16 Jun, 2012

ALMOND CHIPS aka COKLAT CHIPS

Assalamualaikum..Moningggg..dah sarapan? Sekut kering cicah kopi pun jadiler..alas perut kan..Kami berdua makan nasi goreng nan seciput aje pagi ni, nasi lebihan semalam tak banyak..goreng cincai2 makan berdua ala2 'perantin' gitu..ngehehe..budak2 makan roti jela..tu pon beli..

Ini bukan sample sekut raya taon nih yer..ni buat sesaje tekak gatal nak makan sekut, sedap amat..tapi tak banyak kuantiti yang dapat, kalau nak buat makan anak2 sesuaila..sedap tau, rasa sangat kecoklatannya..hehe..


Tapi kan..masa buat sekut ni, Ana buat jugak tart shell, jadi sohler cik Abe tolong sudahkan sekut ni, sekali tengok dah siap..ruper2nya..besar gedabak beliau gentel, baru puas makan katanya (tp kan rasanya sebab nak cepat siap kot..kan??)..tu sebab tak banyak yang dapat..huhu..kalo jual mau pitam tokey..tak balik modal..haha..

Ok..ni resepi..sila rajin2kan buat, mungkin blh buat untuk juadah raya tahun ni yer..Tq Kak Zu & Gobok Buruk (buruk benor ker?..hehe)

ALMOND CHIPS aka COKLAT CHIPS
RESEPI ; GOBOK BURUK
Sumber : Dapur Kak Zu

BAHAN BAHAN

  • 295  gm butter
  • 2  telur kuning
  • 120 gm gula castor 
  • 1 tsp choc emulco 
  • 65 gm gula perang
  • 3 tbsp coklat powder
*
  • 320 gm tepung redrose @ tepung gandum
  • 50 gm tepung custard
  • 60 gm tepung ubi
  • 3/4  tsp soda bikarbonate
  • 1 tsp b.powder
  • 190  gm coklat chips
  • 155  gm almond nibs ( panggang )

CARA CARA :

1. Putar butter,gula castor,gula perang dan telur kuning hingga sebati *Guna senduk je..
2. Masukkan serbuk koko dan coklat emulco
3. Masukkan kesemua jenis tepung ( termasuk b.powder dan soda bikabonate ) yang telah di gaul sebati dan telah di ayak .
4.Masukkan  coklat chips dan almond yang telah dipanggang.
5.Tepek tepek kan nipis2 menggunakan kreativiti masing2
6.Bakar pade suhu 180 @ ikut  kepanansan oven masing2.
7. Bakar selama 20 hingga 30 minit..

SELAMAT MENGUKIS YER..

pstt : dengar2 kawan kita kat Ampang nun nak buat sekut bunga cina..bolehler g ngendeng sebalang 2..hehe

15 Jun, 2012

PENGAT KELEDEK CACA MARBA

Assalamualaikum

Lama tak menempel kat sini..menu semalam ni, dah petang ternampak Ibundo buat, pastu tengok lak Kak Yatie tayang menu lebih kurang, cepat2 ambe masuk dapo..godek2 apa yang ada, cuma sagu takde, caca tu pun pemberian Mama Hawa dulu..lom habis, cam sayang je nak guna..kekekeee..


Okla..nih resepi yer..ikut mana yang ada la, ikutkan menu biasa2 jek, cuma kita ni kalau orang tak tayang takdenya nak terliur & buat kan..inspirasi..iyer..inspirasi....tq Ibundo..Ana kopipes ok..

Campak pat lima ketol ais..pheewww......aku jugak makan tak hengat..grrrr!!

PENGAT KELEDEK CACA MARBA
Cetusan Idea : Dapur Ibundo

Bahan:
  • 2 biji keledek sederhana besar dipotong dadu kasar
  • 1 cawan ca ca direndam dulu 1/2 jam
  • 1/2 cawan sagu mata ikan direndam 1/2 jam
  • 1/2 cawan gula pasir (letak 1/4 cawan je)
  • 1 sudu kecil garam
  • Santan secukupnya (1/2 biji kelapa )*Guna santan kotak je
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 keping gula melaka@nise (panaskan dgn sedikit air sehingga larut)

Cara-Cara :
  • Rebus caca dalam santan hingga 3/4 empuk. Masukkan daun pandan.
  • Masukkan keledek & gula melaka yang ditapis.
  • Bila keledek hampir empuk, masukkan gula, garam dan sagu mata ikan.
  • Kacau selalu supaya santan tidak pecah.

31 Mei, 2012

Chocolate Cheese Tart

Assalamualaikum

Singgah sebentar update blog yang semakin hari semakin suram..dek kemalasan & kesibukan puan tanah kedaung..hehe..


Cheesetart edisi coklat..yummy..kegemaran kanak-kanak & yg bukan kanak2 penggemar coklat..cubalah yer..
Ada pe'ngejasan' sikit dalam rsp cheese tu, Ana cuma masukkan lebihan coklat ganache baki letak kat kek sebelumnya..letak ikut suka banyak mana, lagi banyak lagi pekat & kuat rasa coklat tu..

 
Mari kita tengok bahan2 & cara membikinnya ya..nak order pun boleh, sila sms 019-3004358 @ email anna_qawina@yahoo.com.
Bagi yang order area KL/PJ & kawasan sekitarnya, anda boleh pilih untuk penghantaran menu2 terpilih dengan hanya tambahkan RM10 upah despatch ya..


CHOCOLATE CHEESE TART
Sumber : AnnaQawina

CRUST
Bahan-bahan :
  • 250g mentega Buttercup
  • 120g gula ising
  • 2 biji telur gred B
  • 480g tepung gandum (kalau lembik tambah tepung lg)
Cara-cara :
  • Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
  • Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
  • Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
  • Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
  • Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
  • Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
  • EDIT : Untuk mendapatkan crust yang cantik & elok pada pemerhatian Ana, simpan doh dalam peti sejuk untuk 1/2 jam kemudian baru diterap, kemudian, sebelum dibakar, masukkan dulu adunan doh yang dah siap diterap dalam peti ais sambil2 panaskan oven tu, kemudian bakar, ON kan kipas oven jika ada, InsyaAllah pastri anda akan cantik & lebih elok.
  • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
  • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
  • Simpan crust dalam bekas kedap udara. 
  • ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
  • Pastikan acuan tidak basah.


CREAM CHEESE FILLING
Bahan-bahan : (Untuk 50pcs cheese tart)
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla 
  • Choc.ganache secukupnya. untuk adunan cheese
  • Choc.ganache secukupnya untuk inti & perlu disejukkan dahulu dalam peti ais supaya lebih kental & senang untuk paipkan dalam crust

CHOC.GANACHE
Bahan-bahan :
  • 200 grm coklat masakan
  • 100ml susu cair/150ml whipp. cream
  •  1 sdt butter
(Double boiler coklat bersama susu cair, dah agak2 mencair coklat tu, tutup api, teruskanmengacau sehingga coklat benar2 cair & masukkan butter, kacau sebati)

 

Cara-cara :

  • Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  • Masukkan choc.ganache secukupnya, boleh rasa untuk tahu setakat mana yang ada perlukan.
  • Masukkan inti/filling ke dalam kulit tat.
  • Tuang cream cheese ke atasnya. 
  • Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Sumber telahan : Kak Azita Zain, Citarasawan, Zack Zachoes

29 Mei, 2012

TAHNIAH MAS@DUNIAKU

TAHNIAH BUAT MAS & FAMILY ATAS KEHADIRAN AHLI BARU DALAM KELUARGANYA..

Dapat sms awal pagi tadi dari Mas yang menyatakan beliau dah pun melahirkan baby boy seberat 3.16kg..Alhamdulillah, berakhir sudah penantian yang mendebarkan bagi Mas & suaminya, tak terkecuali jugak debaran teman2nya ni..hehe..


Dengan izin Mashitah a.k.a Mas..disini saya lampirkan foto baby Adam..Muhammad Adam namanya..moga baby membesar dengan sihat & jadi anak soleh..


SELAMAT BERPANTANG MAS

19 Mei, 2012

Blueberry/Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum
Tayangan percuma...kuihnya dah ngak adaa...sila-sila masuk dapo godek sendiri ya, ni dah berkurun buat ni..macamana boleh buat-buat lupa terlupa nak update kat sini *alasan macam biasa, lepas ni kena cari laasan lain lak....*


Adaptasi dari blog Kak Yati, resepi Kak Rinnchan & Izah, tapi dalam adunan kek Ana tambah dalam 2 sudu besar susu cair, menjadikan lapisan kek coklatnya agak moist & tidak terlalu kering. Itupun dengan saranan Izah juga. Terima kasih Jah...sekejap je habis, dalam rumah ni kalau menu ada cheese sekarang ni susah nak tolak, tambah lagi ada blueberry filling Ana tompokkan dalam cheese tu..Suami kata, lebihkan filling laaaagiii sedap..ambooii..pengsan tokeyy..


Jom kita semak resepi yang sedap ni & dah diedit sedikit sendiri & dibantu Izah ni ya..nak tengok resepi asal sila rajin2kan melawat blog yang dah ada link kat bawah ni..

BLUEBERRY/MARBLE CHEESE BROWNIES
Sumber: Kak Rinnchan, Kak Yatie, Izah

-->>Bahan-bahan Brownies :
  • 250g butter
  • 1 cwn serbuk koko *Kalau guna koko jenis pahit sila letak 3/4 cwn shj
  • 3 biji telur gred B
  • 3/4 cwn gula castor
  • 1/2 cwn + 2sdb susu cair
  • 1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
  • 1 tsp baking powder (BP)*
  • 1 tsp soda bikarbonate (SB)*
  • 1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
  • Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
  • Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
  • Masukkan susu cair dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  • Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
  • Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. 
  • Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti. (Ana tak buat yang ni)
  • Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
* Bergantung pd oven masing2
-->>Bahan-bahan lapisan cheese:
  • 250g cream cheese
  • 1/2 cwn gula castor *resepi asal 1 cwn
  • 1 biji telur gred B
  • sedikit esen vanila
Blueberry Filling - optional
Cara-cara:
  • Pukul cream cheese hingga gebu.
  • Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  • *Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. 
  • **Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa.  
  • **Ana tak buat lorekan atas adunan cheese tadi, tetapi Ana tompokkan filing di beberapa tempat & lorekkan dengan lidi ikut suka.
  • Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

SELAMAT MENCUBA

17 Mei, 2012

Kek Carrot Walnut

Kek yang sihat..ada lobak dalamnya & kekacang tapi ber'cheese' pula kan..anak-anak tak gemar kek2 macam ni, buat ni pun untuk hidangan kat kampung, okla kan, harapkan nak buat untuk makan2 sendiri kat rumah ni haruusss kita jugak yang telan sorang-sorang.

Maaf..gambar yang dah potong tak snap pulak..

Pada pendapat anak tekak Ana ler...Ana lebih sukakan rasa kek "HEAVENLY CARROT CAKE" resepi CMG tu...apapun terpulang pada selera masing2 la ya, nak tahu kena cuba dulu. Jangan ada yang terasa hati pulak, selera lain2 kan..hehe

Sumber : newbie123@myr

Bahan-bahan ( 1 biji kek )
  • 2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 1 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis - letak 1 st
  • 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)- tak letak
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang

Cara-cara
  • Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
  • Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
  • Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
  • Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.

16 Mei, 2012

SELAMAT HARI GURU..Kek Coklat Moist

Assalamualaikum

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU/CIKGU/PENSYARAH..SEMUA PENDIDIK ANAK BANGSA..BUAT IBU2 & BAPA2 JUGA ANDA ADALAH GURU TERBAIK DI DUNIA..TERIMA KASIH MAK AYAH, GURU PERTAMA KITA..SEMOGA KEHIDUPAN KALIAN DALAM RAHMAT ALLAH SENTIASA..SEGALA JASA & ILMU DICURAH BUAT KAMI & JUGA ANAK-ANAK KAMI AMAT BESAR NILAINYA..TERIMA KASIH CIKGU!!

pheewww..panjang gak perutusan hari guru ambe nih..tepuk tangan la sket..hehe..



Jom layan kek coklat moist yang Ana buat untuk Damia bawa ke tadika harini..Resepi kek coklat ni memang sedap yer..resepi nilah yang Ana selalu guna untuk kek jualan..macam2 boleh dipelbagaikan, nak lapis cheese, nak layer letak krim, nak buat trifle..semua guna resepi ni ok..sedap tak sedap kena cuba, takpun try tanya IZAHDAUT tu, dia pun setuju akan kesedapan kek ni..eh..suami saya pun suka pulak kek ni, sedang elok manis katanya..yelah bang..tak puji kang ada yang muncung..hehe

KEK COKLAT KUKUS (Chef Hanieliza)
Sumber : Chef Hanieliza
 
Bahan-bahan :
 
Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum - diayak
  • 1 cawan serbuk koko - diayak
  • 1 s/k baking powder - diayakkan
  • 1/2 s/k soda bikarbonat - diayak
 
Bahan B
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan butter cair
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan gula perang
 
Bahan C
  • 4 biji telur 
  • 1 s/k esen vanilla -  kacau rata dengan telur
 
Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
  2. Masukkan semua bahan (A) yg diayakkan dalam mangkuk.
  3. Masukkan bahan (B) dalam mangkuk yg berisi bahan (A) tadi.
  4. Masukkan telur (C) dan kacau adunan sehingga sebati.
  5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
  6. Sejukkan dan hiaskan ikut suka.
  7. Ana kukus menggunakan 2 loyang sama saiz, dah sejuk tuangkan coklat ganache di atas lapisan pertama & letak lapisan kek yang ke 2.
  8. Simpan sejuk dalam peti ais selama sejam lebih kurang agar kek melekat elok bila dipotong.
  9. Bila dah sejuk, tuang ganache ke atas seluruh kek, biarkan ganache mengeras (boleh masukkan dalam peti ais sekejap), kemudian hiaskan dengan krim mentega.


RESEPI COKLAT GANACHE (Cik Mat Gebu):
  • 200 grm coklat masakan
  • 100 ml susu cair @ 150 ml whipping cream
  • 1 sdt butter

Cara-cara :
  • Didihkan susu bersama coklat yang dipotong halus
  • Agak-agak coklat dah mencair, tutup api dan teruskan mengacau sehingga coklat larut sepenuhnya & tambahkan butter.
  • Kacau sebati.

RESEPI KRIM MENTEGA 'UMIE'
Sumber : Umie@myresepi (tak jumpa cari link lak)
saja nak cuba resepi lain pulak, ok jugak resepi ni..

Bahan-bahan :
  • 250 grm butter
  • 150 grm shortening
  • 250 grm gula icing (ayak)
  • 2 sdb susu cair/susu segar **optional

Cara-cara :
  • Pukul semua bahan kecuali susu sehingga kembang & putih gebu.
  • Kalau kurang lembut baru tambah susu sedikit demi sedikit sehingga dapat tekstur yang diingini.
  • Letak pewarna kesukaan & bolehlah menghias kek anda.
  • **Ana tak letak susu, sedang elok je..

SELAMAT MENCUBA..takmo cuba nak order buleh sajee..
Sekian..:D



BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...