Isnin, 13 Jun 2011

Soft Crust Pizza

Assalamualaikum.

Begitu lewat menjengah dunia masakan harini..maklumle, pagi tadi dah masak mee goreng untuk bekal anak-anak & sarapan my laling..eheee..merangkap makan tengahari tuan tanah....permulaan sekolah anak-anak setelah bercuti 2 minggu, terasa nak suruh anak-anak sambung cuti balik jer..macam sekolah sendiri pulak kan..apa-apa hal pun semoga anak-anak dapat kembali ke sekolah dengan perasaan berkobar2 untuk mencintai ilmu..

Ish...nape tak nampak cheese yang berkait-kait tu? hehe

Ini menu makan malam kami semalam yer..2 hari berturut2 makan pizza untuk dinner, konon2nya tukar selera la..hehe..kelmarin dah buat UPSIDE-DOWN PIZZA *belum n3..haish..sori*, semalam buat Pizza macam yang Pizza Hut tu kata anak-anak..huhu..konon2nyala..pertama kali mencuba, rasanya tak teruk sangat kan..anak-anak kata pasni buat lagi..ambooiii..macam order kat kedai pizza jerk..tengokla, cukup bahan & ada vitamin tambahan lebih Ummi buat..hehe

Haa..yang putih tompok2 tu adalah mayonis..lupa nak ratakan sebelum tabur cheese..hehe..tapi sedap!!

Untuk inti pulak Ana buat sama seperti inti  yang buat untuk Upside-Down Pizza sebelum tu, ikut resepi dari Tun Telani..terima kasih buat Hana/Kak Ina KL & juga Hasue..

Soft Crust Pizza
Sumber : CMG & Hana
Copy : HaSue
Soft Crust Pizza by AnnaQawina


Bahan Doh:
• 250 g tepung roti (high protein flour)
• 130 ml air
• 1/2 camca teh garam
• 1/2 camca besar gula
• 1 camca teh yis (instant yeast)
• 1 camca besar madu
• 1 camca besar lemak sayur (shortening)
• 2 camca besar minyak zaitun
• 2 ulas bawang putih, cincang halus
• 1 camca teh oregano kering *tak letak

Bhn lain : Keju Mozarella & Inti Pizza



Cara membuatnya:
UNTUK DOH:- 
  • Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. 
  • Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. 
  • Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. 
  • Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. 
  • Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. 
  • Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.
KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap. *Ana guna BM

UNTUK PIZZA:- 
  • Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. 
  • Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. 
  • Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. 
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. 
  • Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, susun semua bahan inti kecuali keju mozarella. 
  • Akhir sekali baru tabur keju hingga rata. 
  • Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit. 
  • Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....selamat mencuba!!!

INTI PIZZA
Sumber : Tun Telani

Bahan-bahan :
  • 1 keping dada ayam- kerat2 *Ana guna 1 cwn daging ayam cincang Ramly
  • 3 sosej/hotdog- kerat2 *lebihkan
  • 1/2 tin cendawan butang- hiris
  • 1/2 bawang besar- dadu
  • 3 ulas bawang putih- hiris halus
  • 2 sb tomato puree
  • 1 sb oregano *tak letak
  • garam
Cara-cara :

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan perasakan garam
- boleh digunakan untuk inti/filling pizza
SELAMAT MENCUBA

    6 ulasan:

    ijayuji berkata...

    Salam kak anna!!! alaaaaaa...nk makan pizza jugak!!! sedapnyer! nak buat pizza mendung2 gini mcm tak de mood jerr kena beli lah kalau nk makan mendung2 gini :D

    Mas berkata...

    anna..nak join makan pizza...
    aku suka....

    hazila berkata...

    Lama juga tak makan pizza. Nak buat malas yg amat. Tumpang makan kat sini je lah....

    Cendana Kasih berkata...

    bestnyer pizza... dh lama tak buat...dh beli pun mozzarella tu... tp yis plak takde... huhh... aku kalo bab pizza ni mmg suker amat...

    tun_telani berkata...

    wahh... kencang memizza skrg.. bertuah bdk2 dpt ummi rajin camni ^^ tun terliur nengok cheese kat atas tu..

    Ummi berkata...

    Anna....waaah kuar pizza pulak...ni yg x tahan ni...akak pun dah lama x memizza...adeeeii... Re: Kek Strawberi tuh, paste ke filling ke letak jek terus, xyah tunggu pada suhu bilik...in fact, telor pun akak keluar dr peti sejuk, 5 minit pastu terus jek pukul dalam adunan tuh..hehee..

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...