16 Mei, 2012

'BASIC DOUGH' WITH CREAMCHEESE TOPPING

Assalamualaikum

Bersua lagi, dah lama tak update blog, risau gak ni kot2 lupa dah password..hehe..


Pagi ni kita tengok roti yer..tengokla..yang dah banyak minggu buat ni, selang sehari lepas buat yang kat SINI haritu, biasa kalau dah mula meroti, akan ulang lagi dan lagi..kali ni juga Ana guna tepung gandum, uli 2 kali sambil2 masak..memang gebu & ditambah dengan topping creamcheese lebihan letak dalam cheesetart yang orang order..MasyaAllah..nikmatnya..hehe..siyes ni, sedap sangat..tryla yer


Mula2 tengok ni bila IZAH tayang teringin nak makan tapi creamcheese tak buat lagi, jd tangguh dulu, terima kasih MAMAFAMI & Puan Liza Othman yang kongsikan kesedapan roti berkrim keju ni..cuma resepi roti Ana tak ikut yer..


Sekali lg guna resepi BASIC DOUGH KAK NOR..memang suka resepi ni..boleh dipelbagaikn citarasa..sebab rajin, letak lagi resepinya okies..jom layaaan...zaasssss!!!

BASIC DOUGH BUN
Sumber : Kak Nor@Secubit Garam
Doh:
  • 380gm tepung high protein (tpg roti)*Ana guna tpg gandum
  • 3 sudu besar susu tepung *tak letak
  • 80gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 bj telur A
  • 100ml air
  • 100gm water roux
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30gm butter
  • 30gm shortening

Water Roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
  1. 50gm tepung gandum
  2. 250ml air
Cara buat water roux :
  1. Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
  2. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
  3. Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
  4. Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
  5. Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.
  Ni edisi mini bun..letak dlm cup kecik2 & acuan tart yg besar..comeii betol kejadian..hehe
CARA-CARA MENGADUN ROTI:

Kaedah 1 .. jika menggunakan BreadMaker (BM) :
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  9. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  10. Ambil sebiji doh dan canai nipis. @ bentukkan ikut suka anda 
  11. Susun atur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter. 
  12. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda. 
  13. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar. (Ana cuma sapu permukaan roti dengan mentega)
  14. **Untuk meletakkan cream cheese filling, gunting sedikit bahagian atas roti (bentuk X) dan kemudian paipkan blueberry filling, diikuti cream cheese filling (ikut citarasa..)
  15. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
  16. Sedia dimakan..
 

5 ulasan:

Mama Hawa/Mama Nani berkata...

Slmt pagi Anna :)

wah byk nyer roti... mama ambik 1 lah buat bekpes hehehe

Anna Qawina berkata...

pagi Mama Hawa..ambile..ambik bau..kekeke

FnF Simple Life berkata...

gud morning...best3x...nak sket ;)

Anna Qawina berkata...

FnF : moning..best!! habis dah..hehe

putriyzaalovings@Riza Suri Hati berkata...

Nk try order laaaaa.nnt eh kak.hihihi...terliur lak tgok.gebu

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...