Khamis, 16 Jun 2011

Kuih Kaswi Gandum

 Assalamualaikum..
Bersua kembali, semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat & dikasihi Allah s.w.t hendaknya..Terima kasih kepada yang bertandang & mendoakan kesihatan Ana..Alhamdulillah, harini diri ini sihat & semoga diberi kesihatan yg baik sentiasa.

Pagi ni nak kongsi salah satu menu minum petang semalam, kuih yang sedap, tak sangka anak-anak suka pulak, ada yang makan dgn kelapa, sorang yang kecil tu taknak kelapa..kuih yang mudah & cepat nak sediakan..bolehlah cuba ya..

Ana buat separuh adunan je, saja nak mencuba, takut juga tak kena dgn selera ahli rumah kan, kalau anak-anak & suami makan, maknanya akan ada ulangan nanti, InsyaAllah.. t.kasih Izah yang mencuba & mewar-warkan resepi sedap & ringkas ni. Kita panjang-panjangkan yer..

KUIH KASWI GANDUM
Sumber : Chef Hanieliza
Sumber : IzahDaut
Kuih Kaswi Gandum by AnnaQawina
 
Bahan Sirap
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • *saya tambah beberapa helai daun pandan *tak letak
Masakkan semua dan sejukkan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung*Ana guna tpg jagung
  • 1 sudu kecil kapur kueh [optional]*Ana letak
  • Kelapa parut ( yang muda)
  • Sedikit garam
Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan plastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau plastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam. *Ana kukus kejap
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

**Ana tak letak gula merah, tetapi gantikan dengan gula perang & 1 keping gula melaka, gula pasir pula letak separuh dr resepi je..nampak warna kuih yang agak gelap kan..hehe

**edited : ada yang marah sbb tak bgtahu..dah siap masak tu, mulut asyik dok kunyah je kuih ni walau kelapa belum tabur, sedap tau.. risau jugak kang habis sebelum ahli rumah belum sampai kan, tapi memang siyes la mulut susah nak henti ngunyah..!!..**kekeekeekeeee...meh gelak kat IZAH..

12 ulasan:

Sheila Shafeareen berkata...

Salam slmt pg oooo
sini pun dah terbit yeee..mmg suka kuih ni tp lama x mkn dan x buat...bejangkit sudah ... ada lg belan keeee

izahdaut berkata...

weii mana aci.. tak de mention pun ko tak berenti makan kuih ni. nampak sangat cover kesopanan dan kesusilaan ko tuh.. huh

Mas berkata...

anna..aku pun nak buat gakkkk....
tak tahan nengok kau menggoda lak..
ari tu nak buat...tapi kelapa parut lak tak de...
ari ni dah ada kelapa parut..
yessss....

Anna Qawina berkata...

Kak Sheila : saya pestime buat ni tau..sedap le..hihi

Izah : ko memang..asik tk puas hati jek..tuh baca bal;ik, aku dah edit..kekkeekee

Mas : ko nih taktau nak kata apa..ghajin betol la..dah buat tu bg aku sikit, tak puas makan..hehe

anymz berkata...

amboi laju je masuk kat sini kueh ni ya..order seloyang post kat akak boleh?..kahkah.

Zaliedana berkata...

Amboi,siap edit blk kta ngunyah xberhenti tuh yg xtahan,muahaha..Sy pon da wat kasui,tapi rsp kak madihaa,hehe..Nnti leh try rcp nih lak,sbb kak anna n kak izah kta sedap n mkn byk,hihi..

tun_telani berkata...

yayyy!!!!! mari menternak lemakkk~~~~ dh tengok bhn semua ada kt dapur.. (mmg xtahan godaan betul.. ramai pulak tukang menggoda.. haish.. hehe)

Anna Qawina berkata...

Kak Anim...meh bg alamat..kita anto kelapa parut & kapur jek...kihkih

Zaliedana : hha..saje nak bg org tu rasa puas hati...tryle..sedap bg tekak akak le..

izahdaut berkata...

khahahahahhahahaa.. aku suke aku suke..

CT Delima berkata...

As'salam Anna

kuih kaswi ni kak ct memang suka. tambah2 lagi kalau yang gegar2 bila kita kita pegang gitu.. hehehe. belum cuba resipi yang ni, insyaAllah akan cuba juga nanti :D

cik cek berkata...

Kuih fav husbund kak cek ni...mesti sedap ni...

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

forever feberet ni... aritu wt kaswi pandan sampai anak2 tak cukup.. hahaha.. tp lom n3 lg.. tengah tunggu giliran.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...