Sabtu, 18 Jun 2011

PUDING COKLAT SOS KASTARD

Assalamualaikum...
Ambe terkejar-kejar ala-ala berlari anak ni nak update blog, nak biar makin lama tak update makin lemau pulak nak mula balik..hehe..harapan semoga anda semua sihat walafiat hendaknya & dilindungi Allah walau dimana jua berada..

Pagi-pagi nak letak mangkuk puding atas meja, sekadar mangkuk jela..pudingnya dah berapa hari dah licin, tak sempat nak masuk blog..sedap sangat puding yang dah femes ni, cuma kita je yang baru sampai seru nak buat..anak-anak semuanya suka, nak-nak lagi bila makan yang bahagian atasnya tu..laju je tengok-tengok mangkuk dah bertimbun atas meja..

Terima kasih buat Kak Dayang & Kak Nor yang kerap mewar-warkan resepi ni (dah ramai sangat yang buat & tempek resepi, tapi kita terjah kat 2 dapur tu yang kerap sangat..)hehe...bagi yang dah mencuba pasti tahu kesedapannya kan..kita tayang resepi tu kat sini pulak ye..

Sumber : Kak Dayang@DapurkuSayang & Kak Nor@Secubit Garam
Copy resepi dari : dayang_jack@Myresepi

Bahan-Bahan :

Puding Coklat :-
  • 10 g serbuk agar2
  • 500 ml susu segar (k.nor lebihkan 100ml)
  • 250 ml susu cair
  • 100 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 sb susu pekat
  • 2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
  • 1 sb tepung kastard + 2 sb air
  • 1 sb mentega
  • 1 sk esen vanilla

**Ana guna 500 ml susu cair + 250 ml air menggantikan susu segar

Cara-cara :
  • Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. 
  • Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. 
  • Kacau sebati dgn api perlahan.
  • Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. 
  • Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.
Bahan Sos :-
  • 2 cawan susu segar/susu cair
  • 2 sb tepung kastard
  • 4 sb gula pasir
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara :
  • Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. 
  • Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. 
  • Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. 
  • Sejukkan terlebih dahulu. 
  • Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.

**maaf : nak copy link dari dapur Kak Dayang & Kak Nor tak boleh, masalah internet @ apa tak tahula..harap maklum..**

SELAMAT BERISTIREHAT & SALAM UKHWAH..^_^

8 ulasan:

Mas berkata...

anna,
aku suka puding ni...
memang best..
aku dah banyak kali buat tau....

tun_telani berkata...

morning kak anna cayang! wahh... byknyer puding!! tun nk mkn 2-3 mangkuk =)

Anna Qawina berkata...

Mas : aku tahu dah bnyk x ko buat sbb ko rajin..hehe

Tun : mangkuk tu ambikle..buat sdri puding pastu hantar bg akk yer...hehe

quinnie berkata...

tengah panas2 nih makan puding...best...sejuk je tekak...hehehhe...anna puding nestum tu boleh je masuk loyang...sesuai gak kalau nak potong....tapi masuk peti ais dulu ler nak kasi keras skit...hehehehe

YANA SHAIFUL berkata...

bestnya puding nii..antar sini skit bleh x hehee

Anna Qawina berkata...

quinnie : a'ah..musim panas ni asyik nak yg sejuk2 je..hehe..ok..t.kasih tuk info puding nestum tu ye..

Yana : dah habisla..nak hantar bekas leh gak..hehe

ijayuji berkata...

Salam kak anna!!! waaaaaaa...kita nak jalan2 nii nanti balik jalan2 kita ambik puding akak, ambik gmbr jer lah kan sbb akak kata dah habes hihihi... sedapnyer! tp kat sini mendung jerrr :D

Masya Amira Aimie berkata...

macam menarik jer ni.. boleh cube x pernah buat lg....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...