17 Julai, 2014

CRISPY CHOC.CHIPS COOKIES

Biskut raya lagi, masih setia dengan resepi Kak Fida MyResepi ni, cuma kali ni bila saya bancuh 2 adunan, bahan2 penaik saya tambah baking powder sekali. Sungguh rangup & sedap dengan choc.chips mini tu. Kalau guna chips yang besar biskut akan lebih manis terasa bila digigit, jadi elokla letak chips yang halus2..meriah rasanya..

Jenis2 biskut yang saya buat takdela rumit kena tekan cetak bagai, hehe..main jemput2 je letak atas loyang, dekat2 raya nnt ramai anak-anak saudara kat kampung tu bolehla bagi arahan pakat2 buat, kejap je siap. Resepi asal ada kat sini --->> CHOC.CHIPS COOKIES

CRISPY CHOC.CHIPS COOKIES 
Bahan-bahan :
( Menghasilkan lebih kurang 250 - 300 kpg )
  • 380 g mentega- lembut
  • 90 g gula perang
  • 150 g gula kastor/icing
  • 440 g tepung gandum
  • 1/2 sdk rata soda bikarbonat
  • 1/2 sdk baking powder
  • 1 sdk serbuk koko
  • 1 sdk esen vanilla
  • 300 g choc chip
  • 300 g badam cincang kasar- di panggang
  • 2 biji telur -saiz B

 

Cara-cara:

  1. Tepung, baking soda,b.powder dan koko di ayak bersama.
  2. Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata.*guna senduk je
  3. Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan pula campuran tepung,gaul diikuti dgn choc chip dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati.
  5. Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan oven masing2. 
  6. Saya guna suhu 160'C 18-20 minit.
  7. Simpan dalam bekas kedap udara setelah sejuk.
SELAMAT MENCUBA

BISKUT SEMPERIT SUSU BERKEJU

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah berkesempatan lagi di sini..merempit laju-laju agar selesai tujuan yang dihajati..Kali ni kita baking sekut raya ya. Syukur, saya dah hampir siap sepenuhnya tempahan biskut yang mudah-mudah je ni, ada sikit2 lagi nak kena siapkan, InsyaAllah minggu depan dah kena prepare tempahan orang nak bawak balik kampung beraya pula..


Biskut semperit susu asal kejadian, kemudian di'upgrade' dengan keju oleh Marizah Miza, jadi saya cuba la nak tau apa rasanya, hari2 juga tengok rakan FB, sis Azizah buat biskut ni, segan-segan tanya apa letak dalam adunan, hehe..Akhirnya tergoda juga adanya...Cuma resepi saya ikut resepi asal Farah Salleh & Zack yang biasa saya guna, (rcp :Semperit Susu) tambahan adunan keju saya ikut Marizah Miza, cuma saya separuhkan je. Jom intai-intai resepi kot2 ada balang kosong lagi nak kena isi..


BISKUT SEMPERIT SUSU BERKEJU
Bahan-bahan:
  • 250g susu pekat manis
  • 250g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.
  • 500g @ 540g tepung jagung apa-apa brand yang sesuai**
  • 3 sudu besar adunan keju (resepi di bawah)
 
Adunan Keju :
(Pukul sebati semua bahan sampai pekat,simpan pati ais,tahan selama 2 minggu)
  • 125g cream cheese di biar lembut suhu bilik
  • 2sdb susu pekat
  • 1/4 cwn susu cair
  • 1/4 cwn fresh cream (cair), saya guna Vivo

Cara-cara :
  1. Pukul sebati susu pekat manis, butter dan adunan keju. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu.  Pukul guna senduk je.
  2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati.
  3. Jika anda suka biskut yang lembab-lembab teksturnya, guna hanya 500g tepung jagung.
  4. Jika anda suka tekstur biskut yang rangup tapi tetap cair dimulut, masukkan 540g tepung jagung.
  5. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper/oles dengan mentega. Tekankan ceri merah@coklat chips@  kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
  6. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
  7. Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.
Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.

Note : Saya guna 540g tepung jagung, (marizah Miza guna 600g tepung jagung) sesuai untuk mereka yang menempah biskut ni bawa jalan jauh, tak mudah hancur sebab terlalu lembut, rasanya agak rangup & cair di mulut. Rasa keju balance dengan rasa susu, takdela rasa muak sebab manis susu sebati dengan lemak masin keju.Seeloknya tepung dimasukkan sedikit demi sedikit untuk medapatkan tekstur doh yg kita mahu.

SELAMAT MENCUBA.. 

08 Julai, 2014

PUDING KASTARD BERKUAH

Assalamualaikum...apa khabar semua? Eh cam meriah je menanya kabor orang yang baca blog kita..kehkeh..bajet ramai yang datang jenguk n3 kita kan..biarlah sesekali dibuai perasaan jap..bukan kena bayor pon.(^____^)

Ni..menu berbuka minggu lepas ni..kalau saya buat kuih, saya akan pastikan kuih2 tersebut mampu dimakan 2 hari berturut2..maknanya buat lebih untuk 2 hari makan..hehe..cuma kalau puding berkuah macamni laju je habis, jadi saya gandakan resepi asal & kuah kastard pula saya buat 3 adunan, anak ramai kan..errkk!!

Biasa saya guna resepi yang selalu dah buat, adunan kastardnya guna santan,boleh tgk ada kat sini ---->> (PUDING KOKTEL BERKUAH) kali ni cuba resepi ringkas dari blog Cik Cek..ternyata semudah ABC dah siap..anak2 saya sangaaatt suka kuih2 lembut camni, pastu ada kuah kastard pulak, kalau ada lebihan puding @ agar2 yang xde selera dah nak pandang tu cubalah bancuh kuah kastard macam ni & siram atas agar2@puding tu, segar & sedap kembali kuih2 yang kejung dalam peti ais kita..hehe

RESEPI PUDING KASTARD BERKUAH
Sumber : Missima @myresepi
Salinan : Cik Cek

BAHAN-BAHAN A - Kastard
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 5 cawan air
  • 2 - 3 sudu besar  susu pekat
  • 2 - 3 sudu besar gula pasir

BAHAN-BAHAN B - Kuah Kastard
  • 1 tin susu cair IDEAL
  • 1 tin air..
  • 4 sudu besar gula dan 4 sudu besar susu pekat..
  • 1 biji kuning telur...( saya ikut Cik Cek tak letak telur...)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar tepung kastard ...( campur dan bancuhkan dengan sedikit susu cair @ air....)
BAHAN-BAHAN C - Hiasan

  • Fruit Cocktail @ Nata De CoCo @ apa saje buah2an dalam tin yang disukai...

CARA-CARA PENYEDIAANNYA..

A. Kastard
  • Masukkan tepung kastard kedalam periuk..campurkan garam...gaul sebati
  • Campurkan sume bahan2 cair....kacau sebati...
  • Tuangkan bahan2 cair kedalam periuk berisi campuran tepung kastard....kacau sebati....
  • Masak bahan2 kastard diatas api kecil...menggunakan senduk kayu...kacau selalu sehingga adunan kastard pekat berkilat...
  • Bila adunan kastard mula meletup2....matikan api...
  • Tuangkan adunan kastard dalam bekas yang bersesuaian....
  • Setelah siap acuan/bekas diisi...biarkan sejuk...sebelum dimasukkan kedalam fridge...
Nota Cik Cek :
Aku menggunakan coklat mould...sebagai acuan utk puding kastard ni...sebelum digunakan...lalukan acuan dengan air...renjis2kan acuan...jgn dilap keringkan..biarkan ada sedikit2 air didalam acuan.....
Masukkan adunan kastard kedalam piping bag...berhati2 ya..sebab adunan kastard masih panas....gunting sedikit dihujung piping bag.
Picitkan adunan kastard dalam coklat mould...pastikan kitchen glove dipakai ketika proses ini dilakukan ....

B.  Kuah Kastard
  • Masukkan sume bahan kedalam periuk...
  • Masak kuah sehingga gula larut dan kuah agak pekat sedikit....siap dah ...tutupkan api....

C. Hiasan Puding
  • Letakkanlah bahan2 hiasan didalam puding yang dihidangkan bersama kuah kastard.. jika suka boleh juga dicampurkan dengan air jus buahan2 dalam tin yang digunakan....
 
Selamat Mencuba

03 Julai, 2014

PUDING ROTI BAKAR (resepi Chef)

Assalamualaikum.
Bertemu kembali, dah buat biskut raya? Yang pasti bagi yang meniaga tu stok kukisnya dah menimbun la kan..kita taraf biasa2 punya order lambat2 sikitla..hehehe..

Juadah berbuka puasa hari pertama Ramadhan kami. Anak-anak suka makan ni, tapi kismis semua dikuis2 tepi..harus lebihkan choc.chip kan..

Kali ni kita share resepi bread butter pudding yang sangat 'mebeles'..resepi ni dah lama saya guna untuk jualan, lepas Izah tu share dulu, rata2 yang makan semuanya kata sedap sangat, kiranya menepati selera. Kemudian saya kekal guna resepi ni je untuk jualan Puding Roti Bakar bersos kastard ni. Cuma ada saya tambah2 sikit aduanan tu bagi nak bagi cukup2 bekas saya. Manakala sos kastard saya masih guna resepi Hana..terima kasih buat semua yang kongsikan resepi ni..Kali ni saya share kat sini pulak untuk hebahan & panduan akan datang. 
##yang tulisan merah tu saya guna ya.

BREAD PUDDING WITH VANILLA SAUSE
*utk versi resepi penuh dan cara2 membuat berserta gambar boleh klik link di atas.
Bahan2: 
  • 800 ml susu segar
  • 10 biji telur
  • 220 gm gula 
  • 1 sudu besar vanila flavour
  • 1-2 buku roti
  • * elok guna roti yg kasar, kalau guna roti lembut hasil puding agak lembut sangat.
  • 1 buku butter
  • sedikit kismis \ kurma

Resepi II - by Izah & AnnaQawina
  • 300 ml susu segar / 500ml susu full cream
  • 3 biji telur / 4 bj telur gred A
  • 70 gm gula / 90g gula castor
  • sedikit esen vanila
  • 10 keping roti / 18 keping roti
  • butter secukupnya
  • kismis & choc.chip (saya tambah)

Cara:
1. Campurkan susu, telur, gula dan esen vanila dan kacau sebati hingga gula hancur. Ketepikan.
2. Sapukan loyang dengan butter. Kemudian sapukan permukaan kepingan roti dengan butter. Buat depan dan belakang roti. Kemudian susunkan ke dalam loyang berlapis2. Setiap lapis taburkan dengan kismis dan kurma.
3. Untuk lapisan terakhir, potong roti kepada 2 bahagian, sapu butter dan susun bertindan. *boleh lihat gambar di blog hairul.com
4. Kemudian tuang adunan susu tadi ke dalam loyang.
5. Bakar puding pada suhu 150 C selama 40-45 minit menggunakan teknik waterbath.
6. Keadaan puding roti ni sebelum bakar, semasa bakar dan sesudah bakar adalah sama, tidak mengembang naik macam sesetengah resepi lain, sebab rotinya kita tidak rendam dalam susu.

Resepi Sos Kastard
Sumber : Hanamemories
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air
  • 2 sdb tepung kastard
  • 2 sdb gula pasir

Satukan semua bahan, kacau hingga pekat & mendidih.
Gandakan bahan2 untuk mendapatkan sos yang melimpah ruah..

Selamat mencuba..

01 Julai, 2014

ACAR TIMUN TAHAN LAMA

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, hari ke 2 berpuasa, baru nak ada  mood update masakan. Tapi tak tau nak sembang pasal apa..masak yang biasa2 le jugak..mata rasa nak pejam manjang..haish!!

Acar yang bagi saya sangatle sedap, ratah2 gitu pun sedap, padahal saya bukan penggemar acar2 dan yang sewaktu dengannya..rangup2 aje sayur2 tu, mehla cuba buat kengkawan...ni bila tah saya buat, lepas AlongRoz awal2 tayang dulu saya terus bgtau asben nak buat ni, maka berdezup asben pergi beli bahan2, lengkap semuanya..gembira hati..maka saya pon tanpa berlengah lagi buat acar ni 2 HARI KEMUDIAN!!
Adoiii..lemau sungguh..haha..ampoon jela wahai suami, apa nak kata, si bini kurang virus R nak berdezuup kat dapo..dah buat..haa pijar2 tangan potong cili, tapi Alhamdulillah puas hati..

Acar timun tahan lama
By: AlongRoz@HomeKreation

BAHAN2:
  • 1 btg Timun*
  • 1 btg Karot*
  • 2" Halia* 
  • 4 bj Cili Hijau & Merah* (* hiris spt batang mancis) 
  • 5 ulas Bwg Merah - belah dua
  • 5 ulas Bwg Putih - belah dua
  • 1 st Biji Sawi
  • 1 sb Serbuk Cili
  • 1 st Serbuk Kunyit
  • 1/2 cwn Cuka
  • 1/2 cwn Gula
  • 1 st Garam

CARA2:
  • Campurkan kesemua sayuran & gaul dgn garam.
  • Ketepikan sebentar lebih kurang 10 minit
  •  Tapis & buangkan air sayuran. 
  • Panaskan beberapa sudu minyak & tumis biji sawi, serbuk cili/kunyit dan kacau beberapa saat sahaja
  •  MAsukkan cuka & gula dgn cepat supaya tidak hangus. 
  • Masak sehingga pekat & masukkan kesemua jenis sayuran. 
  • Gaul sehingga sebati selama beberapa minit. 
  • Boleh terus di hidangkan atau masukkan ke dlm botol kaca & simpan dlm petisejuk. 
  • Boleh di simpan & tahan selama beberapa minggu. 
  • Hidangkan sebagai pembuka selera atau lauk sampingan bersama nasi.



Boleh jual tak? hehe..ni baki lepas kitaorang dah makan, asalnya dapat banyak jugak..sibbaik gak ada baki, kalau tak xdenya nak update blog..Selamat Mencuba..


BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...