Selasa, 25 Januari 2011

DOH ASAS ROTI MANIS

Bukan untuk sarapan harini..semalam pun bukan, rasanya buat hari Jumaat haritu kot...hihi...ni dah 3 hari BM ku tak beroperasi, bagi dia rehat le jap..layan gambo & resepi jela ek..


Masa beli cup tuh tak perasan lak "DANG GAO" tuh..apebenda maksudnya? hehe..dalamnya Ana letak kastard & coklat chip..anak-anak bawak bekal ke sekolah hari Sabtu tu..


Ada juga buat bentuk gini, bulat-bulatkan kecil2 & letak coklat chip gak..yang ni habis dulu, mungkin sebab saiznya yang mini tu..


Doh Asas Roti Manis

Bahan-bahanya
  • 300gram tepung roti
  • 50gram tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
  • 2 sudu besar butter@marjerin
  • 180ml susu suam@air suam
  • 2 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
  • baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
*untuk topping*
  • sosej yang telah direbus
  • sedikit gula
  • mix vegetable dan mix cheese
Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
**Ana sapu mentega kat permukaan roti bila siap dibakar..nampak berkilat je

CARA ANA :
  • Bulat2kan kecil2, masukkan coklat chip/kastard, uli sikit & masukkan dalam cup.


NOTA KEYBOARD DARI ROS :
**Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.
- Ros suka campurkan sedikit tepung gandum dalam adunan roti ros kerana ros sukakan rasa padat dalam roti yang dihasilkan, tidak terlalu lampung atau ringan, dan juga kenyang apabila di makan.

Resepi Krim kastard ada kat SINI

12 ulasan:

Encik MamaT berkata...

tak sabar nak berjiran ni kak.. hehe

izahdaut berkata...

anna..sampai hati dah habis baru tunjuk...gi buat lagikkkk...nk 4 ketui inti kastard okehhh, gebu ye roti ni?

anymz berkata...

salam ana,sedap kan bila roti kita buat sendiri nih.rasa puas makan.boleh pelbagaikan intinya..jimat pun jimat kan?..

Mas berkata...

perrhhhh...cantik roti kau anna.....nmpk gebu dan lembut la.....

Qaseh Maiza berkata...

gebussssss.....

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Ana...
Gebussssnya Roti Tu...Bila Pulak Kak Lin Nak Mulakan Meroti Ni...Huhuhuhu

Nieza berkata...

wah gebusnya roti ana....bila lak nk merajinkan merooti lagi ni...hehe

So Shy Lady berkata...

roti kilang pun kalah ni.........haha

terbaekkkk! tahniah ya anna krn sgt bbakat. kagum sbab sy ni tau bli roti je hihihi

Anna Qawina berkata...

En.Mamat : akak tunggu semanagat kejirannamu ituw..haha...

Izah : ko buat sdrik yer..aku pun tak lalu nak soh BM buat kojo..malas yg amat nih..kekeke

Kak Anim : a'ah kak, jimat ye kot..tp kalo hari2 mau pinsang tukang uli..errr...tukang bakar jek..hihi

Anna Qawina berkata...

Mas : gebu gak & padat..makan pun kenyang..btl kata Ros tu..campuran tpg roti & tpg gandum jadikan roti padat & mudah kenyang..

Kak Maiza :)) gebaaasss!!! hiiii

Kak Lin : tunggu ank2 balik dulu, pastu pakat2 uli ler..hehe

Anna Qawina berkata...

Nieza : kita skrg ni pon rasa lemau semacam je nak meroti..hihi..hangat2 taik itik nih..hikhik..

ssLady : kilang roti mana yg kena tutup operasi ek? hihi...biasa2 jela, buat bg family makan2..tryle..

Dini's Mum berkata...

Salam Ana.. minta cadangan bread maker brand apa yang ok..tak de pengalaman ni..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...