01 Jun, 2011

EGGLESS YOGURT CHOCOLATE CAKE..very moist!!

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi keran masih berpeluang menghirup udara pagi ini & meneruskan aktiviti macam biasa..sekarang kandungan Ana dah masuk 29 minggu lebih, badan dah rasa macam tak larat nak duduk lama-lama, nak baring pun kena cari posisi terbaik, beralas bantal sana sini..kalau cuaca panas terik, maka bergelaplah rumah ni dengan menurunkan langsir segala..hehe..tak boleh tahan dengan keadaan cuaca yang panas, nak jemur kain pun tunggu mendung sikit baru cergas badan..kalau pagi2 tak keluarkan kain2 tu, nampaknya terperaple dalam mesin basuh tak bersidai..macam-macam..tapi syukur sangat2 sebab sepanjang hamil kali ni, langsung tak mual2, muntah2 (kdg time gosok gigi tu je rasa nak muntah..)..loya2 pun takde..nak masak apa pun tak jadi hal *cuma malas je* ..hehe..kiranya Allah permudahkan segalanya sepanjang kandungan kali ni, InsyaAllah mudah2an mudah sampai saat ketika melahirkan nanti juga.


Ok, berbalik kepada gambar tersebut...hehe..maafle pagi2 dah tayang kek coklat..kek yang sungguh sedap, moist & jimat sebab tak guna banyak sangat bahan, tapi siyes le kata ni..memang moist & tekstur keknya sangat lembut, macam kek yang ada telur..bila dah siap bakar takde lak padat & kering semacam..rasanya terbaik le dalam kategori eggless tu..hihi..mungkin sebab penggunaan yogurt tu kot..dah lama simpan resepi, masa Cikgu Hana kita dok kat Jepun lagi, beliau dah balik Malaysia dah baru kita terkial-kial nak buat....maklum, list panjang bebenor..*ayat biasa tu..*. Harini Ana kongsikan kat sini pula, untuk rujukan bersama..terima kasih tuan punya resepi & pen'copy'nya..Ana letak resepinya yang Ana buat,ikut macam Hana..nak tengok yang asal klik link tu yer..

EGGLESS YOGURT CHOCOLATE CAKE
Source : suma and homekreation
Copy : Cikgu Hana

Bahan-bahan
  • 60ml air panas
  • 50g susu tepung *guna susu tepung Dugro anak..hehe
  • 1 tbs Nescafe / Instant Coffee
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 100g gula
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 cawan yogurt 
  • 125g tepung gandum*
  • 40g serbuk koko 
  • 1 tsp baking powder*
  • 1/2 tsp baking soda
  • secubit garam* (* campurkan dan ayak)
Cara-cara
  • Campurkan air panas, susu tepung & nescafe.
  • Masukkan minyak masak, gula & esen vanila. Kacau hingga gula larut.
  • Masukkan yogurt dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung dan gaul hingga semua sebati.
  • Bakar lebih kurang 35-40 min suhu 170-180 - hana kukus 40min *Ana bakar je
**kandungan gula dalam bahan kek sedang2 elok, tak manis sangat**



CHOCOLATE GANACHE *Ana buat separuh adunan ni

Source: MyRecipe Facebook (forgot to copy the contributor's name, thanks to the owner)
  • 50g serbuk koko
  • 60g Butter
  • 1 cawan susu pekat
**campurkan semua dan masak secara double-boiler hingga smooth kemudian curahkan atas kek.**

SELAMAT MENCUBA

14 ulasan:

Mas berkata...

anna..ni aku datang nak ngendeng kek coklat tu..
rasanya aku dah try resepi kak hana ni...
nampak pun sedappp kek tu..moist jerk...

Cendana Kasih berkata...

dulu aku pernah buat kek tanpa telur ni, respi amik kat MYR, tp ada la letak cuka sikit.. bila dh masak..fuh..langsung takleh makan..aku sendiri pun tak larat nk telan..akhirnya cik tong jugaklah yang kenyang... sejak tu serik dah...

CT Delima berkata...

As'salam Ana

alhamdulillah..semoga ana diberi kekuatan untuk melahirkan nanti. apa pun kak harap jagalah diri baik2 ya.

kak ct pun suka makan kek coklat ni. tapi tak boleh makan banyak2 lah, ada kang lepas makan dok melengkor macam ular... hihihi rasanya pernah buat kot? kot lah tak ingat bila... hihihi

Anna Qawina berkata...

Mas : hehe..aku save dah lama tp sbb yogurt takde tu yg bertahun baru buat..hehe..meh nak bg serdak kek...

Noorma : yg letak cuka tu aku pon pernah wat gak..tp yg ni rasa dia lain tau..mmg sebiji mcm letak telur..ko try le yg ni lak...

kak CT : InsyaAllah...terima kasih kak..
tak blh mkn selalu sgt..nnt tak larat nak bangun..hehe

K.Nor berkata...

pakat ek tayang kek cekelat.. hihi.. meh sini sket.. ehh k.nor pun dah buat kek ni, bagi ke anak sdara kat KL masa gi sana bulan 3 aritu .. moist dan sedap kan

Nazrah berkata...

fuyooo.....moistnyer

Mama Nazhan berkata...

SALAM ANA, semoga sihat selalu... kat method tu, ana taip susu suam, tp sebenarnya air suam kan?

izahdaut berkata...

kek ni la aku kata kat ko tu suh buat. masa ko nak habiskan togurt tu. aku mmg suke kek ni. terbaikkk.... memang best .banyak2 egless kek yang ni paling aku suke

zarin berkata...

kek coklat...hmmm memang sedap kan kan ;-)
segala gala hingga lah tiba hari nanti ..take care ye!

Wattie berkata...

Salam,
Harap Ana diberikan kesihatan yang baik selalu ya. Kek ni memang menggoda iman akak, klu anak2 tengok, mau berebut dibuatnya. t

intan morsalin berkata...

nak try gak la..nak wat utk beday hubby & abah...insyaallah

Roses_Leo09 aka Hanim berkata...

emmm sedapnya kek ni......
ari tu hanim ada cuba eggless cake tapi pakai lemon. Ok la tapi mcm kering sikit.Nanti nak cubalah resepi ni. Bahan2 pun senang ja

Roses_Leo09 aka Hanim berkata...

emmm.......... sedapnya
hanim pernah cuba eggless cake tapi guna lemon. Struktur kek tu mcm kering sikit. Nanti nak cubalah resepi ni. Bahan2 pun mudah

Unknown berkata...

cergas lagi memasak tu kira oklah aktif juga baby tu...semoga sihat yer anna...menarik nengok kek cekelat tu tak dak telur tu yg suka banget...hehe

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...