24 Januari, 2011

Kuih Sagu@Bronok

Assalamualaikum..

Wah..sungguh ceria di pagi Isnin ni ek..keluar kuih merah menyala nih..hihi...jom sarapan..masa dok godek2 sagu ni, tawakal je, dok fikir, sah2 kita yang ngap-ngap kuih ni nanti, budak-budak tak peduli sangat kuih-muih citarasa orang lama-lama nih..tapi sebab dah lama peram resepi Mas & teringin nak makan, buat jugakla..


Sebenarnya kuih ni masak malam tadi, bangun pagi ni tinggal kukus kelapa parut kejap & gaul2kan dengan sagu,.tak sangka pulak, si teruna Ana, Akmal ni suka makan, biasanya dia yang paling susah bab-bab makanan nih..memilih sikit..pagi tadi sebelum ke sekolah Agama, dia makan kuih ni je, tak sentuh pun roti goreng telur yang Ummi dia ni buat..siap ambil 2 ketul buat bekal sekali dengan roti manis..sungguh gumbiraaa rasa hati ini..huhu

Kuih Sagu@Bronok
Sumber : Mas Duniaku
Bahan :
  • 1 cawan sagu biji kecil
  • 2 cawan air
  • 3/4 gula pasir - kalau nak manis lagi boleh tambah
  • sedikit pati sirap..Ana guna pewarna merah je
  • 1 helai daun pandan - untuk mewangikan kuih tu
Untuk salut..Ana kukus kejap kelapa + garam tu
  • kelapa parut - agak 2 
  • sedikit garam - digaul sebati dengan kelapa parut
 
Cara :
  1. Rendam sagu hingga kembang.
  2. Panaskan air, masukkan pati sirap, daun pandan dan gula, biar mendidih .
  3. Toskan sagu tu dan masukkan sagu kedalam air yang mendidih tu, kacau hingga sagu menjadi agak 2 pekat dengan api sederhana, kalau masih ada biji 2 putih, tak pe, biarkan. 
  4. Tuang sagu kedalam loyang atau acuan kecik yang telah disapu dengan sedikit minyak, kukus selama 20 minit dengan api sederhana atau sehingga biji 2 putih sagu tu hilang.
  5. Apabila sejuk, keluarkan dari acuan, kalau dari loyang potong ikut saiz yang dikehendaki dan salutkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
  6. Jeng..jeng..boleh dimakan..Mas yang kata...

2 ulasan:

Cendana Kasih berkata...

sbb payah cari kelapa la, sbb tu dh lama tak buat kuih ni..monyet plak terlepas..lagi la susah nk petik kelapa...so aku ngendeng kat sini je lah

Mas berkata...

anna, peberet mas tau kuih sagu ni, pantang ada klapa lebih, mesti buat kuih ni...sedapp kan...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...