Sabtu, 18 Jun 2011

SAMBAL TELUR REBUS

Sekadar berkongsi idea masak-memasak kan..tak salahnya nak letak juga menu-menu yang dah pernah dicuba, yang penting kita sendiri yang masak..hehe..beberapa hari lalu ramai yang buat sambal telur rebus, maklumle, baru lepas cuti sekolah, musim kenduri kendara..banyak dapat stok telur rebus sebagai 'berkat' @ 'siso' @ 'bunga telur'..kat tempat Ana orang panggil 'siso'..kat belah hubby orang panggil 'berkat'..mana-manala kan..


Ok..ni resepi sendiri je, masak pun edisi kanak-kanak, maklumle, anak-anak kecil lagi, kena kurangkan pedas, nak tengok versi cun melecun boleh rujuk Sambal versi kak Nor, Mas@Duniaku, Love dan ramai lagi yang biasa buat kan..

SAMBAL TELUR REBUS
Sumber : AnnaQawina

Bahan-bahan :
  • 3 biji Telur ayam - direbus 
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 2 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • garam/gula secukup rasa
  • 1 biji tomato - belah 6
  • minyak untuk menggoreng & menumis
  • sedikit air.

Cara-cara :
  • Kupas kulit telur rebus & goreng seketika di dalam minyak panas. Angkat & ketepikan
  • Bawang putih & halia ditumbuk lumat. Tumis di dalam minyak yg sedikit sehingga terbit bau.
  • Masukkan cili giling, menggunakan api perlahan, kacau-kacau sehingga terbit minyak (sedikit gelap).
  • Masukkan pula sos tiram, sos tomato & sos cili, tambahkan sedikit air, kacau sebati.
  • Masukkan telur, bawang besar & tomato..kacau sebati, sehingga telur tadi bersalut dengan sambal.
  • Rasa garam & gula..angkat & sedia dihidangkan..

10 ulasan:

Diana @ Melley Mey berkata...

memang nampak menyelerakan sambal telur tu... kalau kat rumah nie anak2 mmg suka makan sambal telur... mmg sedap! kena buat gak nie nnt.. Insyaallah

Anna Qawina berkata...

Diana : a'ah..ank2 suka menu gini..kita pun suka sbb senang..hehe

tun_telani berkata...

haha.. ni menu bila musim kenduri kawin nih.. sambal telur, kurma telur, ape lagi... tp sambal telur la yg paling best =)

anymz berkata...

menu yang simple tapi sodap ni ana..kalau kat rumah akak feveret abg nih..

Mas berkata...

anna..aku suka sambal telur..
nak ngendeng sikittt...

Cendana Kasih berkata...

bestnyer Ana..aku suka sambal telur cenggini..tp banyak ler plak keje, dah rebus kena goreng plak... tp sedap kan..

♥LOVE2COOK♥ berkata...

I likeeeee! Brought you some chicken drumsticks...hehehe!

Nak tapau sambal...:)

nOOrsha berkata...

waah.. bestnyer sambal telur rebus nih.. memang best!~ bertambah2 mkn nasik.. lagi2 kalo lawan ngan ikan kering.. huh...

Nieza berkata...

sedapx2 ni...nieza pun suka buat gini..:)

mamawana berkata...

Sambal tolor... I like

http://lautkasih.blogspot.com/2011/06/make-love-not-war-biar-betoi.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...