Khamis, 17 Mei 2012

Kek Carrot Walnut

Kek yang sihat..ada lobak dalamnya & kekacang tapi ber'cheese' pula kan..anak-anak tak gemar kek2 macam ni, buat ni pun untuk hidangan kat kampung, okla kan, harapkan nak buat untuk makan2 sendiri kat rumah ni haruusss kita jugak yang telan sorang-sorang.

Maaf..gambar yang dah potong tak snap pulak..

Pada pendapat anak tekak Ana ler...Ana lebih sukakan rasa kek "HEAVENLY CARROT CAKE" resepi CMG tu...apapun terpulang pada selera masing2 la ya, nak tahu kena cuba dulu. Jangan ada yang terasa hati pulak, selera lain2 kan..hehe

Sumber : newbie123@myr

Bahan-bahan ( 1 biji kek )
  • 2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 1 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis - letak 1 st
  • 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)- tak letak
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang

Cara-cara
  • Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
  • Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
  • Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
  • Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.

13 ulasan:

Mas berkata...

anna.....
aku bertangguh2 nak buat kek nie...
tunggu sampai seru dulu la..he3

norhanim md zain berkata...

Betul la Mas ..akak pun sama asyik tertangguh aja..asal beli carrot konon2 nak buat carrot kek last last tumis sayur le jawabnya..:))

Anna cantik..kek ni :)

Bicara Kak Noor berkata...

nampaknya kami bertiga ni sama ja Anna,belum terbuat lagi kek carrot ni macam tak susah sngt ingat nak buatlah minggu depan ada kawan nak dtg kat umah itu pun kalau mood R dtg heheeee

tun_telani berkata...

tun suka makan carrot cake, tp xsuka yg ada kacang2 tu.. pastu bila buat kan, adik2 tun mesti wat muka x puas hati, dieorg x suka. huhu

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

salam anna..
akak suka kek carrot.. tp dgn syarat jgn manis sgt la.. hehe.. manis2 buah pastu bila mkn tergigit lak kekacang dlmnya tu.. mmg syoklaa apalagi keknya disaluti cream cheese yg sedap tu.. yumyumm...

Yana Shaiful berkata...

Salam Kak Anna..yana dh lama berkenan nk bt kek ni tp mcm biasa..asyik msk list je lepas tu xigt hihii..skg ni dh ada tayang blk bleh lah try..suka sgt kek carrot ni ^_^

سيتي عائشة mzm-fc berkata...

acu buat gak kito sebutir..tgh lapar ni.. kekoh jari jah tengkgambar kek demo. makruh tau buat ore terliur gini..kikikiiii

FnF Simple Life berkata...

mcm carrot cake SR...sedapnye...sy suka sgt carrot cake tapi hubby dan anak2 tak makan...tu yang susah sgt nak buat tu...

Nieza berkata...

anna! singgah teettt balik...haha
ehh dah lama juga nak buat cake carrot tapi tak terbuat juga lagi bila nk rajin mcm ko yer..hehe

Wattie berkata...

Salam Anna,
Waaaaa ada kek karrot la, akak setuju resepi CMG mmg sedappppp.....

Treat and Trick berkata...

Cantik betul kek Ana ni! Resepi sihat, guna minyak dan banyak carrot!

Liza berkata...

salam anna, best la kek carrot ni, tp akk selalu beli jer...ekekekekeke
nnt senang2 akk nk g geledah dapur CMG, cari resepi kek ni...hahahaha

Diana @ Melley Mey berkata...

wah ada kek carrot ler kat dapur anna nie... kat rumah akak nie kalu kek nie mmg laku... cpt jer abis... versi nie akak x perna cuba lg.. InsyaAllah nnt nak cuba gak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...