker

Berpeluang menziarahi anakanda sulung kami kat asrama, setelah hampir sebulan tanpa khabar berita, ikutkan kami kena pantang jumpa sehingga 40 hari permulaan, tapi dia yang telefon minta datang, apalagi..heehee.. Sempatkan jugak buat 2 jenis biskut untuk kudapan dia kat asrama. 

Biskut ni kalau anda tidak punya mesin pasta, boleh gunakan nozel & piping bag sahaja, masukkan doh biskut dalam piping bag & paipkan atas loyang. Boleh juga cuma bulat2kan & tekan bg nipis & susun atas loyang, hias dan bakar..terpulang nak guna kaedah yang mana, sebab doh biskut ni lembik tak boleh bentukkan guna pencetak biskut.

DANISH BUTTER COOKIES
Resepi : page Falcon FB
Olahan : AnnaQawina
  • 320g tpg gandum
  • 200g butter
  • 100g gula icing 
  • 1 bj telur gred B
  • 1sdb esen vanila
 Cara2:
  • Satukan gandum/butter/gula icing dlm mangkuk pasta.
  • Tekan fungsi mix -on. Biarkan bergaul sebati.
  • Masukkan sedikit2 bhn cecair (telur +esen)
  • Mix sekejap je. Off.
  • Tekan fungsi extruded - on.
  • Biarkan doh keluar & potong ikut kesesuaian yg kita nak.
  • Bentukkan ikut suka. Hiaskan.
  • Bakar suhu 150'c 15mnt. api atas bawah.
  • Selamat mencuba..

26 Januari, 2016

ROTI GEBU & MUDAH

Assalamualaikum..
Alhamdulillah ..masih diberi kesempatan melihat alam yang terbentang luas..musim panas terik akhir-akhir ni kan, jaga kesihatan masing2 tau..saya sendiri 'on off' sihat tak sihat ni, InsyaAllah harap2 terus sihat sampai akhir hayat, dapat terus berbakti pada keluarga, anak2, suami & masyarakat secara tidak langsung, yang paling utama dapat terus sujud sebagai hamba-Nya..sama-sama kita mohon diberkati usia, rezeki, kesihatan & keamanan yang ada..Alhamdulillah..

wahh skema ayat pagi ni..huehuehuee...jom meroti, bekal anak-anak ke sekolah serta kudapan mesra alam buat anakanda sulung kami di asrama baru-baru ni.. Resepi yang diintai dari instagram Ika Jepun(moga Ika sekeluarga sihat & dilindungi Allah Taala, cuaca kat Jepun sekarang sejuk sgt katanya, -10 dah tengok update Ika semalam) brrrrr sejukkknyaa..

Roti sarang lebah : doh 20gram tiap 1/loyang saiz 8inc

Mini pizza : doh 50g tiap 1 cup, dah separuh kembang, letakkan bahan2 pizza ( saya cuma campurkan sos tomato & sos cili, paipkan mayonis, tabur hirisan sosej lembu, fillet ketam, tabur keju cheddar, serbuk oregano & cajun)

Rsp asal : Cookpad
Olahan : Siti Khadijah Ab Rahman
  • 150ml bahan cecair (50ml susu segar + 100ml air suam) (saya guna 2 sdb susu tepung + air cukupkan 150ml)
  • 200g tepung roti
  • 50g tpg.kek/tpg. gandum (saya guna gandum)
  • 4g garam halus (1/2sdt membumbung)
  • 35g gula castor
  • 30g butter tanpa garam (saya guna planta)
  • 2sdk yis kering
  • 1 bj kuning telur
  • Gliss/sapuan atas roti : susu segar/madu/telur kuning + susu
Cara2:
  • MIXER : Bancuh semua bahan sampai elastik.
  • Saya guna mixer putar 20 minit.
  • BREADMAKER : Satukan bahan2 basah kemudian masukkan bahan2 kering dalam BM, uli sampai siap. boleh guna fungsi no.7 @ no.8 (ulang 2-3 kali uli)
  • timbang doh ikut suka. Rounding terus pastu susun dlm loyang @ bentukkan ikut suka.
  • Doh mini pizza 50g
  • Roti sarang lebah saya buat 20g tiap 1 doh
  • Biarkan doh mengembang 2 kali ganda.
  • Gliss permukaan roti sebelum bakar, tabur bijan utk burger bun.
  • Bakar suhu 170'C 25mnt @ hingga masak ikut suhu oven masing2.
  • Seeloknya bakar api bawah dulu 10 minit awal, kemudian teruskan api atas bawah sampai masak.
  • Selamat mencuba.

09 Januari, 2016

Ayam Sambal Bali

Selamat berhujung minggu..

Resepi masakan Ayam Masak Sambal Bali yang tengah viral kat Facebook ni, kat blog pun dah ramai yang update resepi ni. kita pun cuba jugak, Alhamdulillah sedap, suka tengok warna sambal ayam ni, menyelerakan betul makan dengan nasi panas-panas. Jom cuba..

Sumber resepi : Aisha Shukor

Resepi ni disediakan bagi sukatan utk seekor ayam..

  • Cili kering segenggam *
  • 6 biji bawang merah besar *
  • 1 labu bawang putih *
  • sedikit halia (sebesar hujung jari kelingking) *
  • belacan - setengah ibu jari *
  • 8 batang serai - dititik
  • 8 tangkai daun kari - cuci & toskan
  • kicap tamin - saya guna kicap Faiza
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil garam

Cara-Cara:
  • Blend bahan bertanda (*) 
  • ayam yg dah dibersihkan & selawat,tos..gaul garam kunyit sedikit sahaja (cukup satu camca kecil garam n kunyit..) 
  • Panaskan minyak masak satu cawan..minyak mmg lebih sikit..nanti nk guna utk tumis..
  • Goreng ayam tak perlu garing..nk juicy2..angkat & toskan minyak 
  • Minyak ayam td tu,gorengkan serai,sampai separa coklat
  • Masukkan daun kari sampai garing (bkn hangus)..guna api sederhana ya
  • kemudian masuk semua bahan yg dah dikisar tadi..tumis sampai naik bau & garing 
  • Masukkan gula,garam & renjiskan kicap dlm 5kali renjis..jgn byk sgt dulu..biar warna merah maroon..
  •  Masukkan ayam & masak lagi 10minit (boleh tambah kicap lagi untuk lebih berkuah)
  • Siap..jgn makan terus lps masak..biar la dulu dlm stgh jam..mkn esok lg sedap katanya..Selamat Mencuba

06 Januari, 2016

Pancake Gebu & Sedap

Assalamualaikum w.b.t
Harini update bekal sekolah KAFA petang ni, pagi tadi bawa mee goreng dengan air kosong je, petang bawa pancake + choc.hazelnut Gardenia tu dengan air sirap. Sirap tu buat awal pagi simpan peti ais, nanti anak-anak tak adalah terliur sangat tengok air merah kuning yang dijual kat kantin kan..


Mudah je resepi ni, selalu buat zaman rajin berblog dulu2..hehe. Saya bancuh 2 adunan sekaligus tapi baking powder tu letak 1 sudu besar je, lain2 bahan gandakan. Cara saya juga nak cepat, terus campur semua bahan, kacau2 & tapis. Tak sempat perap, siap tu saya tapis & terus panaskan pan, guna 2 pan cepat siap kerja ok..

PANCAKE GEBU & SEDAP

*Buttermilk 
1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka makan/ perahan lemon
Biarkan selama 5 minit barulah digunakan.

Bahan 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 cawan susu segar @ buttermilk
  • 1 telur ayam
  • 1 sudu tea esen vanilla kalau suka
  • 2 sudu besar butter yang dicairkan @ minyak masak
  • sedikit garam

Caranya
  • Telur ayam dipukul sedikit dan dicampurkan dengan esen vanila.
  • Masukkan garam, gula pasir dan butter yang dicairkan tadi kedalam telur dan gaul dengan sebati.
  • Kemudian masukkan susu segar.
  • Tepung gandum hendaklah dicampurkan dahulu dengan baiking powder dan digaul sebati
  • Akhir sekali masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan dan di pukul sehingga tidak ada tepung yang berketul.
  • sekiranya ada tepung yang berketul hendaklah ditapis dahulu dan  mendapatkan hasil yang memuaskan
  • Rehatkan adunan tadi lebih kurang 15 minit hingga 30 minit. *tak perap pun
  • ini adalah supaya mendapat hasil Pancake yang lembut dan gebu.

05 Januari, 2016

Sambal Nasi Lemak Bunga April

Assalamualaikum...hari ke-2 sekolah 2016..

Kepada mak-mak bapak-bapak yang super duper sibuk sejak sesi sekolah 2016 ni harap2 bertabahlah ya..macam kalut sikit awal-awal ni, nanti dah masuk bulan ke 2 oklah tu.. Jangan lupa sediakan bekal2 anak terutama sekolah rendah tu, makanan kat kantin sekolah tahun ni nampaknya semakin mahal.
Bayangkan seketul sosej digulung dalam sekeping roti putih berharga RM1 seketul..kalau 1 ketul mana la cukup kan, jadi lebih baik buat sendiri hodoh-hodoh simple2 pun jadila..kesian budak2 nak makan tak kenyang. Air 1 cup RM1 jugak, dulu 60sen 1 cup, baik bawak air kosong jee..hehe


Harini kita bagi resepi sambal nasi lemak yang sedap ni, resepi turun temurun opahnya Bunga April. Boleh buat banyak2, jangan letak garam dulu, asingkan ikut portion sehari makan, simpan dalam peti sejuk beku, nak bekalkan nasi lemak cuma keluarkan sambal & panaskan semula tambah garam, masak nasi & rebus telur siap...jimat masa..,

RESEPI SAMBAL NASI LEMAK
(BUNGA APRIL
**Resepi asal saya separuhkan, resepi asal saya taip kat tepi (...)
  • 2 bj bawang besar* (5bj)
  • Setengah labu bawang putih* (segenggam)
  • Belacan sebesar ibu jari* (2 ibu jari)
  • 1 helai daun pandan (simpulkan) (2 helai)
    (bahan bertanda * dikisar)
  • Ikan bilis ikut suka banyak mana nak
  • 1 senduk cili kering kisar (2 senduk)
  • 1 sudu besar gula
  • Garam & perasa ikut suka
  • 1 keping asam keping/gelugor (2 keping)
  • Air ikut banyak mana suka
  • Serbuk kunyit (hujung sudu je)
  • 1 biji bawang besar hiris kasar
 Cara-Cara :  
  • Tumis bawang besar, putih & belacan yg dikisar. masukkn sehelai daun pandan simpul.
  • Tumis api sederhana sampai pecah minya & naik bau, masukkan cili kering yg dah dikisar
  • Masukkan asam keping, biar warna sambal agak gelap sedikit, sentiasa guna api sederhana untuk menumis.
  • Lepas tu msuk ikan bilis mentah, ikut suka nk bnyk mna.
  • Tunggu sampai pecah minyak & warna merah gelap berkilat(pecah minyak), lagi lama lagi sedap tapi sentiasa kacau kalau tak hangit tak sedap.
  • Masukkan air, ikut suka nak banyak mana, lebihkan bagi banjir sikit pun takpe, nnt sambal tu memekat, tambah gula, garam & perasa jika suka
  • Tunggu pecah minyak lagi & guna api perlahan saja
  • Masukkn bawang hiris, jangan hiris halus sgt, 
  • Akhir sekali, masukkan serbuk kunyit, yg ni tak letak pun takpe tapi kalau letak kunyit warna sambal lebih cantik
SELAMAT MENCUBA

01 Januari, 2016

Kari Ayam Tradisional India

Assalamualaikum w.b.t
Salam pembuka 2016, semoga hari2 yg dilalui memberi manfaat buat kita semua. Dipermudahkan segala urusan, bercambah kasih dan sayang, erat silaturrahim sesama Islam..

Hari in saya kongsikan resepi kari ayam tanpa santan, resepi tradisional india katanya, terima kasih buat Cik/Puan Ratna Devi Rajamanickam atas perkongsian resepi ibunya.  Sedap tau, cuba ya

Sumber fb : Aleen Airiesh

Bhn2 :
*bwg besar, kentang, tomato, cili & cili padi.(hiris halus),
*bwg putih & halia blend jdkan paste.
*serbuk kunyit

* rempah kari ayam.
 

Bhn tumis : kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga & daun kari.

Cara-cara :
*Tumis rempah 4 sekawan td dgn minyak, masukkan bawng & daun kari. kemudian masukkan cili padi
*Masukkan ayam, serbuk kunyit & paste bwg putih & halia.
*Gaul ayam biar masak separuh (jgn tambah air dulu)
*Kemudian masukkan rempah kari ayam. Gaul sekata.
*Masukkan air sedikit saja & biar rempah masak dan pecah minyak. Ini nak bagi ayam meresap dengan rempah2 tadi.
*Barulah masukkan air secukupnya & tambah tomato , kentang , garam.
Siap! Selamat mencuba.



BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...