Isnin, 23 Disember 2013

LAYER CHEESE CRAKERS

Assalamualaikum..rajin lagi..atau buat2 rajin..kali ni kita cuba buat KEK BISKUT lak ye..janji ada sekut 4 segi tu jadila, kalau guna cream crackers sah2 rasa lemak2 hasilnya, kalau guna sekut jagung ke, sekut kelapa ke nanti akan keluar rasa apa yang ada la kan..suka ati korang lah yer..

 Eh..ni versi rajin tahap babun dah, belen2 tu saya letak atas piring je, sejukkan & ngap sorang2..

Siyes ok SEDAAPP!! Diperakui oleh SIRIM & FRIM  anak2 saya & jugak kakak yg beria-ia nak tahu cara buat. Eh ada sorang adik tu yg beli Layer Cheese Crakers ni nak beli lagi, tapi...tapi...dah x kuasa nak melapis dah sekarang ni, mehla Awin try buat dulu ya, kot2 x jadi bolehla order ngan akk balik..hehee

Pestaim ni saya buat betul2 ikut resepi ya, xde ejas2 @ derhaka, lenkali (eh, ada lenkali ke..??) nanti saya cuba tambah2 bagi lebih mewah & meriah akan kejadiannya InsyaAllah..ikutkan resepi ni tercipta bila ada biskut2 yang tak laku dalam rumah kan..tapi kat rumah saya cream crakers ni tak sempat gersang dalam balang, laju je habis nak2 kalau buat teh tarik....

LAYER CHEESE CRAKERS
Resepi asal sumbangan : 
Allahyarham Susan Jafri (Al-Fatihah buat beliau)
Sumber resepi & C/P :  
FP Mamazieza & Che'Pah cake & cupcakes

Bahan2 :
  • 250g cream cheese
  • 65g butter
  • 1/2 cawan gula castor (saya letak 1/4 cwn)
  • Biskut cream crakers (Cap Ping Pong)
  • Susu segar
  • Strawberry jem (saya guna strawberry filling)
  • Cheddar cheese *saya tambah
  • Coklat cair *saya tambah

Cara-cara :
  • Sediakan bekas yg bersesuaian, jika menggunakan loyang, boleh alas loyang anda dengan plastik wrap @ alum.foil agar mudah untuk mengeluarkan kek nanti. **Saya susun terus kek dalam bekas plastik untuk jualan.
  • Sapu tiap kepingan biskut dengan starwberry filling (tak nak pun takpe, tapi lebih sedap sapu dgn.jem atau filling tu)
  • Satukan creamcheese, gula & butter, putar sebati hingga betul2 lembut & halus.
  • Celupkan biskut tadi ke dalam susu segar & susun dalam bekas/acuan, jangan celup biskut tu lama2 nanti lembik sgt tak jadi dahla..
  • Sapu/paipkan adunan cheese tadi atas susunan biskut, ulang lagi celup biskut dan susun.
  • Ulangi langkah sama sampai habis, sapukan adunan creamcheese terakhir atasnya & taburkan parut cheddar cheese.
  • Hiaskan dengan parutan coklat atau dizzle dgn.coklat cair.
  • Sejukkan dalam peti ais sekurang2nya 2 jam, sedap dimakan ketika sejuk

Ni versi jualan..jual..jual..hehe..Selamat Mencuba!!

6 ulasan:

izahdaut berkata...

oooooooo.... * sangap tambah heran tambah jakun tambah jelita

Anna Qawina berkata...

jakun tu aku stuju..tang jelita tu xleh terima, ..muntah aku Izah oii..haha

Tanpa Nama berkata...

sedapnyaaaaaaaaa.... mintak izin amik rspi ya time kasih Anna :) zila66

anajingga berkata...

bila ilmu yang dikongsi bersama berpanjangan pahala buat arwah...salam ukhwah ana singgah sini jengok resepi2 anna qaseh azzahra..

Bbwana adienia berkata...

salam..

wah, nampak simple tapi menarik..mesti sedap ni..

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum Anna..
Ya Allahhh...brp punya banyak parutan cheese yang awak letak tu anna??? Melimpah ruah nampaknya. Ni kalau akak makan sure melimpah ruah juga lemak2 yg beropol2 kat badan ni...hahahaaa...

p/s: Kek buah tu, akak guna mentega buttercup je. Dah yg tu yg bnyk stok kat rumah ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...