Isnin, 24 Januari 2011

Chocolate Chip Fudge Cupcakes

Bekal anak-anak ke sekolah tengahari tadi...dah banyak kali buat ni tk jemu2 makan, penuh rasa coklatnya..yang pasti anak-anak suka, maklumla coklat..kita nak buat pun senang, kacau2 & campur je..


Sebelum pergi sekolah makan dulu sebijik sorang, pastu angkut masuk bekas 3 biji sorang, yang tinggal seciput jerla..takpela kan, asalkan anak-anak dapat makan kat sekolah dengan gembiranya..hehe

Resepi : Lilydvalley 

Bahan-bahan ( 15 biji )

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/3 cawan minyak masak- vegetable oil
  • 1 cawan susu segar or susu cair
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 1/2 cawan choc chip
  • 1 biji telur- pukul sedikit 
 

 Cara-cara

  1. Panaskan oven atau kukusan. Susun mangkuk cupcakes
  2. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder
  3. Gaul sebati gula, tepung, koko, soda & baking powder
  4. Dalam bekas lain, kacau sebati telur, minyak, susu dan essen vanilla
  5. Masukkan campuran tepung & koko kedalam campuran minyak.
  6. Kacau sebati dan masukkan choc chip. Sudukan kedalam mangkuk cupcakes
  7. Kukus/bakar selama 20-25 minit..Ana bakar je

5 ulasan:

Encik MamaT berkata...

wah.. sedapnya... bestnya dok umah kak ana.. haha

Anna Qawina berkata...

Mamat : mehla dok berjiran..kita kan dokek jo..hihi

Nieza berkata...

ana, mai kita tukar ngan apam ni..hehe sedapnya suka sgt mkn2 coklat2 ni...:)

izahdaut berkata...

tah pernah ke idak buat cc neh ye..nanti boleh la try nak pulangkan mangkuk jiran leh letak cc comel2 ni kan

Mimiey.. (^-^) berkata...

terasa sungguh sedap kalau dpt makan cc ni barang 3 4 ketul.... waaaaa,nak jugak!!! kak anna, cc tu sgt menggoda dgn warna coklat nye yg sgt menarik minat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...