14 Jun, 2011

MUFFIN COKLAT (Kukus)

Assalamualaikum

Bersiaran kembali semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dalam lindungan Allah s.w.t hendaknya..Sekadar menjengah, keadaan saya yang kurang sihat sebenarnya, nak mengadap komputer lama-lama tak terdaya rasanya, rindu nak BW bertandang ke blog kawan-kawan, InsyaAllah ada kelapangan & kesihatan yang mengizinkan akan saya jengah kalian, kepada yang masih sudi bertandang ke blog yang tak seberapa ni terima kasih diucapkan..jangan lupa tinggalkan jejak anda..


Update menu bekal anak-anak ke sekolah rendah harini, pagi tadi Ana cuma masak nasi goreng untuk bekal sekolah agama, lepas dah settle semuanya urusan pagi, godek2 resepi untuk bekal petang pulak, jumpa kat blog Kak CT, cara & bahan yg senang, terus buat, Alhamdulillah, kejadiannya amat menggembirakan, mekar sejambak, halus mulus & lembut teksturnya..


Ana kongsikan resepi mudah tu kat sini ye Kak CT..terima kasih kongsikan..hasilnya agak banyak juga, kira puas makan la kan..

MUFFIN COKLAT (KUKUS)
Sumber : MakLang FP & Kak CT Delima

Bahan A : 
  • 2 cawan susu cair/susu segar *Ana guna susu cair
  • 1 cawan minyak masak / butter cair *Ana guna minyak masak
  • 1 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji telur

Bahan B : Ayak bersama
  • 250 grm tepung gandum
  • 50 grm serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan C :
  • 1 sudu besar coklat emulco


Cara-Cara :
  • Panaskan kukusan dengan api kuat.
  • Satukan semua bahan A, kacau sebati menggunakan spatula/whisk je.
  • Masukkan bahan B, gaul rata hingga semuanya sebati.
  • Tambahkan coklat emulco
  • Masukkan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 lebih (hampir penuh cup)
  • Kukus selama 10 minit (lebihkan masa jika menggunakan cup saiz besar)
  • Angkat & sejukkan.

**Untuk mendapatkan muffin/apam yang mekar/kembang gitu, gunakan api kuat semasa mengukus.

15 ulasan:

Amie berkata...

assalam,
amboi mak...montel2 & hitam manis...

Kak Sam berkata...

Waaa suka..suka..suka.
Ambil resepi erk

Anna Qawina berkata...

To Amie : hehe...

Kak Sam : suka jugak...tryle

izahdaut berkata...

amboii..sejambak..meh 2 ketul.. aku pun nak try jge. tapi rasa cam dah pernah buat.. hmm nanti nak try ah

Anna Qawina berkata...

Izah : aku pun rasa macam pernah try tp tahle..belek2 takde n3 pun..kehkeh...tryle...but half pun dah bnyk kot..

Ayu berkata...

Assalam ana, akak rasa2nya pernah cuba mufin ni..kalau tak silap ler..
entah ya..tak sure pulak..heheh..
mungkin akak dapat kan dari orang lain tapi sumber asal dari maklang lah kot?..

Mama Hawa/Mama Nani berkata...

Salam Anna..
Mekar betul muffin coklat Anna nih..mesti anak2 suka kan?

Wanieyra berkata...

Anna, kita pun nak 2 ketul juga...hihihihi

Mas berkata...

anna..nak sikit apam tu..
aku juga tak buat2...

Kak Rose berkata...

anna, kak rose cnp resepi ya... tp x jadi cantik macam anna wat tu... mencik taw!

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

SENANGNYA NAK BUAT MUFFIN NI....

Juwita Jamaludin berkata...

Salam ana.. salam kenal.. nampak menarik je kejadiannya mekar gitu... suka tgk

Unknown berkata...

anna, sedapnya tgk muffin tu..rasa nk ngap jer...hehe btw semoga cepat sembuh yer..kena banyakkan berehat sama tu anna.

tun_telani berkata...

kak anna cayang.. get well soon! ^^
mapin coklat mmg sedap! =)

Reen Tart Nenas berkata...

kak anna, saye baru bc komen akak kat blog saye tu. mmg tingin nak try. owh, kalau xperlu letak coklat tu ok la. tp bleh ganti ngan coklat serbuk bleh kot?

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...