30 Disember, 2013

AYAM MASAK PALEMBANG

Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali, di penghujung 2013, kita berkongsi resepi lagi, ini dah beberapa hari/minggu agaknya masak lauk ni. Alhamdulillah..C&p resepi dari blog Kak Nor di Brunei..Syukran kak..

 Saya punya ayam tak merah2 macam Kak Noor punya, nak pedas boleh tambah cili kering bg lebih pedas & kaler lebih gelap kan.

AYAM MASAK PALEMBANG
Sumber :FP Yulina & Mamasya
C & P : Bicara kak Noor

BAHAN
  • 1 ekor  ayam saiz sedang  dipotong  dan di gaul dengan kunyit  dan garam 
  • 2 sudu besar  cili kering yang sudah dikisar 
  • *7 ulas  bawang merah 
  • *5 ulas  bawang putih 
  • *2 inci halia 
  • *2 batang serai 
  • 5 sudu besar  kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 2 cawan santan sedang pekat - 1 peket santan debu jadikan 2 cawan 
  • 6-7 helai daun kari  
  • 1/2 cawan kecil asam jawa 
  • garam  dan gula secukupnya
  • 2 biji kentang *saya tambah

CARA 
 

1. Goreng ayam hingga setengah masak. Kisar semua yang bertanda *. Tumiskan bahan yang dikisar  dengan cili kering hingga garing.  
2. Dah garing masukan ayam, kacau rata ayam dengan bahan yang ditumis. 
3. Kemudian  masukkan kicap, gula dan garam. Masukkan air asam jawa, daun kari dan santan.kacau rata. 
4. Didihkan sehingga pekat.siap untuk dihidangkan.  
Selamat mencuba

6 ulasan:

Gee® berkata...

Sedapnyaa... cicah roti pon sodap nih...

Mas berkata...

dh bawa roti ni nk cicah...kikikiki

izahdaut berkata...

simple je kan. boleh la aku terai jika berkesempatan. eh aku ni nunggu resepi kuah puding roti ko. mmg xshare ek. xshare xmo kawan. tapi aku dah buat dah puding roti pakai resepi org kawan ngan chef. nak jugakk kooo.. haha

Anna Qawina berkata...

Gee : Sedap Alhamdulillah. .hehe

Mas : bg roti sikit kat aku

Izah : aku dah post rsp tu....tp esok baru kluar..autopost..haha

tun_telani berkata...

Salam kak anna ku cayangg.. alhamdulillah, baru defrost ayam xtau nk masak ape, ternampak pulak menu ayam akak nih.. insyaAllah cukup bahan, kalau xcukup pon wat2 cukup je. hihi

Unknown berkata...

salam Anna, tak merah tak kisah janji happy kan makan tu, kat umah akak ni fav semua yg merah2 sbb tulah semua nak merahkan..btw terimakasih ya ada jugak selit nama blog akak, kembang dua mangkok ni ..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...