22 Januari, 2011

KARIPAP Ole-Ole

Assalamualaikum w.b.t..

Pagi Sabtu di bumi Malaysia nan indah & permai ini..hehe..Sabtu yang tetap sibuk lebih dari Sabtu yang lain..kerana harini sekolah rendah tempat anak-anak belajar ni tak cuti, sekolah ganti sempena Cuti Tahun Baru Cina akan datang. Jadi, rutin macam biasala..kenapa epal tu yang lebih2 interframe? haha..sebab rupa karipapku ngak ada cun, letak sipi2 sikit, takpela kan..hehe..


Karipap ni Ana buat dah 2 hari, konon-kononnya nak frozenkan, biar sempat seminggu ke lebih kurang pun dah cukup..tapi tak sampai sehari, keripap frozenku tinggal 10 biji je lagi, itupun sebab nak bagi anak-anak bawa bekal harini..hari-hari uli karipap, mau pitam mokcik nih..huhu..dahla tak pandai sangat, nak kelim renda-renda tu satu hal, terap ikut acuan, bila goreng, tak nampak sangat renda-renda tuh..tapi puas hati sebab sedap..


Pertama kali goreng & hidangkan, Cik Abe dengan selamba berkata.."ini barula karipap.." haha..selama ni buat karipap tak ngam dengan tekak..biar rupa tidak sejelita mana pun, rasa tu yang mebeeleeeesss..Inti pulak Ana buat guna adunan sendiri..rasanya cukup ngam le, bagi tekak kami anak-beranak, spe2 nak cuba dipersilakanlah..hehe

Maklum, resepi kulit tu tokey jual karipap yang bagi, tentulah meletop kan..terima kasih kak Badariah, biarpun berniaga, tapi tak lokek letak sekali resepinya..dah sejuk pun kulit karipap tu tak liat..

Resepi Kulit karipap

Bahan-bahannya :
  • 500gm tepung gandum
  • 400ml air putih dari peti sejuk di campurkan sedikit garam
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu planta
  • 1 sudu shortening
Caranya:
  • Panaskan minyak masak & planta hingga mendidih..
  • Masukkan tepung dalam mangkuk & curahkan minyak panas tadi & sebatikan..
  • Masukkan air sambil di uli sampai doh sebati & x melekat di tangan..( sekira melekat sambil uli ambil tepung sapu di tgn & campakkan dalam doh..uli sampai licin )
  • Rehatkan adunan selama 5 minit..
  • Bolehlah terap doh tadi...guna acuan karipap & masukkan inti...
  • Dah siap leh goreng...& sekiranya inginkan dijadikan frozen food..gorengkan ia sekejap saja...

Inti Karipap
Sumber : Anna Qawina

Bahan-bahan :
  • 500 gm ubi kentang/keledek - dipotong dadu
  • 180gm daging/ayam - dikisar
  • 100gm bawang besar - dikisar
  • 25 gm serbuk kari
  • secukup garam
  • sedikit daun kari - dicincang halus
  • sedikit air secukupnya 

Cara-cara :
  • Tumis bawang kisar, serbuk kari & daun kari, kacau sehingga naik bau.
  • Masukkan daging/ayam kisar, gaul sebati,biar sehingga daging/ayam garing, kalau tak garing, inti jadi tak sedap.
  • Masukkan sedikit air (sikit je, terlebih kang lembik pulak kentang/keledek tuh).
  • Biar sehingga empuk.
  • Masukkan garam, kacau lagi sehingga airnya kering & kentang serta daging/yam benar2 empuk.
  • Angkat & sejukkan. bolehla diguna.


4 ulasan:

izahdaut berkata...

oo ni la karipapnya...baru kuor ye...hehehe..ikikiki...ala yg penting satu family suka makan...tak kesah pun rupe cam ner...

Mas berkata...

arrghh..kau pun berjangkit karipap gak...bila lak mas nk wat ni....

Anna Qawina berkata...

Izah..ko punya renda karipap cun banget....hikhik...canne nak wat ek/

Mas : aku bkn ghajin mana pun, beria2 buat, separuh hari terbuang takleh nak wat apa, dok kelim karipap..hape daa...takleh niaga gini..kikiii

Badariah berkata...

Salam ana..cantik dah karipap tu..hihi..pandailah sekali buat dah menjadi..kak suka karipap yg mengerutu tau..nk cikit..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...